Monday 28 March 2011

Doa Ketika Angin Kencang,Hujan Turun & Berhenti serta Bunyi Petir..

بسم الله الرحمن الرحيم
أَلْحَمد لله الذيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَه باهدَى وَدِينِ الحق لِيُظهرهُ على الدينُ كُلِّه وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْركُوْنَ وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه

امَّا بعْدُ :

A. Doa Ketika Angin Bertiup Kencang :


اَللهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا،وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا
(Allahumma Inni As'Aluka Khairaha , Wa A'uzhubika Min Syarri Ha)
"Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya & aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya".
(Hadith Shahih , Lihat Sunan Ibnu Majah (2/305)

B. Doa Ketika Hujan Turun :

اَللهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
(Allahumma Soyyiban Nafia'an)
"Ya Allah (turunkanlah) hujan yang bermanfaat".
(HR.Al-Bukhari (2/84) , Lihat Husnul Muslimin , Syaikh Said Wahf al-Qahtani & Al-Adzkar Nanawiyyah )

C.Doa Setelah Hujan Turun :

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ
(Mutthrina Bifadhlillahi Wa Rohmatih)
"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya ."
(Muttafaqun a'laih , lihat Kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah , Syaikh A'lauddin al-Utaibi halaman 200) .

D. Doa Ketika Mendengar Petir/Halilintar :




Abdullah bin Az-Zubair RA. apabila mendengar petir/halilintar , ia meninggalkan pembicaraan dan beliau mengucapkan :

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلاَئِكَةِ مِنْ خِيْفَتِهِ
(Subhanallazhi Yusabbihu Ra'adu Bihamdihi Wal Malaikati Min Khifatih)
"Mahasuci Allah yang mana halilintar dan para Malaikat bertasbih memuji-Nya , kerana takut kepada-Nya".
(Sanadnya Shahih , lihat al-Kalimuth Thayyib , hal.156 yang ditahqiq oleh Albani dan lihat hal.201 , Bab Doa ketika mendengar Halilintar , Kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah karangan Al-Utaibi , Husnul Muslimin & Adzkar an-Nanawiyyah)

Wallahua'llam ...Semoga kalian membaca blogg minda Sunnah supaya kita mendekatkan diri kita dengan doa-doa berdasarkan al-Quran & al-Hadith Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam serta mengikuti sunnahnya dan mengamalkannya . InsyaAllah , kita akan mendapat syafaatnya di akhirat kelak . AMALKAN !!!! HADITH SHAHIH bukan DHA'IF & MAUDHU' hadith lemah & palsu....:)

Sunday 27 March 2011

Nilai Diri Anda Adalah Syurga

Seorang penyair berkata :

   Diriku yang memiliki segala sesuatu saja
  Pasti akan pergi
 Pantaskah aku harus menangisi
 sesuatu yang telah hilang ?



  Sesungguhnya dunia dengan segala yang ada di dalamnya termasuk emas & perak , kedudukan , bangunan dan istananya , tidaklah layak untuk ditangisi . Dunia ini hanyalah sementara sahaja , dunia ini untuk kita memakmurkan , mengimarahkan , beribadat kepada Allah , bersedeqah kepada fakir miskin , membuat perkara amal kebaikan , tempat untuk beristighfar & bertaubat kepada-Nya , tempat untuk membangunkan negara yang lebih maju serta bermacam-macam . Itulah hanya sementara sahaja , kita ditugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ini dan menjaganya dengan baik . Berdasarkan hadith diriwayatkan At-Tirmidzi bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :

  "Dunia ini terkutuk , semua yang ada di dalamnya terkutuk , kecuali berzikir kepada Allah , semua hal yang dicintai oleh Allah , orang yang berilmu dan orang-orang yang mahu belajar".

Beruntunglah kepada orang yang menuntut ilmu . Kita boleh mencari kekayaan & harta tetapi jangan terlalu mentaksub/mengejar sehingga boleh menjadi sesat & kufur nikmat serta benci akan fakir miskin tetapi hendaklah sumber yang halal lagi baik , sesungguhnya jadilah kita orang yang kaya di dunia & kaya di akhirat , itu lebih baik . Dunia dan kekayaan itu sebenarnya tidak lebih dari barang amanah . Demikianlah yang dikatakan oleh Labid (penyair) :

Harta dan Keluarga hanyalah amanah
pada suatu saat nanti
amanah itu pasti akan dikembalikan

Memiliki wang berjuta-juta , rumah-rumah mewah , dan kereta-kereta mewah tidak akan menangguhkan kematian seseorang hamba . Allah tidak membezakan antara darjat/keturunan/harta seseorang melainkan taqwa . Berdasarkan dalil Allah .s.w.t. , Allah berfirman :

  Maksudnya :"Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu disisi Allah ialah yang tinggi ketaqwaannya". (QS.Al-Hujurat:13)

Begitulah dalilnya bahawa Allah mengasihi orang yang bertaqwa , di dunia ini juga kita sebagai umat manusia wajib beramal dengan kebajikan , ringankanlah tangan itu dan janganlah menjadi sifat sombog & kedekut , kelebihan orang yang beramal kebajikan ini , Allah Azzawajalla berfirman :

 Maksudnya :"Barangsiapa yang menyempurnakan amal kebajikan , maka ganjarannya sepuluh kali ganda dari apa yang dilakukan"....(QS.Al-An'am:160)

Di dunia ini kita diwajibkan taat kepada Allah , Rasulnya , ibu bapa dan guru-guru supaya kita menjadi umat Islam yang lebih maju , beradasarkan firman Allah yang bermaksud :

 Maksudnya :"Katakanlah ! Taatilah Allah & Rasulnya , jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir ". (QS.Ali I'mran:32)

Firman Allah .S.W.T. yang bermaksud :

 Maksudnya :"..Dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya , maka sungguh dia menang dengan kemenangan yang besar".(QS.Al-Ahzab : 71)

Beruntunglah mereka yang mengikuti ajaran Al-Quran & As-Sunnah sebagai penyelamat di dunia & di akhirat . Dunia ini hanyalah sementara , tidak lama lagi kiamat menanti , demikianlah apa yang dikatakan oleh Hatim al-Tha'ii :

Semua kekayaan
tidaklah akan bermanfaat sedikit pun
bagi seorang pemuda
jika suatu saat
nafasnya sudah tersengal-sengal di tenggorokan
dan dadanya sudah menyesak

Oleh sebab ahli hikmah mengatakan :"Hargailah sesuatu sesuai dengan harganya kerana sesungguhnya dunia dan apa yang ada di dalamnya tidak sepadan dengan jiwa seorang mukmin".
Allah Azzawajalla berfirman :

 Maksudnya:"Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah hiburan & permainan..."(QS.Al-Ankabut:64)

Islam bukanlah anti-Hiburan , tetapi hiburan itu hendaklah bertetapan dengan syara' serta tidak melalaikan dan tiada unsur2 boleh menyebabkan hati menjadi gelap & nifaq . Imam Al-Hasan Al-Bashri mengatakan :"Jangan hargai diri anda selain syurga , sebab diri seorang mukmin itu sungguh mahal harganya , meskipun banyak juga orang yang menjualnya  dengan harga murah . Orang yang meratap kerana harta mereka hilang , rumah mereka hancur dan kenderaan mereka terbakar , sementara mereka tidak sedih dan tidak menyesal lemahnya iman mereka , dosa-dosa yang mereka perbuat , dan minimanya ketaatan mereka kepada Allah , sungguh kelak akan tahu bahawa dahulu (sewaktu di dunia) mereka benar-benar telah melakukan perbuatan yang sangat bodoh . Di satu sisi mereka telah meratapi semua hal yang sebenarnya tidak perlu mereka ratapi , sedang di sisi lain mereka tidak meratapi semua hal yang sebenarnya pantas mereka ratapi".
Allah .s.w.t. berfirman :

  Maksudnya:"Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan bagaimana kesudahan mereka pada hari yang amat berat (seksaannya) ".
(QS.Al-Insan :27)

Wallahua'llam...

Friday 25 March 2011

هو الله السعادة جائزة

ليس غريبا إذا كان هناك بعض الناس الذين يمكن أن يجلس في استرخاء والنوم على الصخور الصلبة. وهم العمال الذين حصلوا على نتائج ما يكفي للعيش ليلا ونهارا. ومع ذلك ، فإنها لا تزال الابتسامة يمكن في مواجهة هذه الحياة. دادا مجالهم ؛ أجسامهم قوية ، وقلوبهم دائما والهدوء لم يكن سوى لأنهم يعرفون أن الحياة الحرة هي اليوم وانها لا تعتقد حقا عن الماضي والمستقبل. هم أنفسهم مشغول فقط مع عملهم.


