Friday 10 June 2011

Larangan Israf (berlebih-lebihan ketika gunakan Air dalam Wudhu')



Sudah sekian lama , ana (Abu Rawahah Sunni al-Uthmani Al-Muhammadi Al-Qassim) penulis minda Sunnah ini tidak menulis atas amanah ana kepada sahabat ana iaitu Abu Musa al-Muhammadi al-Muhammadi yang kini giat menulis artikel baru . Semoga ALLAH Ta'ala merahmati ana , dan semua yang sudi membaca blogg ini demi untuk menegakkan ISLAM yang HAQ iaitu Ahlusunnah Wal Jama'ah bukan kebathilan , Bid'ah mahu pun kesyirikan dalam amalan kita sebagai UMAT ISLAM , jauhkanlah dari perkara-perkara ini . 


Larangan ISRAF berlebihan dalam menggunakan Air ketika berwudhu':


 Diriwayatkan dari Abu Nua'mah bahawa 'Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa' :"Ya Allah , aku meminta kepada-MU istana putih di sebelah kanan Syurga , bilamana aku memasukinya ."Maka ia pun berkata : "HAI anakku , mintalah syurga kepada ALLAH dan berlindunglah kepada-Nya dari api neraka , Kerana Rasulullah sallallahu A'laihi Wassalam bersabda :


 "Sesungguhnya , akan ada nanti di tengah umat ini orang-orang yang melampaui batas dalam bersuci dan berdo'a"


((Maksud bersuci adalah berwudhu' ,Hadith shahih diriwayatkan oleh Abu Dawud (no.96) dan ibnu Majah (3846) darjatnya adalah shahih , namun riwayat Ibnu Majah tidak disebutkan melampaui batas dalam bersuci , lihat Mausu'ah al-Manaahis Syar'iyyah fii Shahhihis Sunnah an-Nabawiyyah , Syaikh Salim b. I'id al-Hilali hlm. 284))


 Diriwayatkan dari  'Amr bin Syua'ib dari ayahnya , dari datuknya ((yakni Abdullah bin Amr Radiyallahu Anhu)) ia berkata : Bahawasanya seorang Arab Badwi menemui Rasulullah .s.a.w. dan bertanya kepada beliau tentang tata cara berwudhu' . Beliau memperlihatkan tata cara wudhu' yakni membasuh setiap anggota wudhu' masing-masing tiga kali , kemudian beliau berkata :


" Begitulah cara berwudhu' , barangsiapa yang menambah-nambahinya , maka ia berbuat telah membuat kesalahan atau melampaui batas atau berbuat zhalim"


((HR. Abu Dawud ((no.135) an-Nasai'e ((I/88) dan al-Baghawi (228) dengan sanad yang hasan . Dalam riwayat Abu Dawud disebutkan lafazh (Au Naqasha)) (atau menguranginya) , para Ulama meriwayatkan bahawa tambahan tersebut adalah dha'if kerana telah disebutkan dalam hadith Shahih bolehnya berwudhu' dengan membasuh setiap anggota wudhu' masing-masing dua kali atau sekali".))


Kandungan BAB :


1. Boleh berwudhu' sekali-kali ,dua kali dua kali atau tiga kali-tiga kali . Barangsiapa menambah lebih dari itu , maka termasuk orang yang melampaui batas dalam berwudhu' serta dikenali sebagai bid'ah .


 Ibnul Mubarrak telah berkata :"Dikhuatiri orang yang menambah-nambahi lebih dari 3 kali dalam berwudhu' jatuh dalam perbuatan dosa"


 Imam Ahmad dan Ishaq mengatakan :"Hanya orang yang celaka sajalah yang menambah-nambahi lebih dari tiga kali"...


2. Tidak boleh berlebih-lebihan dalam penggunaan air , walaupu jumlah basuhan sesuai dengan ketentuan yang disyari'atkan .


Imam al-Bukhari berkata dalam kitab Shahihnya ,Kitab Wudhu' Bab : Perihal Wudhu' , Rasulullah .s.a.w. telah menjelaskan bahawa kewajipan berwudhu' itu adalah sekali-kali , dua kali , atau tiga kali dan tidak boleh daripada itu . Para ahlul Ilmu membenci israf (berlebih-lebihan menggunakan air) dalam berwudhu' dan menambah-nambahi cara-cara yang dilakukan oleh Rasulullah .s.a.w.


