Wednesday 16 March 2011

Tokoh Ulama Hadith Imam Ahmad Rahimahullah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد للهِ ربِّ الْعَلمِين,وَالصَّلاَةُ والسَلاَمُ عَلَى أَشْرَف الأَنبِيأَ وَالْمُرْسَلين وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبه أجمَعين وَمنْ تَبِعَهُمْ بإِحْسَانٍ إلى يومِ الدِّيْنَ

أَمَّا بعدُ  :

Diantara 3 Ulama' Hadith yang masyhur iaitu Imam Malik Bin Anas Rahimahullah,Imam Abu Hanifah Rahimahullah,Imam Ash-Syafi'ee Rahimahullah yang sangat kuat akan pegangan dari segi Al-Quran & Hadith walaupun berbeza . Malah , seperti Imam Ahmad Bin Hanbal adalah penghafaz hadith sebanyak 70 ribu tetapi Imam Al-Bukhari sebanyak sejuta lebih hadith dihafaznya . Saya amat tertarik dengan Imam Ahmad akan kezuhudannya,pemurah , menghormati tetamu . Wahai saudara Muslimin sekalian , jika kalian tidak memahami sesuatu maka bertanyalah kepada ahli Ilmu / tuan Guru / Ustaz / Ustazah tetapi mereka hendaklah mempunyai asas pemikiran Al-Quran , As-Sunnah , Ijtihad , Qias , Ijma'Ulama , serta sejarah yang Shahih . Ini kerana Allah berfirman :

فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
"Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui". (QS.An-Nahl:43)

Dan sabda Baginda (ص) :

منْ يُرِدِ اللهُ بهِ خيْراً يُفَقِّهْهُ في الدينِ
"Sesiapa yang Allah menginginkan kebaikan untuknya , Dia akan memberi kepadanya kefahaman dalam agama".

Sejarah Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah Ta'ala :

Nama sebenarnya Abu Abdullah Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal Bin Hilal Bin Asad Al-Marwazi Al-Baghdadi . Beliau dikenali sebagai "Imam Hanbali" . Nasab keturunan Ulama' ini dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bertem pada Nazar bin Maad bin Adnan .

Imam Hanbali dilahirkan di Negeri Baghdad pada bulan Rabi'uawwal pada tahun 164H/780M ,ketika zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah di bawah pimpinan Khalifah Muhammad Al-Mahdi . Ibunya bernama Suffiah atau Saffiyyah Maimunah Binti Abdul Malik Ash-Syaibani . Imam Hanbali juga dipanggil 'Abu Abdullah' kerana anak sulungnya bernama Abdullah demikian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam selalu dipanggil Arab Quraisy iaitu "Abul Qasim" kerana anak sulungnya adalah Al-Qasim . Sunnah jika kita menggunakan seperti ini serta mencontohi Nabi dan bangsa Arab Islam .

Imam Hanbali hidup dalam keaadan kemiskinan kerana ayahnya meninggal dunia tanpa meninggalkan harta . Bagi menyara hidup, beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit,mengambil upah menulis , menenun kain & kadangkala mengambil upah mengangkat barang. Beliau mementingkan makanan yang Halal dan beliau tidak pernah mengharapkan belas kasihan dari orang lain .
Sejak kecil Imam Hanbali suka menuntut Ilmu dan beliau menghafaz Al-Quran ketika umurnya 14 tahun serta mempelajari ilmu Hadith & Feqah . Beliau terus menuntut ilmu sampai berusia 40 tahun , ketika usianya 16 tahun beliau sudah mula merantau ke Kuffah,Basrah,Syam,Yaman dan tempat-tempat yang lain untuk menuntut ilmu di jalan Allah .
Ketekunannya menuntut ilmu menjadikan Imam Hanbali sanggup tidak berkahwin pada usia muda . Demikian Ibnu Taimiyyah & juga Imam An-Nanawi tidak sempat untuk berkahwin sehingga akhir hayat mereka , itulah perjuangan Ulama' yang memperjuangkan ilmu di jalan Allah tetapi masih ada Dajjal Laknatullah memaki hamun serta menfitnah Ibnu Taimiyyah .
Imam Hanbali berkahwin selepas umurnya 40 tahun . Wanita yang pertama dinikahinya bernama Aisyah Binti Fadhl dan dikurniakan seorang putera yang bernama Sallih . Selepas kematian Aisyah , beliau berkahwin dengan Raihanah dan dikurniakan seorang lagi putera bernama Abdullah .  Selepas Raihanah meninggal dunia , beliau berkahwin dengan Husinah dan dikurniakan lima anak iaitu Zainab,Hassan,Hussain , Muhammad & Said .
Imam Hanbali berguru dengan 280 ulama' yang hidup pada masa itu di negeri Makkah , Madinah, Kuffah , Basrah , Baghdad , Yaman dan negeri-negeri lain . Antara mereka ialah :