وسنكون ممتنين أن الله أعطى لنا. أحيانا الأغنياء لا تهدئة القلب ، أي شهية لتناول الطعام ، والنوم لا ينام ، الذين يعيشون في الخوف والقلق ، ولكن أحيانا الناس الذين يعيشون في أكواخ الفقراء ، البيت الخشبي مع امتنانه للسلم هدية وهبها الله. في الواقع نحن نعتقد حرم الفقراء والأغنياء الذين يؤمنون بالله من أجل الاستفادة منها. أننا نادرا ما نسمع "الأغنياء الذين آمنوا" نسمع دائما "الغنية تعتبر والعزة والثروة لنفسه"... السعادة هي ألذ وأشهى في المؤمنين هم من الرجال الذين يحصلون على لرؤية رب السماء ونجد أن الله الأكثر قوة. الناس الذين يعتقدون ان العالم سوف يشعر صغيرة جدا ومؤقتة ، ومكانا لعبادة الله. بإذن الله ، سلم السعادة التي هي الحياة الأبدية في السماء عند الله في الآخرة ، وآمل أن أحصل عليه وتحصل على رؤية ان ربنا الله عز وجل


الله أعطى كل واحد منا يجب ان يكون من الحكمة ، ولكنها تحتاج قبل كل شيء ، الحب ، والاختبار ، ومكافأة للاطلاع على رد الحسنة ولا السيئة لها. لا تحزن لك ، ونحن لسنا وحدنا لأن الله معنا ، ثم احتفال عليه بالقول "لا إله إلا الله ، سبحانه وتعالى". ولذلك ، يجب أن نتذكر دائما الله ، وقال انه سوف أذكر لكم ، قلوبنا دائما يقولون "الله" من دون جدوى لأن الله هو الأكثر علاج المرض. وإذا كنا لا نحب أو حتى بذكر ربنا والتوبة لدينا دائما تحقيق السعادة في الدنيا والآخرة ويرجو رحمة ومحبة الرب الرحيم. نقوم أحيانا يقولون ان الله أمر والتنكر لنائب. ليس بالضرورة أن يكون الشخص غنيا ويسعد في الآخرة ، ولكن ليست دولة غنية بالضرورة في الحياة الآخرة ، كيف يمكن ان نعرف ، والفقراء في العالم ، لكنه غني في الآخرة ، كيف يمكن ان نعرف من متوسطة الأثرياء أو الأغنياء في الدنيا والآخرة. ينبغي أن تكون متوازنة ونحن بين الدنيا والآخرة. النعمة هو النعيم. نأمل ان يحصل جيدة...

Mengubati Sakit Demam dan Larangan Mencelanya

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على النبي محمد بن عبد الله وعائلته
والأصدقاء والأسرة ، والذين يتبعون خطاه ، صلى الله عليهم وعلى آل النبي


(Pengubatan Ruqyah Cara Sunnah Rasulullah .s.a.w. yang mengikuti Al-Quran As-Sunnah)
Lihat Kitab Al-Hikmah Kawarith Warruqyah Ash-Syar'ieyyah halaman 130 , Syaikh Yazid Abdul Qadir Jawas , Pustaka Imam Ash-Syafi'ee , Jakarta (Hikmah Di Balik Musibah & Ruqyah Ash-Syar'ieyyah)

1 . (Bab Demam)
 Rasulullah .s.a.w. bersabda :"Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam , kerana sesungguhnya demam itu akan menghapus dosa-dosa anak Adam sebagaimana menghilangkan kotoran besi".
(Shahih Muslim (no.2575) .

Rasulullah .s.a.w. bersabda :

 " Demam itu merupakan bahagian dari panas Jahannam , kerana itu dinginkanlah ia dengan air".
(Shahih : HR.al-Bukhari (no.3263) ,5725) , Muslim dan Ibnu Majah dari Aisyah RA. , Hadith ini diriwayatkan juga dari Ibnu Abbas , Ibnu U'mar , Rafi' Bin Khadij & Asma' Binti Abu Bakar)

Hukum Mencela Demam adalah (Makruh) : "Lihat Kitab Al-Adzkar An-Nanawiyyah hlm.591

Walaupun sekadar makruh sahaja , tetapi lama-kelamaan menjadi haram . Demam itu adalah salah satu ujian dari Allah yang kecil sahaja maka dengan itu sejukkanlah ia dengan air dan insyaAllah akan disembuhkan oleh Allah Azzawajalla .
 Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Jabir Radiyallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam masuk menemui Ummu Saib - atau Ummul Musayyib dan bersabda :


مَالَكِ يَا أمُُّ السَّائِبِ - أوْ يَا أمُّ الْمُسَيِّبِ تزفْزِفينَ؟ قَالَتْ : الْحُمَّى،لاَ بَارَك اللهُ فِيْهَا،فَقلَ : لاَ تَسُبِّيْ الْحُمَّى،فَإِنَّهَا تُذْهبُ خَطَايَا بَنَيْ آدَمَ كَمَا يُذهبُ الْكِيْرُ خَبثَ الْحَديْدِ
"Ada apa denganmu , Wahai Ummu Saib - atau Ummul Musayyib - tubuhmu gementar ? Dia menjawab ,'Demam , semoga Allah tidak memberkatinya !"Baginda bersabda :"Jangan kamu mencela demam , kerana demam itu menghilangkan dosa-dosa anak Adam sebagaimana api menghilangkan karat besi".

Kata arab dalam hadith ini "tuzafzifina" bererti bergerak ke mana ke mari dengan gerakan yang cepat , maksudnya gementar . Lafaz tersebut dengan huruf 'TA' dhammah kemudian dua huruf zain . Diriwayatkan pula dengan huruf ra', tapi huruf zain . Diriwayatkan pula dengan huruf ra' tapi huruf zain lebih masyhur . Di antara yang meriwayatkannya adalah Ibnu Atsir . Penulis kitab al-Mathali' meriwayatkan dengan huruf zai . Pada riwayat lain dengan huruf ra' dan qaf , tapi yang masyhur adalah fa' baik dengan huruf zai ataupun ra'.

Wallahu'allam...  

Tuesday 22 March 2011

Doa Sujud & Rukuk (Sunnah Nabi .s.a.w.)

بسم الله الرحمن الرحيم
أَلْحَمد لله الذيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَه باهدَى وَدِينِ الحق لِيُظهرهُ على الدينُ كُلِّه وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْركُوْنَ وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه


امَّا بعْدُ :


( Sujud beginilah cara Sunnah Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam , kaki diwajibkan rapat tidak boleh merenggang kedua belah kaki mahupun kaum lelaki atau wanita )

Sujud tidak boleh seperti anjing , hidung mesti diletakkan di atas tempat sujud begitu kepala serta kaki wajib rapat bukan renggangkan , perhatikan gambar di atas :

- kedua telapak kaki hendak tegak , posisi hendaklah menghadap qiblat .
- Sujud dengan 7 anggota badan .
- Punggung agak lurus , tangan perlu dibesarkan kecuali makmum yang shalat berjema'ah . Jika sendirian hendaklah membesarkan tangan itu begitu Imam yang mengimami shalat .

Jika tidak jelas akan gambar di atas boleh lihat gambar ini , laman webnya :

http://www.lakii.com/img/all/Oct05/c30PtD10140820.jpg

Hadith yang telah diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari riwayat Huzhaifah yang telah berlalu pada bab Rukuk tentang sifat shalat Nabi sallallahu A'laihi Wassalam iaitu , ketika baginda membaca surah Al-Baqarah , surah Ali Imran dan surah An-Nisa' dalam satu raka'at . Baginda tidak melewati ayat tentang rahmat dan tidak melewati ayat tentang azab kecuali memohon perlindungan azab . Kemudian nabi membaca :

سُبْحَانَ رَبِّيَّ الأَعْلَى
"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi".
(Hadith Riwayat Ahmad , Abu Dawud dan lainnya , Lihat Kitab Al-Ijra' Shalat Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wassalam hal.21 ,Maktabah Imam Ash-Syafi'ee , Jakarta , AlAdzkar An-Nanawiyyah hal.93 dan juga Siffatuss Sallatin Nabi karangan Albani )

وَإذَا سَجَدَ - ايْ أَحَدُكُمْ - فَلْيَقُلْ : سُبْحَانَ رَبِّيَّ الأَعْلَى
"Dan apabila salah seorang dari kamu sujud , hendaklah membaca :(Subhana Rabiyyal A'la) , Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi " .
(Kitab Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.94 dan Kitab-kitab Sunan )

Kami diriwayatkan di dalam shahih al-Bukhori dan Shahih Muslim , dari Aisyah Radiyallahu Anhu dia berkata Nabi .s.a.w. dalam rukuk dan sujudnya banyak membaca :

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ،اللهُمَّ اغْفِرْلِيْ
Subhanakallahumma Robbana Wabihamdika, Allahumaghfirlii
(Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagi-Mu . Ya Allah ampunilah aku)
(Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.93 dan Muttafaqun Alaih .)

Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim , dari Aisyah Radiyyallahu Anhu seperti yang telah berlalu dalam bab Rukuk bahawa Rasulullah .s.a.w. dalam rukuk dan sujudnya membaca :

 سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبٌّ المَلاََئكةِ والرُّوْحِ
Subbuhun Quddusuunn Robbil Malaaa Ikati Warruuhh
(Wahai Zhat yang Maha sempurna lagi Maha suci Tuhan para Malaikat dan Malaikat Jibril)
(HR.Muslim (1/353) Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.93)

Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Aisyah Ra. dia berkata , "Aku mencari Nabi .s.a.w. di suatu malam dan aku menemui baginda sedang rukuk dan sujud sambil mengucapkan :

سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ
Subhanaka Wabihhamdika , Laa Ila Ha Illa Anta
(Maha Suci Engkau dan segala Puji bagi-Mu . tiada tuhan yang patut di sembah melainkan Engkau)
(Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.94 , dan Shahih Muslim (1/352) Abu A'wanah & an-Nasa'ie)
Boleh menambah (اللهمَّ) Allahumma , "Subhanakallahumma Wabihamdika " . ataupun seperti di atas .

Kemudian boleh juga digalakkan membaca doa ketika sujud sepertimana di katakan di atas , iaitu :

اَللهُمَّ (وَفِيْ لَفَظٍ : رَبِّ) اغْفِرْلِيْ ، مَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ
Allahumma / Robbighfirlii Ma Asrortu Wama A'lantu
(Ya Allah (dalam riwayat lain disebutkan : Rabb ku/Tuhan ku) ampunilah aku , apa-apa yang aku sembunyikan dan apa-apa yang aku nampak )
(Hadith Shahih , lihat Shahih Sunan an-Nasa'ie (1/241) , Kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah , Syaikh A'lauddin Al-Utaibi hal.127)


Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Abu Hurairah RA. bahawa Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam bersabda :

أَقْرَب مَايَكُوْنُ العَبْدُ منْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ،فَأكْثِروْا الدُّعَاءَ
"Keadaan paling hampir antara seorang Hamba dengan Tuhan-Nya adalah ketika dia sujud , maka perbanyakkanlah doa ( dalam keadaan sujud ) ".

Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Ibnu Abbas Radiyallahu Anhu bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :

فَأَمَّا الرُّكُوْعُ فَعَظِّمُوْا فيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ،وَأما السُّجوْد فَاجْتَهِدُوْا فِي الدُّعَاء فَقمِنٌ أن يُسْتَجَابَ لكمْ
"Ketika rukuk , takzimkan (agungkan) Allah Azza Wajalla dan di waktu sujud berdoalah dengan sungguh-sungguh kerana saat itu patut untuk diqabulkan bagi kamu".

Selepas membaca doa-doa yang khusus (rukuk & sujud) yang telah ditulis di atas , doalah apa yang diminta kerana Allah menyuruh kita selalu berdoa dengan nama-nama asma'nya iaitu asma ul Husna . InsyaAllah , permohonan kita akan dikabulkan jika kita ikhlas , mengikuti sunnah Nabi , bersih dari hati yang lalai , doa mengikut Al-Quran & As-Sunnah , bersih dari badan yang memiliki kekotoran , tempat yang bersih serta khusyu' kepada Allah apa yang kalian minta kepada-Nya .

Wallahu a'llam ...



Monday 21 March 2011

Doa Mengelak Lupa & Doa Memohon Keteguhan Iman (al-Quran & Hadith Yang Shahih)

بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :
Doa Untuk Mengelak Lupa :

اَللهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا،وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا،وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا،وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا،وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا
(Allahumma Zhidna Wala Tanqusna , Wa Akrimna Wala Tuhinna , Wa A'aathina  Wala Tahrimna , Wa Aaa' tsir A'laina , Wardhina Wardha A'nna)
"Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan . Muliakanlah kami , jangan dihina . Berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula usaha kami".
(HR. At-Tirmidzi no.3173 , Lihat Tafsirul Ibnu Kathir . tafsir ayat 1 , Suran al-Mukminun , Kitab Fiqhul Ad'Iyyah Wal Adzkar)

Dalam Tafsir Ibnu Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidin Umar al-Khattab RA. bahawa Nabi .s.a.w. pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas . Memerhatikan inti sari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah dalam anugerah-Nya , baik umur , rezeki , harta , anak-anak yang soleh , solehah dan sebagainya , yang dinilai manusia sebagai nikmat .
Menurut At-Tirmidzi , an-Nasa'ie dan al-Hakim , doa ini dibacakan oleh Nabi sebaik sahaja selesai menerima wahyu . Justeru , kita digalakkan membaca doa ini semasa memperolehi ilmu atau sedang menghafaz ilmu yang agak susah atau pun senang agar dikurniakan tidak lupa dalam otak kita , serta sentiasa ingat apa yang dipelajarinya . InsyaAllahu Ta'ala .

Adab-Adab Pelajar Terhadap Gurunya :

Ash-Syaikh Muhammad Shalih bin Al-Utsaimin menggariskan adab-adab di bawah agar diamalkan oleh seseorang pelajar dalam urusannya dengan guru . Perkara ini wajar diberi perhatian untuk mendapatkan keberkatan daripadanya :

- Memberikan sepenuh perhatian (fokus) kepada gurunya
- Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran
- Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru
- Tidak meninggikan suara terhadap guru , sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari .
- Sekiranya perlu bertanya , pastikan guru bersedia menyediakan jawapan
- Menghormati guru di hadapan dan di belakangnya
- Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan
- Mendoakan kebaikan baginya .

Dipetik daripada Kitab Syarah Adab dan Manfaat Menuntut Ilmu karangan Syeikh Al-Utsaimin Rahimahullah , terjamahan & terbitan Pustaka Imam Ash-Syafi'ee , Jakarta .
Berdasarkan firman Allah .s.w.t. dalam dalil al-Quran ;





فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
"Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui". (QS.An-Nahl: 43)

Doa Memohon Keteguhan Iman :

اَللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا لاَ يَرْتَدُّ،وَنَعِيمًا لاَ يَنْفَدُ،وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ
(Allahumma Inni As A'luka Imanan Laa' Yartaddu , Wa Na'iiman Laa'Yanfazhu , Wa murafaqata Muhammadin Sallallahu A'laihi Wassalama Fii A'ala Jannatil Khuldi)
"Ya Allah , sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang tidak lepas (murtad) , nikmat yang tak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad .s.a.w. di Syurga yang paling tinggi selama-lamanya ".
(HR. Ibnu Hibban no.2436 , Kitab Fiqhul Ad'Iyyah Wal Adzkar)

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata , ramai sahabat menangis tatkala hampir mati . Apabila ditanya , mengapa menangis . Mereka menjawab ;"Allah .s.w.t. membahagikan hamba-Nya kepada dua golongan , yang pertama adalah ahli Syurga dan yang kedua ahli neraka". Kamu tidak tahu di manakah kedudukan-Mu .
(Lihat kitab Jami' al-Ulum : hadith ke-4 , hal.219 , Kitab Fiqhul Ad'Iyyah Wal Adzkar)
Menurut sebuah hadith shahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhori , Nabi .s.a.w. bersabda maksudnya ;"Sesungguhnya amalan kamu dinilai pada bahagian akhirnya ,"Maksud hadith ini ketentuan akhirnya jika baik , maka syurgalah tempatnya demikian sebaiknya jika buruk , nerakalah tempatnya ."
(Riwayat al-Bukhori , no.3208 , Muslim 2643)

Sebaliknya kita diwajibkan memantapkan keimanan kita yang teguh serta mempunyai iman dan taqwa kepada Allah Azzawajalla supaya mendapat "Halawatul Iman" , kemanisan iman kerana kita melakukan zikir , membaca al-quran , menuntut ilmu Allah , Shalat Sunat (Qiamulail) mestilah mempunyai iman yang kuat . Diharapkan kita menjadi golongan ahli Zikir yang selalu menangis kerana Allah begitu saya juga .

Wallahua'allam .....