3. Menambah-nambahi dari jumlah yang disyari'atkan akan menyebabkan pelakunya jatuh dalam perasaan (was-was) yang tercela .


4. Larangan israf tersebut tidak boleh diertikan kerana air sedikit . Telah dinukil dari Abu Darda ',Ibnu Mas'ud , dan Hilal bin Yasaf bahawa mereka berkata ;"salah satu perkara yang dilarang dalam wudhu' adalah israf , meskipun engkau berwudhu' di tepi sungai".
((Lihat Mushannaf Ibnu Abi Syaibah (I / 66-67)) , dan boleh lihat atsar ini dalam kitab Syarhussunnah (I / 445)) .


Wallahua'llam ....

Tuesday 7 June 2011

Hadith Keutamaan Berjalan Ke Masjid dan Keutamaan Di Masjid

بــــســـم الله الـــرحــــمـــن الــرحـــيــم
الـــحـــمــد لله رب الـــعـــلــمــيــن،والصـــلاة والـــســلام عـــلــى أشرف الأنبياء والمرسلين،وصلواة الله وسلموه على خمسة وعشـــرون والنبي والرســـول الـــكاريـــم،وصـــلى الله عـــلــى نـــبــيــنـا مــحــمــد رســـول الله صــــلى الله عـــليـــه وســـلِّـــم،وعلى آله وصحـــــبـــــه أجـــمـــعـــيــن والطـــيــبــيــن والطـــاهـــريـــن ومـــن تـــبــعــهــم بــــإحـــســـان إلى يـــوم الـــديـــن

أمــــــا بـــعـــد:




A. Keutamaan Di Masjid Untuk Sholat Berjemaah (2 Hadith Tentang Ini) :

- Pelakunya Lebih Disenangi Allah A'zzawajalla .

Allah berasa senang terhadap perjalanan hamba-Nya menuju Masjid dengan keadaan berwudhu' terlebih dahulu di rumahnya . Hal ini berdasarkan hadith berikut :

عـن أبـي هـريــرة رضــي الله عـنـه قــال رسـول الله صــلـى الله عـلـيـه وسـلـم لا يـتـوضــأ أحـد فـيـحـسـن وضـوءهُ ويــســبــغـه ثــم يــأْتــي المــســجـد لا يـريــد إلا الــصــلاة فــيــه إلا تـبــشـبش الله إلـيـه كـمـا يـتـبـشبــش أهـل الـغـائـب بـطـلـعــتِهِ
Mafhumnya :"Dari Abu Hurairah Radiyallahu Anhu dia berkata , Rasulullah .s.a.w. pernah bersabda :'Tidaklah seseorang yang berwudhu' dengan sempurna (di rumahnya) , lalu pergi ke masjid yang tidak lain untuk mengerjakan sholat , melainkan Allah amat senang kepadanya sebagaimana amat senangnya seseorang yang bertemu kembali dengan temannya yang sudah lama tidak bertemu".

(Hadith Riwayat Ibnu Al-Khuzaimah , jil 2, Halaman 374 ,no.11491 ,A'zami melilai sanad hadith ini adalah shahih)

Al-Imam Ibnu Khuzaimah Rahimahullah telah membahas hadith ini dalam satu bab tersendiri :

 "Iaitu bab Allah berasa senang terhadap perjalanan hamba-Nya menuju Masjid dalam keadaan telah berwudhu' "
(HR. Ibnu Al-Khuzaimah)

 Perlu diperhatikan ,bahawa semua sifat yang disandarkan kepada Allah hanya berlaku untuk diri-Nya saja dan tidak berlaku bagi selain-Nya ...

B. Kelak Pelakunya Akan Mendapat Cahaya Yang Sempurna :

Orang yang berjalan menuju ke Masjid dalam kegelapan , kelak pada hari Kiamat akan mendapat cahaya yang sempurna . Ini berdasarkan hadith Buraidah Radiyallahu Anhu dari Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam bahawa baginda bersabda :

بـَشِّـرْ الْـمَـشَّـائـِيْـنَ فِي الْـظُّـلَمِ إلَى الْـمَـسَــاجِدِ بِـالـنُّــوْرِ الــتَّـامَّ يــَوْمَ الْـقِـيَـامَــةِ
Mafhumnya :"Sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan menuju ke Masjid dalam kegelapan bahawa mereka kelak pada hari Kiamat akan mendapat cahaya yang sempurna".

