Friday, 11 March 2011

Syarat-Syarat Tawaf (Sunnah Rasulullah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.



اما بعد :

Ketika tetamu Allah yang bakal menunaikan (UMRAH/HAJI) , saya ingin mengucapkan semoga mendapat Haji / Umrah yang Mabrur supaya kita mendapat hidayah dan hidup diberkati oleh Allah serta mendapat keampunan daripada Allah Tuhan Yang Maha Esa . Ini kerana berdasarkan hadith Nabi .s.a.w. yang bermaksud :
 "Haji Mabrur tidaklah ada balasan yang pantas baginya melainkan Syurga".

Semasa anda sedang dalam keadaan berihram diwajibkan bertalbiyah dan banyak mengucapkan kalimat talbiyyah semasa anda di dalam kereta,sedang berjalan kaki atau seumpamnya ketika dalam keadaan berihram untuk sampai ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah . Talbiyyah ini merupakan cara Rasulullah .s.a.w. dan juga para Sahabat Nabi sendiri begitu Nabi Ibrahim .a.s. juga bertalbiyyah untuk menunaikan Haji serta orang Musyrik (mempunyai tambahan pemujaan berhala ketika menunaikan haji di Makkah sebelum kedatangan Islam) . Talbiyyah mempunyai banyak cara , tetapi hanya ringkas dan padat senang untuk dihafal ,

لَبَّيْكَ اللهُمَّ عُمْرَةً - لاَرِيَاءَ فيها وَلاَ سُمْعَةَ
(Labbaikallahumma U'mrah - Laa'Riyya' Fihaa Wala Sum'ah)
"Aku menjawab panggilan-Mu , Ya Allah dengan melaksanakan Umrah - Tiada riya' dan sum'ah padanya".

Talbiyyah Rasulullah :

لَبَّيْكَ اللهُمَّ لَبَّيْكَ,لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لكَ
(Labbaikallahumma Labbaik,Labbaikala Syari Kalaka Labaik,Innal Hamdah Wanni'mata Lak)
"Aku selalu menjawab panggilan-MU ya Allah . Aku selalu menjawab panggilan-MU . Tiada sekutu bagi-MU . Aku selalu menjawab panggilan-MU.Sesungguhnya segala pujian ,& kenikmatan adalah milik-MU."
(Talbiyyah ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Shahihnya [no.1550] dari Hadith Aisyah RA. beliau berkata : "Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui bagaimana dahulu Nabi SAW bertalbiyyah..."(lalu , beliau menyebut talbiyyah tersebut . HR.An-Nasa'ie dan juga Abdullah Ibn Mas'ud)

Boleh menambah (sunnah Rasulillah .s.a.w.) :

لَبَّيْكَ إِلَهَ الْحَقِّ لَبَّيْكَ
(Labbaika Ilahal Haq Labbaik)
"Aku sentiasa menjawab panggilan-MU , wahai Ilah kebenaran (HAQ)".
(Sunnah Ibnu Majah , HR.Ibnu Majah (no.2379) , An-Nasai'e , dishahihkan oleh Syeikhul Muhaddith Albani ) .

Syarat-Syarat Tawaf :

A . Dr. Abdul Azhim Badawi mengatakan : (Hadith Rasulullah .s.a.w.)

 "Dari Abdullah Bin Abbas ra, bahwasanya Nabi .s.a.w. bersabda:"Tawaf mengelilingi Baitullah (Ka'abah) sama seperti shalat . Hanya sahaja , kalian boleh berbicara di dalamnya . Barangsiapa berbicara di dalamnya , janganlah ia berbicara kecuali yang baik".
(HR.Imam Ash-Syafi'ee,at-Tirmidzi , Ad-Darimi dan lainnya, dan dishahihkan oleh Albani . Lihat Irwaa Ul Ghalil (1/154) no.121)

1. Suci dari hadas besar dan hadas kecil , wajib dalam keadaan berwudu' walaupun tawaf sunat atau tawaf wida' , berdasarkan hadith Nabi yang bermaksud :
  " Allah tidak menerima shalat tanpa bersuci". (HR.Muslim)

Dan sabda beliau RA. kepada Aisyah RA. ketika ia haid di waktu Haji :
 "Kerjakanlah apa yang dikerjakan oleh orang yang melaksanakan manasik Haji . Hanya saja jangan tawaf di Baitullah (Kaabah) sehingga engkau mandi (suci dari Haidh)".

2) Menutup aurat , berdasarkan firman Allah Azzawajalla :

 يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬
"Hai anak Adam , pakailah pakaianmu yang indah pada setiap memasuki Masjid ..."(QS.Al-A'raf:31)

3) Tawaf harus dilakukan dalam jumlah tujuh kali yang sempurna . Kerana nabi .s.a.w. bertawaf sebanyak 7 kali putaran , sebagaiman dalam sebuah Hadith diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar RA. :

قدم رَسُولُ الله (ص) فَطَاف سبعًا وصلى خلفَ الْمَقَمَام ركعتينِ وَبَيْنَ الصفاء والْمَروَة سبعًا ولَقَدْ كان لكمْ في رَسُوْلِ الله أسْوَةٌ حسَنَةٌ
"Rasulullah saw tiba di Makkah , lalu tawaf 7 kali & shalat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim . Beliau juga tawaf antara Shafa' & Marwah (sa'ie) sebanyak 7 kali . Sesungguhnya, telah ada apa Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian (Uswatun Hassanah)".