Sunday 20 March 2011

Penjelasan Tentang Menyapu Muka (Hadith & Fatwa Imam Ash-Syafi'ee)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد للهِ ربِّ الْعَلمِين,وَالصَّلاَةُ والسَلاَمُ عَلَى أَشْرَف الأَنبِيأَ وَالْمُرْسَلين وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبه أجمَعين وَمنْ تَبِعَهُمْ بإِحْسَانٍ إلى يومِ الدِّيْنَ
أَمَّا بعدُ  :

Kita wajib mencontohi apa yang Rasulullah SAW lakukan sepertimana SHALAT . Shalat adalah asas dan pokok utama agama kita kerana Shalat itu wajib , Allah akan menanyakan shalat kita dahulu semasa di akhirat barulah amalan yang lain . Shalat itu juga wajib menepati al-Quran & As-Sunnah . Kebanyakkan masyarakat umat Islam di Malaysia yang bermadzhab Ash-Syafi'eeyyah . Tetapi malang , tidak menepati Fiqh Imam Ash-Syafi'ee . Ingatlah !!! Imam Ash-Syafi'ee ini merupakan Ulama' Hadith yang sangat kuat menentang bid'ah dan perkara baru dalam agama Islam sepertimana melakukan sapu muka selepas memberi salam ketika shalat .
Menurut fatwa Imam Ash-Syafi'ee mengenai hal tersebut ,

Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka):


عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمْرَة قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاِذَا سَلمَ قَالَ اَحَدُنَا بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ : السلام عليكم ، السلام عليكم . وَاَشَارَ بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَالَكُمْ تُومئونَ بِاَيْدِيَكُمْ كَاَنَّهَا اَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ اَوْ لاَيَكْفِى اَوْ اِنَّمَا يَكْفِى اَحَدُكُمْ اَنْ يَضَعَ يَدهُ عَلَى فَخِذِهِ ثُمَّ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

“Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”. (Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadis ini diriwayatkan oleh Riwayat Muslim)

Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri. Hal ini setelah dilihat oleh baginda, kemudian baginda bertanya yang berupa larangan:

“Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 236)

Pada riwayat yang lain baginda bersabda:

“Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)

Menggerakkan tangan ke kanan atau ke kiri sebagai tanda penutup atau selesainya solat telah ditegah oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka menyapu tengkuk, kepala dan kemudian muka di setiap kali selesai memberi salam adalah juga merupakan sebagai tanda, isyarat atau sebagai penutup solat. Melakukan pekerjaan tersebut adalah bid’ah kerana menyerupai perbuatan mereka (yang menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri) yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, malah tidak ada hujjah yang sahih mengizinkan perbuatan tersebut. Perbuatan serupa itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat. Maka ia wajib ditinggalkan. Jelas, ianya tiada ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah.

Al-Mawarzi di dalam kitab al-Witr (hal. 236) berkata, “Ahmad bin Hanbal (imam Ahmad (w. 248H)) menyatakan, dari Abu Dawud, “Aku pernah mendengar bahawa Ahmad ditanya tentang seseorang mengusap mukanya dengan kedua tangan jika telah selesai solat witr, ia berkata, “Aku belum pernah mendengar sedikit pun berkenaan dengan hal itu, sedangkan aku menyaksikan bahawa Ahmad tidak melakukan hal itu (mengusap muka selepas solat).””

Hadith-hadith yang mengenai sapu muka adalah hadith lemah yang tidak boleh dijadikan hujjah . Maka berhati-hati dalam berkenaan ini , kerana Nabi Sallallu Alaihi Wassalam bersabda :


منْ أحْدَثَ في امْرِنَا مَاليْسَ منه فَهُوَ رَدٌ
"Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baharu dalam urusan agama kami ini yang bukan darinya maka ia akan ditolak".
(Ghayatul Maram halaman 19,Riwayat Imam Al-Bukhori 2/166 , Abu Dawud,Muslim , Ibnu Majah , Daruquthni halaman 520 , Imam Al-Baihaqi serta At-Thayalisi)

Hadith berkaitan dengan permasalahan ini (menyapu muka/dahi/hidung selepas shalat) :

Berdasarkan Abu Said al-Khudri Radiyallahu Anhu , beliau berkata :

رَأيتُ رَسُوْل اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وَسَلَّمَ يَسْجُدُ فيْ الْمَاءِ وَالطِّيْن،حتَّى رَأيتُ أثَرَالطِّينِ فِي جبْحَته
"Aku melihat Rasulullah .s.a.w. sujud di atas air dan tanah , sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya".
(Shahih Imam Al-Bukhori (dengan Syarah Kitab Fathul Bari) no,836 , 2/416)

Benda ini bukan satu amalan , walaupun nabi SAW sujud di atas habuk,air dan tanah tetapi baginda masih tidak menyapu mukanya lagi dan ia bukan sebahagian dari sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam . Al-Hafidz Hajar Ash-Syafi'ee mengatakan , jika Nabi SAW melakukan perbuatan ini pun , maka ia tindakan menyapu habuk , debu dan kesan tanah di dahi baginda , yang mana ia termasuk bab "Jibliyyah" (perkara semula jadi kemanusiaan) dan bukannya suatu amalan untuk merapatkan diri kepada Allah Azzawajalla .
(Fathul Bari , Ibnu Hajar , 2/416)

Walaupun demikian ,  Ulama Madzhab Ash-Syafiee , perbuatan menyapu dahi selepas Shalat digalakkan berdasarkan hadith :

Maksudnya :"Rasulullah (ص) apabila selesai shalatnya maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa :"aku naik saksi tiada tuhan selain Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasih , Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan & kedukacitaan".
(HR.At-Thabrani , Ibnu Sunni & Abu Nua'im)

Menurut komentar Ibnu Al-Haitami dalam hadith pertama dengan katanya :

رَوَاه الطبْرَانِي في الأوْسَطِ وَالبَزَّارُ بِنحْوِهِ بأسَانيدِ وَفيهِ زَيْدَ الْعمَى وَقدْ وَثَّقه غيْر وَاحدٍ وَضَعَّفه الْجُمْهُور وَبَقِيَّة رِجَال أَحَدُ اسنَادي الْطَبْرَاني ثِقَاتٌ وَفي بَعْضهمْ خِلاَفٌ
"Ia diriwayatkan oleh At-Thabrani dalam Al-Aswat dan Al-Bazzar dengan sanad yang terdapat Zaid Al-A'ma beberapa ulama menthiqah'inya (dipercayai) dan dianggap lemah (dha'if) oleh majoriti . Manakala baki perawi at-Thabrani dipercayai dam sebahagian yang lain diperdebatkan".
(Majma' az-Zawaid , 10/110)


Perbuatan amalan 'menyapu muka' ini tidak ada dalam kitab-kitab madzhab Ash-Syafi'ee seperti kitab Al-Umm , Rawdah al-Talibin , Ar-Risalah , Tuhfatul Muhtaj , Nihayatul Muhtaj , Mughni Muhtaj dan lain-lain . Perbuatan ini adalah menyanggahi sunnah Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam dan juga madzhab Ash-Syafi'ee . Menurut Syaikhul Muhaddith Albani mengatakan ia adalah perbuatan menyapu muka selepas salam/shalat adalah kesalahan dan bid'ah .
(Lihat Silsilah al-Hadith adh-Dhai'ffah wal Maudhua'ah (no.660) oleh Imam Albani) .


Ia amat tidak digalakkan malah ditentang oleh Imam Ash-Syafi'ee sendiri . Menurut sebuah hadith ( hadith dhaif/lemah) yang berbunyi :


أنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إنَّ مِنَ الْجفَاءُ أنْ يَكثر الرَّجُلُ مسْحَ جَبْهتهِ قبْلَ الْفَرَاغِ منْ صلاتِهِ
"Sesungguhnya Rasulullah .s.a.w. berkata :"sesungguhnya adalah daripada kalangan jafa',seorang lelaki menyapu dahinya apabila selesai shalat".
(Riwayat Ibnu Majah , al-Sindi . Ulama' bersepakat terdapat Harun Bin Abdullah yang statusnya dha'if (lemah) , Imam Albani juga menganggapnya adalah Dhai'f)


Maksud Jafa : Ia dihuraikan oleh Ulama sebagai satu tindakan tidak serius , seolah-olah berpaling daripada shalat , ditolak dan tidak disukai kerana tindakan itu menafikan khusyuk .
(Fadhihul Qodir , 2/562 al-Tasyir Bi Syarh al-Jami' as-Saghier , 1/345)


Perbuatan ini bukan ibadat khusus , kerana menyapu muka selepas salam ini adalah amalan hadith dhaif dan ada yang mengatakan hadith mauhu' (palsu) . Maka ia sudah semestinya bercanggah amalan Nabi SAW dalam sunnahnya . Kerana Nabi sendiri bersabda dalam sebuah hadith mengenai bid'ah (perkara baru) :


وَشَرَّ الأُمُوْرُ محْدَثَاتُها وَكُلاَّ بدعةٍ ضلالةٌ وَكُلاُّ ضلالةٌ فِيْ النَّار
..."Dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara baharu yang diada-adakan , dan setiap bid'ah adala kesesatan , dan setiap kesesatan itu adalah neraka".
(HR.Muslim dari sahabat Nabi Jabir Ra. , al-Mishkat :1/141/51 , Kitab As-Sunnah Bid'ah )


Imam Ash-Syafi'ee adalah Ulama' yang sangat keras menentang perbuatan bid'ah , kepada kaum muslimin semua , bacalah artikel fatwa Imam Ash-Syafi'ee di atas yang saya sudah tulis itu bagi mendapatkan kefahaman agama yang lebih mendalam lagi . Jika ingin mendekatkan diri kita dengan Sunnah Nabi .s.a.w. , dapatkan buku "sifatun Salatin Nabi" karangan Syaikhul Muhaddith Albani  di kedai-kedai buku agama atau nama buku dalam BM ialah "Sifat Shalat Nabi " . Kini banyak dipasaran kedai-kedai buku agama . Jika sesiapa yang mampu memahami  bahasa Arab boleh membaca blogg :


http://www.mejrikamel.com/phot_Salat.cfm


Dapatkan buku karangan Imam Albani iaitu buku "sifatun Salatin Nabi" agar dapat mendekatkan diri kita dengan Sunnah Rasul .