(HR. Abu Dawud , jilid 1 halaman 220 dan 561 , Syaikh Albani menilai hadith ini shahih)

Hadith Keutamaan Di Masjid :

- Pelakunya Mendapat Kemuliaan Dari Allah .s.w.t.

Hal ini berdasarkan hadith Baginda Rasulillah .s.a.w. berikut :

Mafhumnya :"Dari Salman , dari Nabi .s.a.w. bahawa baginda bersabda :'Barangsiapa berwudhu' di rumahnya , lalu mendatangi Masjid , bererti dia menjadi tamu Allah, dan sudah menjadi kewajipan bagi pihak yang dikunjungi untuk memuliakan pihak yang mengunjunginya".

(Hadith Riwayat at-Thabrani , jilid 6, h.253 , halaman no.6139))


Mafhumnya :"Dari Amr bin Maimun Rahimahullah , dia berkata , saya mendapati beberapa orang sahabat Rasulullah .s.a.w. mengatakan ,' Masjid adalah rumah Allah , dan sudah menjadi kewajipan bagi Allah untuk memuliakan orang yang mengunjungi-Nya".

(Riwayat al-Baihaqi , jilid 3 , halaman 82 no. 2943)))

Dalam lafaz yang lain disebutkan :

عــن عـمـر بـن مـيـمـون عـن عـمـر رضــي الله عـنـه قـال المــســاجـد بـيـوت الله فــي الأرض وحـــــقٌ عـلـى الــمـزور أن يــكــرم زائرهُ
Mafhumnya :"Dari Amr bin Maimun , dari Umar r.a. dia berkata , 'Masjid adalah rumah Allah di muka bumi dan sudah menjadi kewajipan bagi pihak yang dikunjungi untuk memuliakan pihak yang mengunjunginya".

(( Hadith Riwayat Ibnu Abi Syaibah jilid 13 , halaman 318 , no.35758)))

- Dosa akan diampuni oleh Allah At-Tawwab (Tuhan Penerima Taubat)

 Ini berdasarkan hadith Abdullah bin Abbas Radiyallahu Anhu dari Nabi .s.a.w. yang menyebutkan bahawa Allah .S.W.T. pernah berfirman kepada Nabi .s.a.w. ketika baginda sedang tidur : (al-Hadith Qudsi)

Mafhumnya :"...Ya MUHAMMAD , tahukah kamu amal yang bagaimana yang selalu dicari-cari oleh para malaikat yang paling dekat dengan Allah ? Aku berkata ,'Ya , tahu , iaitu amal-amal yang dapat menghapuskan dosa tetap tinggal di Masjid setelah selesai sholat berjema'ah dan tetap menyempurnakan wudhu' ketika keadaan berat . Barangsiapa yang mengerjakan yang demikian , dia akan hidup dengan kebaikan , akan mati dengan mendapat kebaikan dan bebas dari dosa sebagaimana keadaannya ketika dilahirkan oleh ibunya..."

(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

- Para Malaikat berselawat Untuknya ...

 Seseorang yang tinggal di masjid menunggu saat di kerjakannya sholat berjema'ah , sedang dia tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu orang lain , dianggap sedang mengerjakan sholat . Bahkan para malaikat berselawat (memohon keampunan dan rahmat) untuknya selama dia berada di tempat sholatnya , baik saat sebelum dikerjakannya sholat berjema'ah mahupun sesudahnya . Hal ini berdasarkan hadith berikut :

عــن أبـــي  هـريــرة رضــي الله عـنـه قــال رسـول الله صــلـى الله عـلـيـه وسـلـم قــال لايــزال الــعـبـد فـي صــلاةٍ مــا كــان فــي مــصــلاة يـنـتــظــر الــصــلاة وتــقــول الــمــلائــكـة اللهــم اغــفــرلــه اللهــم ارحــمـه
Mafhumnya :"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah .s.a.w. pernah bersabda :'Seorang hamba tetap dianggap sedang mengerjakan sholat selama dia berada di tempat sholatnya , saat menunggu waktu dikerjakannya sholat berjema'ah .Para malaikat mendoakannya dengan berkata , 'Ya Allah ampunilah dia . Ya Allah , berilah dia rahmat..."

