بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.
اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميدٌ مجيد
أمَّا بعدُ :
Zaman kemodenan dan semakin maju kini kebanyakkan remaja-remaja Muslim & Muslimat meminati lagu unsur-unsur Barat yang ada melambangkan DAJJAL,SYAITAN,MENGHINA ISLAM,mengikut perbuatan YAHUDI LAKNATULLAH SERTA AMERIKA TERKUTUK dan beberapa perkara yang mereka takjub/taksub yang lain . Sepertimana saya katakan bahawa muzik yang melanggar batas syari'at adalah HARAM begitu juga Imam Madzhab Ahlussunnah Imam Ahmad,Imam Hanafi,Imam Malik dan Imam Ash-Syafi'ee dalam Fiqh mereka . Demikian Artis-Artis Barat laknatullah ini kian diminati oleh ramai remaja Muslim & Muslimat diantaranya :
1. Lady Gaga
2.Christina Aguilera
3.Eminem
4.My Chemical Romance
5.Hardcore Barat yang seperti memuja Syaitan & Iblis
6.Britney Spears
7.Justin Bieber
8.Katy Perry dan lain-lain .
Agak popular dan selalu didengari dalam muzik dalam kereta , radio , youtube dan seumpamanya . Bukankah kalian tahu bahawa perempuan seperti ini , Lady Gaga,Christina Aguilera,Katy Perry , Keisha atau yang lainnya adalah pornografi . Membogelkan diri mereka dalam media serta Images di Internet yang kian berleluasa serta lagu-lagu mereka seperti pemujaan syaitan , mengikut perbuatan Yahudi . Tontonan filem "BURLESQUE" ada unsur sex yang dilakonkan oleh Christina Aguilera . Wallahi , saya hanya menonton Trailernya sahaja . Menari seperti "CIKARO"/"GRO" jalanan ...Ke mana Imej Islam kita ...mereka hanya ingin memusnahkan kita , menaikkan nafsu kaum lelaki , serta mempamerkan badan mereka yang jijik lagi kotor itu . Lagu-lagu Justin Bieber dan Lady Gaga adalah lagu-lagu Iluminati , Simbol LaDY gAga yang seperti Dajjal demikian Justin Bieber yang diagungkan oleh kaum perempuan yang takjubkan akan manusia kafirin itu . TAKJUB hanya hak Allah , taksub akan agama Islam dibolehkan , Sunnah Nabi boleh kita taksub dan tiru bukan selain daripada itu . Jika kalian tidak percaya lihatlah tontonan nama-nama Syaitan Bangang ini di layaran Facebook ataupun web di internet . Tetapi selepas kalian melihat gambar porno itu , istighfarlah di dalam hati dan minta ampun dari Allah agar di jauhkan dari kemaksiatan , zina dan kejahatan nafsu .
Berdoalah kepada Allah Azzawajalla ;
اللهم الهمني رشدي وقني شر نفسي
(Allahumma Alhimnii Rushdi Wa Qini Syarra Nafsii)
Ya Allah , Ilhamkanlah petunjuk-MU jauhilah kejahatan nafsu diriku .
Kitab Du'a Haji Wa Umrah , Syaikh Shalih Al-Utsaimin , Arab Saudi .
Pendapat 4 Madzhab Ahlussunnah Wal Jama'ah Tentang Muzik & Nyanyian :
1. Pandangan Madzhab Hanafiyyah
Lagu atau nyanyian dapat dilantunkan oleh lelaki atau wanita . Jika dilantunkan oleh wanita dengan suara lirih , biasa yang tidak didengari oleh orang lain maka hukumnya boleh , jika ia dilantunkan dengan kuat sehingga terdengar oleh lelaki asing maka hukumnya haram . Lebih-lebih lagi nyanyian yang mengundang nafsu syahwat lelaki , menyebabkan fitnah seperti lirik percintaan dan semisalnya .
Selagi mana , tidak bertentangan dengan syari'at Allah maka di bolehkan mendengar dan menyanyikan lagu tersebut .
2 . Pandangan Madzhab Malikiyyah
Hukum nyanyian yang dibawakan oleh seorang wanita adalah HARAM , begitu pun dengan hukum mendengarnya . Nyanyian baru dibolehkan jika dibawakan lelaki , tidak diiringi alat muzik , dan berisi ungkapan penyemangat para pasukan untuk berperang . Itu dibolehkan oleh kaum Nisa'/wanita ini .
Imam Malik Rahimahullah pernah ditanya seseorang mengenai penduduk Madinah Al-Munawwarah yang bernyanyi dan mendapat persetujuan daripada Rasulullah .s.a.w. Imam Malik menegaskan bahawa itu dilakukan oleh orang-orang Fasiqin . Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud bahawa Nabi bersabda :
"Nyanyian itu dapat menumbuhkan kemunafikan di dalam hati sebagaimana air yang menumbuhkan al-baql yakni sejenis tumbuhan-tumbuhan yang berdaun kecil".
Nyanyian ibarat arak membuat seseorang melakukan apa yang dilakukan oleh orang mabuk .
3. Pandangan Madzhab Ash-Syafi'eeyah
Nyanyian yang seronok (al-majin) yang diiringi oleh berbagai alat muzik adalah haram bagi kaum lelaki dan wanita , begitu pun hukum mendengarkannya . Imam Ash-Syafi'ee pernah menegaskan ,"Nyanyian adalah hiburan yang dibenci dan mendekati kebatilan .Orang yang banyak bernyanyi adalah orang bodoh & kesaksiannya tidak diterima".
Zaman Rasulullah SAW juga ada nyanyian-nyanyian untuk sekadar hiburan ketika hari raya , itu dibolehkan kerana itu adalah Hari Raya . Hukum bagi lelaki menyanyi "BOLEH" perempuan adalah "HARAM".
4 . Pandangan Madzhab Al-Hanbaliyyah
Hukum nyanyian adalah haram , baik dibawakan oleh lelaki mahupun wanita , iaitu jika berisi lirik-lirik yang menggoda atau menaikkan nafsu syahwat bagi orang yang mendengarnya . Lirik yang seperti artis-artis kafir Barat ini pasti ada membuka bajunya mahupun lelaki atau wanita , lihatlah gambar-gambar mereka dalam internet , keseluruhannya berbogel , menampakkan benda yang haram dinampakkan lelaki mahupun wanita ,"NAUZHUBILLAH"..... melihat ,atau menyentuh wanita asing adalah haram bagi semua madzhab kecuali mempunyai masalah-masalah tertentu . MUzik itu boleh menyebabkan taksubiyyah , takjub , lalai , mengikut fesyen syaitan Barat , mengikut perbuatan , melihat gambar pornografi sehingga tidak mahu menunaikan kewajipan agama . Maka berhati-hatilah dalam membuat sesuatu perkara .
Kita mesti mempunyai "al-Ijtihad" dalam diri masing-masing , memegang ittiba' SUnnah bukan bid'ah,taklid,taksub,takjub dan sebagainya . Maka dengan itu , hentikanlah mendengar muzik bertentangan syari'at agar ISLAM berkembang maju serta senang untuk mengalahkan musuh-musuh Allah . Amin Ya Rabbal Alamin .
Wassalam
Alhamdulillah, saya jadi tahu :) terima kasih atas artikel yang bermanfaat
ReplyDelete