Moga-moga Allah Ta'ala merahmati kita dan memberi keampuan supaya kita mendapat Syurga diakhirat serta syafaat Nabi Muhammad .s.a.w. dengan ucapan 'istighfar' kepada Rabbul A'lamin ,




 استغفر الله ، أستغفر الله ، أستغفر الله
dan agar diharapkan Allah mengabulkan permintaanku serta umat Islam yang lain ;


اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم ، وعذاب القبر ، ومن فتنة المحيا والممات ، ومن فتنة المسيح الدجال
"Ya Allah , Lindungilah aku dari azab api neraka jahannam , serta azab kubur , dan fitnah kehidupan dan fitnah mati serta fitnah al-Masih Ad-Dajjal".
 متفق عليه  Hadith Muttafaqun Alaih ....




Friday 18 March 2011

Wirid Selepas Shalat Cara Nabi SAW (al-Quran & as-Sunnah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :


Pada hari ini , kebanyakkan masyarakat membeli buku-buku zikrullah di kedai-kedai buku Agama yang tidak ada nas dari segi Al-Quran & Hadith sepertimana , saya pernah melihat satu buku 'Asma' Ul Husna' , fadhilatnya , contohnya membaca nama-nama Allah , tulis di buku roti , letak di kopiah orang yang zhalim maka ia akan berlembut . Dan mengejutkan bahawa , tiada ditulis nas-nas dari Al-Quran & Al-Hadith . Anda patut membeli buku zikrullah cara Rasulullah iaitu kitab "Husnul Muslimin" yang dikarang Ash-Syaikh Said Wahf Al-Qahtani . Sesetengah ma'thurat itu ada penambahan hadith Dhaif lagi hadith munkar . Maka kita wajib berhati-hati . Kini buku Husnul Muslimin ini terdapat banyak di pasaran kedai-kedai buku agama .

Kita mahukan zikir itu juga adalah bertepatan dari Al-Ijtihad iaitu Al-Quran & As-Sunnah dalam semua aspek kehidupan . Zikrullah selepas shalat juga wajib menepati Al-Quran & As-Sunnah . Ini kerana zikir ini merupakan satu penawar/ubat/penerang hati jiwa dalaman & luaran kita . Ini kerana Allah Ta'ala berfirman :

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ
"Kerana itu,ingatlah kamu kepada-ku , nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan) . Dan bersyukurlah kepada-Ku , & janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku". (QS.Al-Baqarah : 152)

Allah Ta'ala berfirman :

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ
"Dan sebutlah (nama) Rabb-mu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (pada seksaan-Nya) , serta tidak mengeraskan suara , di waktu pagi dan hari petang . Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai ." (QS.Al-A'raaf : 205)

Menguatkan atau mengeraskan zikir itu adalah satu perbuatan bid'ah yang munkar yang patut dijauhi . Ini kerana ia belum pernah dilakukan oleh Nabi sendiri , sahabat Nabi , Tabi' Tabieen . Allah murka orang yang mengeraskan zikrullah kerana ia boleh menyebabkan terasa riya',ujub' sum'ah dan juga itu sebabnya terjadinya "tariqat " , iaitu zikrullah beramai-ramai . Ini kerana Allah berfirman lagi bagi orang yang berzikir kepadanya :

وَٱلذَّٲڪِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا وَٱلذَّٲڪِرَٲتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمً۬ا
"Lelaki-lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah , maka Allah telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar". (QS.Al-Ahzab : 35)

Sepertimana dalam sebuah dalil mengikut sumber Hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam , baginda bersabda :

ْأَلاَ أنبِّئكمْ بخيرِ أَعْمَالَكم،وأزْكَاها عنْدَ مَلِيْككُمْ،وأرْفَعِهَا في دَرَجَتِكم,وخيْرٌ لكمْ من إنفاقِ الذَّهَبِ والوَرِق،وخيْرٌ لكمْ من أنْ تَلْقَوْا عَدُوكمْ فَتضربوا أعْنَاقهمْ ويَضْرِبُوْا أعناقكم؟قَالوْا:بَلى ، قَال:ذكرُ اللهِ تَعَالى .
"Mahukah kamu aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik , paling suci di sisi Rajamu (Allah),dan paling mengangkat darjatmu ; lebih baik bagimu daripada menginfakkan emas atau perak , dan lebih baik bagimu daripada kamu bertemu dengan musuhmu , lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu ? Para sahabat yang hadir berkata :"Mahu (Ya Rasulullah !" beliau bersabda :"Zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi".
(HR. At-Tirmidzi (no.3377) , Ibnu Majah (no.3790) . Lihat pula Shahih At-Tirmidzi dan Shahih Ibnu Majah , dari sahabat Abud Darda Radiyallahu Anhu)

Begitulah orang yang berzikir ini terasa tenang dan selalu diberkati oleh Allah , serta diredhainya dan dijauhkan dari gangguan Syaitan ataupun musuh . Dan juga , selalu mengingati Allah dalam membuat sesuatu perkara . Menurut dalam sebuah kitab Zikir mengikut Al-Quran & As-Sunnah dikarang Ash-Syeikh Yazid Abdul Qadir Jawas , berzikir kepada Allah sambil menitiskan air mata dikala sendirian akan menjadi perlindungan bagi pelaku tersebut dari terkena panas matahari di padang Al-Mahsyar ketika hari Kiamat kerana dia sentiasa dilindungi Arsy Allah Yang Mulia , begitu juga orang yang kuat berpuasa , Sementara orang yang lalai dan tidak mahu berzikir kepada Allah maka akan dikenakan azab dan hukuman dari Allah di akhirat , serta akan terkena panas terik matahari di atas kepalanya . Wallahu 'allam .

Zikrullah Selepas Shalat Fardhu , mengikut sumber Al-Quran & As-Sunnah Yang Shahih :

اَسْتَغْفِرُاللهَ  اَللهُمَّ انْتَ السَّلاَمُ,وَمِنْكَ السَّلاَمُ,تَبَارَكْتَ,يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالاْءِكْرَامِ
(Astaghfirullah (3kali) , Allahumma Antassalam Wa minkassalam Tabarakta Ya Zhal Jalali Wal Ikram)
"Aku memohon keampunan kepada Allah (3kali) , Ya Allah , engkau Mahasejahtera dan dari-Mu kesejahteraan . Maha suci Engkau , wahai Rabb Pemilik keagungan & kemuliaan". ( Dibaca setiap selesai shalat 5 waktu ) .
HR.Muslim no.591 (135) , Riwayat Imam Ahmad  , HR. Abi Dawud , An-Nasaie , Ibnu Khuzaimah , Ad-Darimi dan Ibnu Majah ,serta Sahabat Tsauban RA .

لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ,وَهُوَ عَلى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر,اَللهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ,وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ،وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
"Laa Ila Ha Illa Allah Wahdahu Laa' Syarii Kalah , Lahul Mulk Wa Lahul Hamd , Wa huwa A'la Kulli Syai'iin Qodir , Allahumma Laa' Ma Ni'aa Lima A'aa Tooit , Wala Mu'tiyya Lima Mana'ata,Wa laa Yanfa'u Zal Jaddi Minkal Jaddu".
"Tiada Tuhan Yang Berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa , tidak ada sekutu baginya . Baginya segala kerajaan dan baginya segala pujian . Dia MahaKuasa atas segala sesuatu . Ya Allah , tidak ada mencegah  apa yang Engkau beri dan tidak ada yang memberi apa yang engkau cegah . Tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya dari seksa-Mu".
(HR.Al-Bukhori (no.844) , dan Muslim (no.593) serta beberapa perawi yang lain)

لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ،وَهُوَ عَلى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر،لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ،لاَإِلهَ إِلاَّ الله,وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ،لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ،لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.
"Laa Ila Ha Illa Allah Wahdahu Laa' Syarii Kalah , Lahul Mulk Wa Lahul Hamd , Wa huwa A'la Kulli Syai'iin Qodir , Laa Hawla Wala Quwwata Illa billah , Laa Ila Ha Illa Allah , Wa la Na'abudu Illa Iyyah , Lahunni'mah Walahul Fadhlu Walahussana'Ul Hasan , Laa Ila Ha Illa Allah Mukhlisina Lahuuddin Walau Karihal Kafiruunn".
" Tiada Tuhan Yang Berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa , tidak ada sekutu baginya . Bagi-Nya kerajaan dan pujian . Dia Mahakuasa atas segala sesuatu . Tidak ada daya dan kekuatan kecuali (dengan pertolongan) Allah . Tiada tuhan (yang berhak diibadahi  dengan benar) melainkan hanya Allah . Kami tidak beribadah kecuali kepada-Nya . Bagi-Nya nikmat,anugerah & pujian yang baik (hasan) . Tiada tuhan (yang berhak diibadahi dengan benar) melainkan hanya Allah , dengan memurnikan ibadah hanya kepadanya . meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya".
HR.Muslim (no,594) , Ahmad , Abu Dawud ( no.1506,1507) , An-Nasa'ie serta Ibnu Khuzaimah . Dari Abdullah bin Zubair Radiyyallahu Anhu

لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْييِ وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر
"Laa Ila Ha Illa Allah Wahdahu Laa' Syarii Kalah , Lahul Mulk Wa Lahul Hamd , Yuhyii Wa Yumit , Wahuwa A'la Kulli Syai;iinn Qodir".
" Tiada Tuhan Yang Berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa , tidak ada sekutu baginya . Bagi-Nya kerajaan dan pujian . Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan . Dialah Yang Maha kuasa atas segala sesuatu".
(Dibaca selepas shalat Zuhur,Asar,Isyak sekali manakala Subuh dan Maghrib 10 kali) .
Nabi saw pernah bersabda :"Barangsiapa yang setelah shalat Maghrib & Subuh membaca :
لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْييِ وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر.
Allah akan tulis setiap satu kali 10 kebaikan , dihapus 10 kejahatan , diangkat 10 darjat , Allah akan lindungi dari setiap kejatahatan  , dan Allah lindungi dari godaan syaitan yang terkutuk".
(HR.Imam Ahmad & At-Tirmidzi )

اَللهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ،وَشُكْرِكَ،وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.
Allahumma A'innni A'la Zikrika wassyukrika Wa Husni 'Ibadatik
"Ya Allah , tolonglah aku untuk berzikir kepada-Mu , bersyukur kepada-Mu , serta beribadah dengan baik kepada-Mu".
(HR.Abu Dawud , An-NAsaie , Al-Hakim dan dishahihkan oleh Imamul Adz Zahabi .) Du'a ini diwasiatkan oleh Rasulullah kepada Muadz Bin Jabal untuk membaca setiap akhir shalat . Du'a ini wajib membaca sebelum salam dan selepas memberi salam/selepas Shalat .)

سُبْحَانَ اللهِ     الْحَمْدُ لله    اللهُ اكْبَرُ
Subhanallah (33 kali) , Alhamdulillah (33kali) , Allahuakbar (33kali) , zikir ini dapat menggugurkan dosa-dosa yang lalu serta mendapat keampuan dari Allah .

Selanjutnya mengucapkan kalimat :


لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شَئٍ قَدِيْر
Kalimat ini wajib dibaca selepas shalat , ini kerana Nabi bersabda :
"Barangsiapa yang membaca kalimat tersebut setiap selesai shalat , akan diampuni kesalahan-kesalahannya , sekalipun seperti buih di lautan".
(HR,Muslim dan Ibnu Khuzaimah)

Kemudian membaca surah al-Ikhlash , Al-Falaq dan An-Naas selesai shalat Fardhu , selanjutnya membaca ayatul Kursi .

قيلَ يَا رسُوْل الله: أيُّ الدُّعَاء أسْمَع قال جوفَ اللَّيْلِ الآخِرِ وَدُبُرَ الصلوَات المكْتُوبَات
"Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah,apakah doa yang paling didengar oleh Allah , Rasulullah menjawab : (berdoa) di tengah malam dan berdoa setelah selesai shalat wajib (5 waktu)

Selamat Beramal dengan Zikrullah ini , jika tidak nampak jelas tulisan arab itu boleh copy/paste di Microsoft Word untuk nampak lebih jelas . Jika masih tidak memahami boleh bertanya atau kepada tokoh-tokoh Ustaz Sunnah yang lain.....

Wednesday 16 March 2011

Tokoh Ulama Hadith Imam Ahmad Rahimahullah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد للهِ ربِّ الْعَلمِين,وَالصَّلاَةُ والسَلاَمُ عَلَى أَشْرَف الأَنبِيأَ وَالْمُرْسَلين وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبه أجمَعين وَمنْ تَبِعَهُمْ بإِحْسَانٍ إلى يومِ الدِّيْنَ

أَمَّا بعدُ  :

Diantara 3 Ulama' Hadith yang masyhur iaitu Imam Malik Bin Anas Rahimahullah,Imam Abu Hanifah Rahimahullah,Imam Ash-Syafi'ee Rahimahullah yang sangat kuat akan pegangan dari segi Al-Quran & Hadith walaupun berbeza . Malah , seperti Imam Ahmad Bin Hanbal adalah penghafaz hadith sebanyak 70 ribu tetapi Imam Al-Bukhari sebanyak sejuta lebih hadith dihafaznya . Saya amat tertarik dengan Imam Ahmad akan kezuhudannya,pemurah , menghormati tetamu . Wahai saudara Muslimin sekalian , jika kalian tidak memahami sesuatu maka bertanyalah kepada ahli Ilmu / tuan Guru / Ustaz / Ustazah tetapi mereka hendaklah mempunyai asas pemikiran Al-Quran , As-Sunnah , Ijtihad , Qias , Ijma'Ulama , serta sejarah yang Shahih . Ini kerana Allah berfirman :

فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
"Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui". (QS.An-Nahl:43)

Dan sabda Baginda (ص) :

منْ يُرِدِ اللهُ بهِ خيْراً يُفَقِّهْهُ في الدينِ
"Sesiapa yang Allah menginginkan kebaikan untuknya , Dia akan memberi kepadanya kefahaman dalam agama".

Sejarah Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah Ta'ala :

Nama sebenarnya Abu Abdullah Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal Bin Hilal Bin Asad Al-Marwazi Al-Baghdadi . Beliau dikenali sebagai "Imam Hanbali" . Nasab keturunan Ulama' ini dan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bertem pada Nazar bin Maad bin Adnan .

Imam Hanbali dilahirkan di Negeri Baghdad pada bulan Rabi'uawwal pada tahun 164H/780M ,ketika zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah di bawah pimpinan Khalifah Muhammad Al-Mahdi . Ibunya bernama Suffiah atau Saffiyyah Maimunah Binti Abdul Malik Ash-Syaibani . Imam Hanbali juga dipanggil 'Abu Abdullah' kerana anak sulungnya bernama Abdullah demikian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam selalu dipanggil Arab Quraisy iaitu "Abul Qasim" kerana anak sulungnya adalah Al-Qasim . Sunnah jika kita menggunakan seperti ini serta mencontohi Nabi dan bangsa Arab Islam .

Imam Hanbali hidup dalam keaadan kemiskinan kerana ayahnya meninggal dunia tanpa meninggalkan harta . Bagi menyara hidup, beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit,mengambil upah menulis , menenun kain & kadangkala mengambil upah mengangkat barang. Beliau mementingkan makanan yang Halal dan beliau tidak pernah mengharapkan belas kasihan dari orang lain .
Sejak kecil Imam Hanbali suka menuntut Ilmu dan beliau menghafaz Al-Quran ketika umurnya 14 tahun serta mempelajari ilmu Hadith & Feqah . Beliau terus menuntut ilmu sampai berusia 40 tahun , ketika usianya 16 tahun beliau sudah mula merantau ke Kuffah,Basrah,Syam,Yaman dan tempat-tempat yang lain untuk menuntut ilmu di jalan Allah .
Ketekunannya menuntut ilmu menjadikan Imam Hanbali sanggup tidak berkahwin pada usia muda . Demikian Ibnu Taimiyyah & juga Imam An-Nanawi tidak sempat untuk berkahwin sehingga akhir hayat mereka , itulah perjuangan Ulama' yang memperjuangkan ilmu di jalan Allah tetapi masih ada Dajjal Laknatullah memaki hamun serta menfitnah Ibnu Taimiyyah .
Imam Hanbali berkahwin selepas umurnya 40 tahun . Wanita yang pertama dinikahinya bernama Aisyah Binti Fadhl dan dikurniakan seorang putera yang bernama Sallih . Selepas kematian Aisyah , beliau berkahwin dengan Raihanah dan dikurniakan seorang lagi putera bernama Abdullah .  Selepas Raihanah meninggal dunia , beliau berkahwin dengan Husinah dan dikurniakan lima anak iaitu Zainab,Hassan,Hussain , Muhammad & Said .
Imam Hanbali berguru dengan 280 ulama' yang hidup pada masa itu di negeri Makkah , Madinah, Kuffah , Basrah , Baghdad , Yaman dan negeri-negeri lain . Antara mereka ialah :

1 . Ismail Bin Ja'afar
2 . Abbad bin Abbad Al-Attaky
3 . Umari bin Abdillah bin Khalid
4 . Husyaim As-Sulaimi
5. Imam Ash-Syafiee
6 . Waki' Bin Jarrah
7 . Ismail Al-Ulayyah
8 . Sufyan Bin Uyainah
9 . Abdurrazaq
10 . Ibrahim Al-Ma'qil .