Dalam lafaz Riwayat Imam Muslim disebutkan :

والــمــلائــكـة يــصــلون عــلــى أحــدكــم مــا دام فــي مــجــلــســه الــذي صـلى فـيـه يــقـولـون اللهــم ارحـمـه اللهــم اغــفــرلــه اللهــم تــب عــلــيــه مــالــم يــؤذ فــيــه مــالــم يــحــدث فــيه
Mafhumnya :"Para malaikat berselawat untuk seseorang di antara kamu selama dia berada di tempat sholatnya . Mereka berdoa ,' Ya Allah , rahmatilah dia . Ya Allah , ampunilah dia . Ya Allah terimalah taubatnya ,' Yakni selama dia tidak melakukan perkara-perkara yang mengganggu orang lain dan belum berhadas".

(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari , jilid 2 , halaman 286 , no.457))


Diharapkan kepada semua kaum Muslimin & Muslimat terutamannya (Ahlussunnah Wal Jama'ah ) (ASWJ) dapat membaca nota Minda Sunnah ini agar kita mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sebagai penyelamat di dunia & di akhirat . Tulisan ini ditulis oleh sahabat pengasas Minda Sunnah Abu Adam Rawahah Sunni al-Uthmani al-Qassim untuk sementara waktu ....

Semoga Allah Ta'ala merahmati dan memberi keampunan (maghfirah-Nya) kepada kita semua ...

إن شــــــاء الله تـــعــالــى

Saturday 4 June 2011

Fatwa 2 Mengenai Shalat (Menurut Ulama' Salaf Soleh)

بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :


A. Kedudukan Orang Yang Meninggalkan Sholat :

Soalan :

Saya mendengar sebuah hadith Nabi .s.a.w. bersabda : "Perjanjian di antara kita dengan mereka (orang munafiq) itu ialah dengan meninggalkan sholat . Sesiapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia menjadi kafir".
(Shahih At-Tirmidzi nombor 2621 , Ibn Majah (1079), Imam Ahmad dalam Musnadnya (5/346)) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak ((1/6,7)

Terdapat beberapa buah hadith yang menjelaskan orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dikira kafir . Dalam pada itu ,bapa saya tidak menunaikan sholat , adakah perbelanjaannya yang dikeluarkan untuk daya dikira sebagai halal atau haram ? Adakah saya perlu memulangkan kembali apa yang dibelanjakan kepada saya sebelum ini ? Bagaimanakah saya boleh membersihkan diri saya di hadapan Allah A'zzawajalla ?Saya sudahpun memainkan peranan menasihati dan membimbingnya ? Harap dapat penjelasan .

Jawapan :

Sebahagian Ulama' berpandangan baik mahu pun yang sekarang bahawa barangsiapa yang meninggalkan satu sholat dengan sengaja maka ia dihukum kafir . Menurut Madzhab Ash-Syafi'ee mengatakan meninggalkan sholat dengan sengaja , malas walaupun satu waktu dikira murtad/kafir terkeluar dari Islam , orang yang meninggalkan sholat dikira "KAFIR" tidak harus  ditanam di perkuburan orang Islam , tidak boleh menyembahyangkannya , serta darahnya halal dibunuh berasaskan hukum Qisas / bunuh kerana meninggalkan sholat melainkan sudah bertaubat nasuha . Tetapi jika dia beriktiqad/berpegang bahawa sholat itu wajib tetapi masih enggan untuk menunaikan sholat maka menjadi tanggungjawab untuk menggantikannya dan bertaubat . Sekiranya masih enggan maka diperintahkan hukum bunuh ke atasnya tetapi dia wajib dimandikan , dikafankan , dan disemadikan di kubur kerana masih Islam . Jika dia sengaja mempersendakan sholat itu , malas , maka dihukum kafir sebagaimana hadith Nabi .s.a.w. :

"Sesungguhnya sempadan  seseorang itu dengan syirik dan kafir ialah meninggalkan sembahyang ".
(HR. Imam Muslim (82) , Riwayat Jabir .r.a. , lihat Fiqh Ash-Syafi'ee hlm. 127)

Imam Bukhari & Muslim meriwayatkan hadith daripada Ibn Umar RA. bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :

"Aku diperintah supaya memerangi manusia sehingga mereka mengakui bahawa tiada tuhan melainkan (yang wajib disembah) melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mereka mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat . Apabila mereka melakukan demikian , maka darah  dan harta mereka terpelihara oleh Islam dan perhintungan mereka terserahlah kepada Allah ".