Berdasarkan dalil firman Allah :
وَلۡيَطَّوَّفُواْ بِٱلۡبَيۡتِ ٱلۡعَتِيقِ
"...Dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah)".
(QS.Al-Hajj :29)

Jika anda semua ragi-ragi akan putaran 7 kali ketika tawaf maka boleh mengulangi sekali sahaja jika masih lagi was-was sudah tentu ia adalah hasutan Syaitan laknatullah . Maka yakinlah kepada Allah .

4) Memulai tawaf dari Hajarul Aswad , jika tidak boleh mengusap/mengucupnya boleh melambai sambil mengucapkan ;

بِسْمِ  اللهُ اكْبر
(Dengan Nama Allah Yang Besar)

Keutamaan Mengucup Hajarul Aswad ;
Mengusap Hajarul Aswad hukumnya Sunat dan juga merupakan sunnah Nabi .s.aw. , Nabi bersabda :

لَبْيَعَثَنِّ الله الحَجَرَ يوْمَ الْقِيَامَةِ وله عَيْنَانِ يبْصرُبهِمَا ولِسَانٌ يُنْطِقُ به ويَشْهَدُ علَى مَنِ اسْتَلَمَهُ بحقٍ
"Sungguh Allah akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari Kiamat kelak & Dia memiliki dua mata yang dengan keduanya ia melihat , dan lisan yang dengannya ia akan berbicara dan memberikan persaksian bagi orang yang mengusapnya dengan HAQ(kebenaran".
(Albani Rahimahullah berkata:"Hadith ini dishahihkan oleh At-Tirmidzi,Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban,al-Hakim dan Imam Azh-Dzhahabi ."Lihat Manasikul Hajj Wa Umrah"karya Syaikhul Muhaddith Albani Rahimahullah (m/s:21)

2) Sabda Nabi .s.a.w. lagi :

      مَسْحُ  الحَجَرِ الأَسْوَدِ وَالرُّكْنِ الْيَمَاني يَحُطِّان الْخطَايا حَطًّا
"Mengusap hajarul Aswad & Rukun Yamani benar -benar dapat menggugurkan dosa-dosa".
(Hadith Hasan At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban , al-Hakim serta Adz-Zahabi)

Hajarul Aswad / Sakhr Al-Jannah , batu-batu ini berasal dari Syurga , ketika Nabi Ibrahim AS sedang membina Ka'abah bersama anaknya Nabi Ismail , Jibril AS membawa satu batu syurga serta Nabi Ibrahim menerimanya batu syurga tersebut . Ketika Ka'abah dilanda banjir dan rosak , kabilah-kabilah di Makkah itu bergaduh kerana ingin meletakkan hajarul Aswad kemana posisi yang asalnya ,dengan kebijaksanaan Nabi Muhammad , Nabi Muhammad meletakkan hajarul aswad itu dengan kain serbannya serta meletakkannya berhampiran dengan pintu ka'abah . Rukun Yamani itu pula disunatkan menyapunya bukan mengucupnya kerana ia adalah perbuatan bid'ah , sunat menyapunya . Rukun Yamani asalnya tempat kelahiran Imam Ali RA iaitu sepupu Nabi .s.a.w. serta ibunya adalah penganut agama Tauhid (Hanif Islam) . Jika tidak mampu mengucup hajarul Aswad maka melambailah dengan menyebut "Bismillahu Allahu Akbar" .


                   Hajarul Aswad di Masjidil Haram , Makkah

Apabila diantara rukun Yamani dengan Hajarul Aswad bacalah doa berdasarkan sumber al-quran & Hadith yang shahih ;

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ  حَسَنَةً وَقنا عذَابَ النَّار
"HR.Abu Dawud dan lainnya dan dihasankan oleh Albani Rahimahullah . "

Jika melihat Baitullah Al-Haram Ka'abah , maka berdoalah dengan doa ini dilakukan oleh Ibnu Abbas RA. dan juga Umar Al-Khattab , itu lebih baik , beliau membaca :

اَللهُمَّ انتَ السَلاَمْ وَمِنْكَ السَلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلام
(Allahumma antassalam , wa minkassalam , fahayyina rabbana bissalam)
"Ya Allah,engkau penyelamat (hamba-hamba-MU dari kebinasaan).dari engkau pula keselamatan diharapkan , maka tekalkanlah kami-Wahai Rabb kami - dalam keselamatan".(HR.Al-Baihaqi)

Tawaf sunat boleh memakai pakaian biasa tetapi mesti menutup aurat , begitu tawaf Wida' kecuali Tawaf Wajib hanya memakai ihram sahaja . Wallahua'allam .



No comments:

Post a Comment