Anak murid beliau ialah :

1 . Imam Al-Bukhari
2 . Imam Muslim
3 . Abu Dawud
4 . An-Nasa'ie
5 . At-Tirmidzi
6 . Ibnu Majah
7 . Imam Ash-Syafi'ee , Imam Ahmad juga pernah berguru dengan Imam Ash-Syaf'iee
8 . Shalih bin Imam Ahmad bin Hanbal
9 . Abdullah bin Imam Ahmad bin Hanbal
10 . Hanbal bin Ishaq

Imam Hanbali adalah 'ahli A'bid' iaitu Ahlul Ibadah dan kuat beribadah . Beliau dikatakan shalat sunat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan mengkhatamkan Al-Quran seminggu sekali , begitu juga Imam Ash-Syafi'ee Rahimahullah . Beliau juga sangat menghormati guru-gurunya dan tetamu . Ketika Imam Ash-Syafi'ee menziarahinya , beliau bangun mengemaskan diri , menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara beliau duduk di bawah .
Imam Ahmad bin Hanbal tidak gemar bergurau senda , beliau lebih suka berdiam diri dan berfikir . Bercakap apabila menjawab soalan berkenaan hukum agama , lebih gemar bergaul dengan orang miskin demikian taqrir/perbuatan Sunnah Rasulullah dan juga kurang bergaul dengan orang yang kaya dan berpangkat besar .




Imam Ahmad adalah ahlul A'bid . Orang yang zuhud & kuat beribadah serta banyak bersujud kepada Allah . Demikian Nabi .s.a.w. yang shalat sehingga kakinya bengkak . Maka kita mesti mengambil iktibar dan mencontohi Ulama ini .





Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Ash-Syafi'ee tentang orang yang layak menjadi Qadi di Yaman . Imam Ash-Syafi'ee mencadangkan muridnya , Imam Hanbali . Apabila Imam Hanbali mengunjungi Imam Ash-Syafi'ee , beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata ,"Saya datang menemui tuan bukan bagi mendapatkan jawatan daripada Khalifah".
Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah . Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur, yang dibalasnya dengan gula , garam dan beberapa pinggan buah-buahan .
Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rasyid , beliau adalah penganut fahaman sesat iaitu Fahaman Kafir Muktazilah . Fahaman kafir ini berpendapat al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu . Al-Makmun memaksa ulama-ulama menerima pandangan tersebut kecuali Imam Hanbali yang menentang keras kerana beliau mengatakan Al-Quran itu Kallamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam melalui perantaraan Malaikat Jibril AS .
Akibat penentangannya itu , Imam Hanbali dipenjarakan dan disebat dengan rotan memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah . Beliau disebat sehingga kulitnya menggelupas dan keluar darah .

 Selepas Al-Makmun meninggal dunia , Khalifah Al-Muktasim menggantikan pemerintahannya , beliau terus memenjarakan Imam Hanbali akibat pendapat bangang dari aqidah Muktazilah yang kafir itu . Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut fahaman Ahlussunnah beliau membebaskan Imam Ahmad dari penjara .
Dalam usaha memujuk Imam Hanbali , Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham . Wang itu diambilnya tetapi disedeqahkan kepada fakir miskin . Pada hari-hari tuanya , Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di negeri Baghdad . Dalam menetapkan hukum , beliau adalah Ulama Ijtihad iaitu pemikiran dari asas Al-Quran & As-Sunnah serta pendapat sahabat Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam . Beliau juga adalah Ulama yang kuat akan Sunnah Nabi SAW dalam semua asas ibadah .

Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiuawwal tahun 241 Hijriah bersamaan 855 Masihi ketika usianya 77 tahun dan beliau dikebumikan di negeri Baghdad . Semoga Allah merahmati Imam Ahmad Bin Hanbal serta para ulama Hadith yang thiqah dan juga para Ulama - Ulama Sunnah .

آمين يا رب العلمين



Friday 11 March 2011

Doa Yang Khusus 1 (Al-Quran As-Sunnah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :


Sebelum kita ingin berangkat ke luar negara , Makkah atau Madinah , atau Musafir , kita diwajibkan untuk berdoa . Berdoa adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim & Muslimat . Oleh sebab itu doa juga wajib mengambil dari sumber dari Al-Quran , Al-Hadith dan doa para Sahabat mahupun Tabi' Tabieen . Kerana Allah .s.w.t. berfirman :

ادْعُونى أَسْتَجِبْ لكُمْ
"...Berdoa'lah kamu sekalian kepada-Ku nescaya akan ku-Perkenankan untukmu". (QS.Al-Mu'min :60)

 Pada dalil Al-Quran yang lain , sebagaimana Allah Azzawajalla telah berfirman :

 قُلِ ٱدۡعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُواْ ٱلرَّحۡمَـٰنَ‌ۖ أَيًّ۬ا مَّا تَدۡعُواْ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ
"Katakanlah..."Serulah Allah atau serulah ar-Rahman dengan nama yang mana sahaja kamu seru , Dia mempunyai al-Asma'ul-Husna (nama-nama yang Terbaik)...".(QS.Al-Isra'a:110)

 Dari sumber al-Hadith Rasulullah , Rasulullah .s.a.w. memerintahkan kita untuk berdoa dengan penuh kesungguhan , keikhlasan . Menurut Ibnu Taimiyyah mengatakan mestilah ikhlas , beriitiba' dengan As-Sunnah / mengikut As-Sunnah yang betul , jika tidak ikhlas tetapi mengikuti as-Sunnah secara bulat-bulat , buat apa kita berdoa hanya sia-sia sahaja . Antaranya hadith Abu Hurairah Radiyyallahu anhu Nabi .s.a.w. bersabda ;

 " Berserulah kalian kepada Allah dengan keyakinan akan diperkenankan . Ketahuilah bahawasanya Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai lagi tidak , mengingat".
(HR.At-Tirmidzi yang lainnya,Hadith ini dihasankan oleh Syaikhul Muhaddith Albani)

 Sebaliknya Allah SWT mengancam orang-orang yang tidak berdoa kepada-Nya dengan seksaan api Neraka dan memurkainya , sebagaimana Firman Nya :

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"...Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah kepadaku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina".(QS.Al-Mu'min:60)

Rasulullah .s.a.w. bersabda :

من لم يسأل الله يغضب عليه
"Barangsiapa tidak memohon kepada Allah, nescaya Allah memurkainya".
(HR.At-Tirmidzi dan dihasankan oleh Albani , Lihat Sunan At-Tirmidzi (3/384),no.3373)

Dalam berdoa hendaknya memperhatikan & memanfaatkan berbagai kesempatan & tempat yang diharapkan terkabulnya doa. Salah satunya tatkala sedang melaksanakan Haji atau Umrah ,Nabi .s.a.w. bersabda :

الْغزي في سَبِيْلِ وَالْحاجُّ وَالْمعتمِرُ وَفد اللهِ دعاهمْ فأَجَابُوْهُ وسألوْه فأعْطاهُمْ
"Orang yang berperang di jalan Allah , yang melaksanakan ibadah Haji , dan yang melaksanakan Umrah , adalah tetami-tetamu Allah.Dia memanggil mereka , dan mereka pun menjawab panggilan-Nya . Mereka memohon kepada-Nya , dan Dia pun mengabulkan (permohonan)  mereka".
(HR.Ibnu Majah , dishahihkan oleh Albani Rahimahullah )

Dengan doa' yang diambil sumber al-Quran & Al-Hadith , InsyaAllah Tuhan Al-Ahad akan mengabulkan permintaan kita kerana Allah .s.w.t. menolak unsur-unsur Bid'ah serta penambahan tokok tambah dalam agamanya . Kerana orang yang memegang kuat dengan Al-Quran & As-Sunnah serta mengikut apa yang disuruh Allah , Rasulullah .s.a.w. , sunnah Khulafa'Ar-Rasyidin , Ijma' , Qias serta menolak unsur-unsur tokok tambah , maka Firman Allah .s.w.t. :