 Hadith ini menunjukkan bahawa orang yang mengucapkan 2 kalimah syahadah tetap akan diperangi sekiranya dia tidak mendirikan sholat tetapi dia tidak dihukum kafir . Tetapi bagi mereka yang ingkar,sengaja , malas dan juga sehingga sholat terkeluar waktunya maka dihukum murtad dan kafir , menurut Ibnu Al-Utsaimin Rahimahullah .

Maka jagala sholat kerana orang yang melalaikan sholat itu akan dimasukkan ke dalam neraka Saqar , 'nauzhubillah' . Imam Ash-Syafi'ee Rahimahullah mengkafirkan orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan sebahagian Ulama' (minoriti) dan sebilangannya mengatakan kufur .

Hadith di atas (saudara mengatakan) itu , orang yang meninggalkan sholat , yang menolak kewajipan sholat itu dikira kufur . Ia merupakan hadith shahih . Jika seseorang meninggalkan sholat kerana malas , hendaklah dipukul dan dipenjarakan , sehingga menunaikan sholat semula atau menggantikannya . Dia dikira seorang yang melakukan maksiat dan bukannya seorang yang telah kufur . Harta yang dibelanjakan oleh bapa anda kepada anda , bukanlah harta haram , jika sumbernya daripada yang halal . Sewajarnya anda membalas budi baik bapa anda itu , dengan balasan yang lebih baik daripada apa yang dibelanjakan untuk anda.

Wajib kepada anda menasihati kepada bapa anda supaya menunaikan sholat kerana meninggalkannya (menurut Ulama') dikira kafir mahu pun kufur . Kerana meninggalkan sholat seperti meruntuhkan tiang agama itu sendiri dan juga wajib diperangi mahu pun di bunuh (hukum Islam) . Anda juga hendaklah menakut-nakutkannya dengan balasan azab Allah di hari akhirat kelak . Wallahua'llam .....TUNAIKAN SHOLAT , JAGALAH SHOLAT KALIAN SUPAYA TIDAK MENJADI AHLUL KAFIR .....AHLUL MURTAD...AHLUL KUFR...NA'UZHUBILLAH ....

Sesetengah Ulama' berpendapat tiada mengqadakkan/menggantikan dalam sholat dan sesetengan Ulama' jika dia meninggalkannya maka wajib menggantikannya ....

A.Makan kemudian Sholat :

Soalan :

Adakah makruh memulakan sholat , sedangkan saya merasakan makan dahulu ?

Jawapan :

 Ya , dimakruhkan memulakan sholat jika anda merasakan perlu makan dahulu .Ini berdasarkan hadith Baginda .s.a.w. dalam riwayat Aisyah Radiyallahu Anhu katanya , saya mendengar Nabi bersabda :

"Tidak ada sholat apabila makanan dihidangkan dan juga dalam keadaan menahan membuang air besar dan air kecil".

(Shahih , Muslim dalam al-Masaajid hadith ini no.67 , Al-Baihaqi dalam al-Kubra 3/73 , al-Misykah no.1057))

Wallahu a'llam....







Hukum Mengucapkan Amin dan Orang Yang tidak Mampu Baca Surah Al-Fatihah (Artikel Baru)



بـــــســم الله الـــرحــمــن الـــرحــيــم
الـــحــمــد لله،والـــصـــلاة والـــســـلام عـــلــى رســول الله،وعلــــى آلـــه وصـــحـــبــه ومــن والاة


وبـــعـــد:

Semoga Allah Ta'ala Merahmati kita semua sebagai umat Rasulullah serta mengamalkan Sunnah-Nya . Diamanahkan dari teman yang terutama Abu Adam Rawahah Al-Qassim (Abu Syahid al-Qassim) pengasas blogger Minda Sunnah ini untuk menulis nota-nota dakwah . Penulis (hanyalah Hamba Allah yang hina , dhaif , kerdil di hadapan Allah )) , begitu kita insan yang lemah . Semoga Allah Ta'ala merahmati , memberkati perjuangan Abu Adam dan guru-guru Salafnya atas memperjuangkan Salafussoleh untuk menghindari umat Muhammad dari bid'ah , maksiat dan kesyirikan . InsyaAllah ....