1 . Ismail Bin Ja'afar
2 . Abbad bin Abbad Al-Attaky
3 . Umari bin Abdillah bin Khalid
4 . Husyaim As-Sulaimi
5. Imam Ash-Syafiee
6 . Waki' Bin Jarrah
7 . Ismail Al-Ulayyah
8 . Sufyan Bin Uyainah
9 . Abdurrazaq
10 . Ibrahim Al-Ma'qil .

Anak murid beliau ialah :

1 . Imam Al-Bukhari
2 . Imam Muslim
3 . Abu Dawud
4 . An-Nasa'ie
5 . At-Tirmidzi
6 . Ibnu Majah
7 . Imam Ash-Syafi'ee , Imam Ahmad juga pernah berguru dengan Imam Ash-Syaf'iee
8 . Shalih bin Imam Ahmad bin Hanbal
9 . Abdullah bin Imam Ahmad bin Hanbal
10 . Hanbal bin Ishaq

Imam Hanbali adalah 'ahli A'bid' iaitu Ahlul Ibadah dan kuat beribadah . Beliau dikatakan shalat sunat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan mengkhatamkan Al-Quran seminggu sekali , begitu juga Imam Ash-Syafi'ee Rahimahullah . Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya dan tetamu . Ketika Imam Ash-Syafi'ee menziarahinya , beliau bangun mengemaskan diri , menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara beliau duduk di bawah .
Imam Ahmad bin Hanbal tidak gemar bergurau senda , beliau lebih suka berdiam diri dan berfikir . Bercakap apabila menjawab soalan berkenaan hukum agama , lebih gemar bergaul dengan orang miskin demikian taqrir/perbuatan Sunnah Rasulullah dan juga kurang bergaul dengan orang yang kaya dan berpangkat besar .




Imam Ahmad adalah ahlul A'bid . Orang yang zuhud & kuat beribadah serta banyak bersujud kepada Allah . Demikian Nabi .s.a.w. yang shalat sehingga kakinya bengkak . Maka kita mesti mengambil iktibar dan mencontohi Ulama ini .





Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Ash-Syafi'ee tentang orang yang layak menjadi Qadi di Yaman . Imam Ash-Syafi'ee mencadangkan muridnya , Imam Hanbali . Apabila Imam Hanbali mengunjungi Imam Ash-Syafi'ee , beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata ,"Saya datang menemui tuan bukan bagi mendapatkan jawatan daripada Khalifah".
Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah . Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur, yang dibalasnya dengan gula , garam dan beberapa pinggan buah-buahan .
Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rasyid , beliau adalah penganut fahaman sesat iaitu Fahaman Kafir Muktazilah . Fahaman kafir ini berpendapat al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu . Al-Makmun memaksa ulama-ulama menerima pandangan tersebut kecuali Imam Hanbali yang menentang keras kerana beliau mengatakan Al-Quran itu Kallamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam melalui perantaraan Malaikat Jibril AS .
Akibat penentangannya itu , Imam Hanbali dipenjarakan dan disebat dengan rotan memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah . Beliau disebat sehingga kulitnya menggelupas dan keluar darah .

 Selepas Al-Makmun meninggal dunia , Khalifah Al-Muktasim menggantikan pemerintahannya , beliau terus memenjarakan Imam Hanbali akibat pendapat bangang dari aqidah Muktazilah yang kafir itu . Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut fahaman Ahlussunnah beliau membebaskan Imam Ahmad dari penjara .
Dalam usaha memujuk Imam Hanbali , Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham . Wang itu diambilnya tetapi disedeqahkan kepada fakir miskin . Pada hari-hari tuanya , Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di negeri Baghdad . Dalam menetapkan hukum , beliau adalah Ulama Ijtihad iaitu pemikiran dari asas Al-Quran & As-Sunnah serta pendapat sahabat Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam . Beliau juga adalah Ulama yang kuat akan Sunnah Nabi SAW dalam semua asas ibadah .

Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiuawwal tahun 241 Hijriah bersamaan 855 Masihi ketika usianya 77 tahun dan beliau dikebumikan di negeri Baghdad . Semoga Allah merahmati Imam Ahmad Bin Hanbal serta para ulama Hadith yang thiqah dan juga para Ulama - Ulama Sunnah .

آمين يا رب العلمين



No comments:

Post a Comment