Friday, 11 March 2011

Bacaan Ketika naik bukit Shafa & Marwah serta melihat Baitullah Al-Haram . (bantahan Imam Malik tentang ini)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,والصلاة والسلام على رَسول لله وَبعْدُ


Kepada tetamu Allah yang bakal menunaikan Haji atau Umrah kita diwajibkan melakukan sa'ie iaitu berulang alik antara bukit Shafa & bukit Marwah sebanyak 7 kali sepertimana dilakukan oleh baginda Nabi SAW serta suatu kisah Siti Hajar berulang alik dari Shafa & Marwah untuk dapatkan air zamzam kerana anaknya , Nabi Ismail AS kelaparan . Maka kita dikurniakan oleh Allah iaitu air zamzam lagi berkhasiat maka digalakkan untuk menunaikan Umrah jika bermampu hukumnya (SUNAT) manakala Haji adalah wajib bagi yang bermampu .

Disunatkan juga raml  pada 3 pusingan awal . Raml  bermaksud berjalan cepat dengan langkahan yang sempit atau berlari-lari anak juga ketika sai'e , akan nampak satu lampu hijau pertama dan kita lari-lari anak bagi kaum lelaki sehingga tanda lampu hijau yang kedua maka berhenti . Kaum wanita tidak disunatkan berlari-lari anak .
Ketika menaiki bukit Shafa maka bacalah firman Allah .S.W.T. :

إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلۡمَرۡوَةَ مِن شَعَئِرِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَنۡ حَجَّ ٱلۡبَيۡتَ أَوِ ٱعۡتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا‌ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Mafhumnya :"Sesungguhnya Safa & Marwah adalah sebahagian dari syi'ar (tempat beribadat kepada) Allah . Maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah,maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai'e antara keduanya . Dan sesiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati , maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala,lagi Maha Mengetahui ". (QS.Al-Baqarah ayat 158 , boleh rujuk tafsir Al-Quran)

Kemudian anda hendaklah menghadap ke arah Kaabah serta membaca tahmid (memuji Allah) & bertakbir sebanyak 3 kali sambil mengangkat tangan seperti dalam keaadan berdoa. Kemdian berdoalah sebanyak 3 kali seperti dilakukan oleh Nabi .S.A.W. , kemudian ucapkanlah :

لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ,لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ اَلْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
(Laaa' Ila Ha illa Allah,Wahdahu Laa' Syari Kalah, Lahul Mulk walahul Hamd Wahuwa a'la kulli sya'in qodir , Laaa' Ila Ha illa Allah wahdahu Anjaza wa'dah wanashara a'bdah wazhamal ahzaba wahdah)
mafhumnya :"Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu baginya hanya baginya segala pujian , Dia Maha kuasa ke atas segala sesuatu . Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha esa yang menepati janjinya,memenangkan hamba-Nya dan menghancurkan golongan kafir , tanpa dibantu oleh sesiapapun".

Dibaca sebanyak tiga kali jika tidak menghafaz doa ini tidak mengapa , berdoalah dan mintalah apa yang kalian minta kepada Allah Azzawajalla , InsyaAllah akan diperkenankan doa tersebut . Bacalah firman Allah itu tadi apabila menaiki safa & marwah serta bertahmid & bertakbir sebanyak 3 kali sambil melambai atau berdoa .
Dalam Sa'ie jika tidak mempunyai air wudu' tidak mengapa dan wajib berihram dalam melakukan sai'e sebanyak 7 kali . Bacaan ketika sa'ie tidak ada zikrullah yang khusus serta inilah surah yang khusus untuk menaiki safa & marwah iaitu surah Al-Baqarah ayat 158 . Berzikir atau membaca Al-Quran sekadar yang mampu ketika sa'ie mahupun tawaf .

Jika ingin jelas ayat Al-Quran dan doa itu tadi boleh "COPY"& "PASTE" di Microsoft Word untuk melihat lebih jelas tulisannya jika tidak nampak . Wallahua'llam .
Kepada tetamu Allah selalu ucapkan talbiyyah jika dalam keadaan umrah bacalah "LABBAIKA UMRAH" yang bermaksud :"Ku menyahut seruan-MU untuk melaksanakan umrah" serta ucapkan talbiyah "Labbaikallahumma Labbaik " itu sampai "La syari kalak"...Dalam buku umrah/Haji mempunyai tulisan talbiyah itu .


Dalam kitab Al-I’tisam karya al-Imam al-Syatibi: "Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik dan berkata: “Wahai Abu ‘Abd Allah (gelaran al-Imam Malik) daripada mana aku patut berihram?. Jawabnya: “Daripada Zu Hulaifah di mana tempat yang RasululLah berihram”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram daripada Masjid Nabi. Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram daripada kubur Nabi s.a.w.. Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat, aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah”. Tanya lelaki itu: Apa fitnahnya?!! Ia hanya jarak yang aku tambah. Jawab al-Imam Malik:
(Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang RasululLah s.a.w yang telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih” Surah al-Nur: 63.
ULASAN: Walaupun lelaki ini ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu masjid Nabi s.a.w, atau kubur baginda s.a.w, namun al-Imam Malik membantahnya disebabkan ia ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan lelaki itu menganggap dia dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi s.a.w.


(REnungkanlah dari kisah ini , ini bermakna Imam Malik dan 3 Madzhab ini amat serius akan bid'ah & khurafat serta tidak mengikuti sunnah , maka ikutilah Sunnah)..

No comments:

Post a Comment