Penulis akan menceritakan / menulis tentang 'Hukum Mengucapkan AMIIN berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah :

 Apabila Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam selesai membaca Surah Al-Fatihah beliau mengucapkan : "AMIIIINNNN" . Beliau juga mengeraskan dan memanjangkan suaranya . Beliau tidak menyuruh makmum membacanya bersamaan Imam , akan tetapi menyuruh makmum membacanya sesaat setelah terdengar ucapan AMIIINNN dari Imam . Rasululla .s.a.w. bersabda :

إذا أمـــن الإمـــام فـــأمـــنــوا،فـــمـــن وافـــق تأْمـــنــوا،فــمــن وافـــق تأمــيــنــه تأمــيــن الــمــلائــكة،غــفــرلــه مــــا تـــقـــدم مــن ذنــبــه
"Apabila imam mengucapkan 'aammiinnn' maka ucapkanlah aammiiinn , Sebab , siapa yang ucapan 'aamiiinn'-nya serentak dengan ucapan aammiin para Malaikat , nescaya dosanya yang telah lalu akan diampuni".

(HR. Al-Bukhari ((no.785)) dan Muslim ((no.410), Lihat At-Sittina Hikmah Minal Al-Fatihah hlm. 122)

Oleh kerana itu , para makmum tidak boleh mendahului Imam , dan tidak boleh tertinggal lama darinya .

Kata آمــيــن (Amin) merupakan mashdar dari kata kerja أمّن dan kata ini termasuk salah satu isim Fi'iil yang dibaca dengan mad (panjang) dan tanpa tasydid . Kata aammiinn sendiri sebenarnya adalah do'a dan mafhumnya adalah :"Ya Allah , perkenankanlah".

Rujukan Atau Dalil :

Hadith Shahih Abu Dawud
Hadith Al-Bukhari
Hadith Muslim
Sanad Yang Shahih

Shalat Orang Yang Tidak mampu membaca Surah Al-Fatiihah :-

 Setiap Muslim wajib / perlu / mestilah menghafaz Surah Al-Fatihah kerana ia adalah rukun sholat . Ia juga merupakan salah satu kewajipan walaupun digelar Mua'llaf yang baru memasuki Islam . Oleh itu , perbaikilah tartil / sebutan / tajwid / huruf itu dengan betul ketika membaca Surah al-Fatiihah .

Namun itu , jika ia tidak mampu menghafaznya , maka sesungguhnya Allah Ta'ala tidak membenani hamba-Nya melainkan sebatas kesanggupannya . Dalam hal ini , hendaklah membaca :

سُــبْــحَــانَ الله،وَالْحَــمْــدُ لله،ولاَ إلـــَه إلاَّ الله والله أكْـــبَــرُ،وَلاَ حَوْ لا ولا قُــــوَّةَ إلا بـــِالله.)))
(Subhanallah Wal Hamdulillah , Wala Ila Ha Illa Allah , Wallahu Akbar , Wa La Hawla Wala Quwwata Illa Billah))) .
"Maha Suci Allah ,segala puji bagi Allah , tiada Ilah  yang patut  diibadahi selain Allah , Allah Maha Besar  , dan tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah".

Hal ini berdasarkan hadith Nabi ,'Abdullah bin Abi Aufa , ia bercerita bahawasanya seorang laki-laki pernah menemui Nabi .s.a.w. , lalu berkata :"Aku tidak mampu menghafaz sedikit pun dari al-Quran , kerana itu , ajarilah aku sesuatu yang dapat menggantikannya . Nabi .s.a.w. bersabda :"Ucapkanlah oleh-Mu ;

سُــبْــحَــانَ الله،وَالْحَــمْــدُ لله،ولاَ إلـــَه إلاَّ الله والله أكْـــبَــرُ،وَلاَ حَوْ لا ولا قُــــوَّةَ إلا بـــِالله.)))
(Subhanallah Wal Hamdulillah , Wala Ila Ha Illa Allah , Wallahu Akbar , Wa La Hawla Wala Quwwata Illa Billah))) .
"Maha Suci Allah ,segala puji bagi Allah , tiada Ilah  yang patut  diibadahi selain Allah , Allah Maha Besar  , dan tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah".

(HR. Abu Dawud (no.832) dan Lihat Irwauul Al-Ghaliil (no.303))

Alhamdulillah , karya Al-Amanah ini selesai buat sementara waktu !!! Selamat Membaca .....

والـــــــحـــمـــد لله رب الـــعـــلــمــيـــن