يَوۡمَ تَبۡيَضُّ وُجُوهٌ۬ وَتَسۡوَدُّ وُجُوهٌ۬‌ۚ
"(Ingatlah akan) hari kiamat yang padanya ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri , dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam". (QS.Al-Imran:106)
Menurut Tafsiran Ibnu Abbas RA , beliau berkata :"Pada hari yang mana berserilah muka para ahlussunnah dan masamlah muka para ahlul bid'ah". kitab Sunnah Wa Bid'ah (m/s:20)

Setiap bid'ah adalah kesesatan , Imam Ash-Syafi'ee Rahimahullah adalah Ulama hadith anti-Bid'ah , begitu juga Imam Ahmad,Imam Abu Hanifah , Imam Malik . Keempat-empat Ulama' ini adalah anti-Bid'ah , kerana bid'ah ini membawa keburukan , kesesatan , amalan yang dilaknat oleh Allah .s.w.t. Jangan menuduh "WAHABI" itu adalah sesat , Wahabi itu bukan diasaskan oleh Syeikhul Islam Muhammad Abdul Wahab , tetapi diasaskan oleh Wahab Ibn Rustum yang jauh hidup pada zaman Syeikh Muhammad Abdul Wahab . Jangan kaitkan yang benda Sunnah ini semuanya WAHABI , siapa yang menolak sunnah maka ia bukan umat Nabi Muhammad serta akan disediakan tempatnya 'neraka' . Demikian baginda .s.a.w. bersabda :

ابى الله أن يقْبل عملا صاحبِ بدعة حتَّى يدع بدعة
"Allah menolak perbuatan pembuat amalan bid'ah sehingga dia meninggalkan perbuatan bid'ahnya" (HR.Ibnu Majah)

Bahawa bid'ah ini satu perbuatan yang sangat disukai oleh Iblis . Allah juga menutup pintu taubat ahlul bid'ah selagi mana dia tidak meninggalkan bid'ahnya , Iblis menyukai bid'ah dari orang yang melakukan maksiat .


Berhati-hati wahai sahabatku , Demi Allah , Allah akan melaknat ahlul bid'ah kerana ia adalah kesesatan . Sepertimana doa yang khusus ;

1. Doa Ketika keluar Rumah :


بسمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
"Dengan nama Allah (aku keluar) . Aku bertawakkal kepada Allah . Tiada daya & kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah". (HR.Abu Dawud & At-Tirmidzi , dishahihkan oleh Albani)
Sesiapa yang membaca doa ini tidak ada mudarat baginya , kerana Syaitan juga akan lari jika kita membaca doa ini .


2 . Doa Naik Kenderaan :


 Ali Bin Rabi'ah berkata :'Aku telah menyaksikan Ali Bin Abi Thalib RA. didatangkan seekor haiwan untuk ia naiki . Lalu pada saat ia meletakkan kakinya pada tempat naik tunggagan , ia mengucapkan


بسمِ اللهِ
"Dengan menyebut Nama Allah".


Kemudian ketika telah berada di atas punggung haiwan tersebut ia mengucapkan ;


الحمد الله
"Segala Puji bagi Allah".


Kemudian mengucapkan :


سُبْحَنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَ هَذَا وَمَا كُنَّا لهُ مقْرِنِينَ وَإِنَّآ إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
"Mahasuci Allah yang telah menundukkan haiwan ini bagi kami , padahal sebelumnya kami tidak mampu menundukkanya . Dan  sesungguhnya kepada Rabb kamilah akan kembali"


lalu mengucapkan :


الحمد الله
"Segala Puji Bagi Allah". (3 kali)


الله اكْبَر
"Allah maha besar". (3 kali)


Lalu mengucapkan do'a :


سُبْحَانَكَ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْلِيْ فَإِنَّ لاَيَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
"Subhanaka Inni Zholamtu Nafsii Faghfirlii Fainnahu Laa' Yaghfiruzzunaba Illa anta".
'Mahasuci Engkau , sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri , maka ampunilah aku . Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau".


Imam Ali Radiyallahu Anhu berkata .'Aku telah melihat Nabi .s.a.w. mengerjakan sebagaimana yang aku kerjakan".


3 . Doa Jika Haiwan/Kenderaan Susah Untuk Bergerak




بسمِ اللهِ
"Dengan menyebut Nama Allah".
Hadith Shahih , lihat Shahih Sunan Abi Dawud (3/941)


4 . Doa Musafir Kepada Orang yang Ditinggalkan


أَسْتَوْدِعُكَ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَدَائِعُهُ
(Astau Di'uukallah Allazhi Laa' Tadhi'uuu Wa da I'uuhu)
"Aku titipkan engkau kepada Allah yang tidak akan terlantar titipan-Nya".
Hadith Shahih , lihat Shahih Sunan Ibnu Majah (2/133)


5 . Doa Orang Yang Ditinggalkan Kepada Musafir


أَسْتَوْدِعُكَ اللهَ دِيْنِكَ وَأَمَانَتَكَ وَآخِرَعَمَلِكَ - وَخَوَاتِيْمَ عَمَلِكَ
(Astau Di'uukallah Dinik Wa Amanatik Wa 'AAA khiro A'malik - Wa Khowatima A'malik)
"Aku titipkan agamamu,amanahmu , & akhir dari perbuatanmu kepada Allah , ('di dalam satu Riwayat :"Dan penutup amalmu"
Hadith Shahih , lihat Sunan At-Tirmidzi (3/155).


6 . Doa Masuk Masjid


 بسم الله,والصلاة والسلامُ على رسول لله,أَللهم اغْفرلي ذُنوْبي
(Bismillah , Wasshola Tu Wassalamu A'la Rasulillah , Allahummagh Firlii Zhunubi)
"Dengan Menyebut Nama Allah . (Shalawat) & Salam (tercurah) kepada Rasulullah .s.a.w. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku ."
Hadith Shahih , lihat Shahih Ibnu Majah (1/128) , Riwayat Ibnu Sunni , dihasankan oleh Albani.


اَللهمَّ افْتَحْ ليْ أَبْوابَ رحمتك
(Allahummaftah Lii Abwaba Rohmatik)
"Ya Allah , bukakanlah bagiku pintu-pintu Rahmatmu".
HR.Muslim (1/494)


7 . Doa Keluar Masjid


اَللهمَّ إني أسألكَ منْ فَضْلِكَ
Allahumma Inni As'Aluka Min Fadhlik
"Ya Allah , ku pinta anugerah dari-Mu".
HR,Muslim (1/494)


اَللهمَّ اعْصمني من الشيطان الرَّجيم
Allahumma'ashimni Minassyaitanirrajim
"Ya Allah , lindungilah aku dari syaitan yang terkutuk".
Hadith Shahih , Lihat Shahih ibnu Majah (1/129)

Perbanyakkanlah berdoa di hadapan Baitullah Al-Haram , sesungguhnya Allah itu maha penerima Doa daripada Hambanya.....:) Selamat Menunaikan umrah Wahai Sahabat...
قال وسمعت يحيى بن يمان يقول سمعت سفيان يقول : البدعة أحب إلى إبليس من المعصية المعصية يتاب منها والبدعة لا يتاب منها



Ali bin Ja’d mengatakan bahwa dia mendengar Yahya bin Yaman berkata bahwa dia mendengar Sufyan (ats Tsauri) berkata, “Bid’ah itu lebih disukai Iblis dibandingkan dengan maksiat biasa. Kerana pelaku maksiat itu lebih mudah bertaubat. Sedangkan pelaku bid’ah itu sulit bertaubat” (Diriwayatkan oleh Ibnu Ja’d dalam Musnadnya no 1809 dan Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis hal 22)
)

Tempat-tempat disunnahkan menziarah di Kota Madinah

الحمد للهِ ربِّ الْعَلمِين,وَالصَّلاَةُ والسَلاَمُ عَلَى أَشْرَف الأَنبِيأَ وَالْمُرْسَلين وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبه أجمَعين وَمنْ تَبِعَهُمْ بإِحْسَانٍ إلى يومِ الدِّيْنَ

أَمَّا بعدُ  :

 Selain shalat di Masjid An-Nabawi dan menziarahi ke kuburan Rasulullah .s.a.w. serta kedua Sahabat beliau , Abu Bakar & Umar Al-Khattab RA. , disunnahkan pula berziarah ke beberapa tempat di Kota Madinah Al-Munawwarah :

1 . Masjid Quba'
 Berdasarkan pada hadith Abdullah Bin Umar Radiyallahu Anhu , beliau berkata :
  " Adalah Rasulullah .s.a.w. mendatangi Masjid Quba' dengan berkenderaan atau berjalan kaki lalu beliau shalat (disana) dua rakaat". (HR.Al-Bukhari no.1194,& Muslim )

Baginda .s.a.w. bersabda lagi :

 "Dari Abdullah Bin Dinar , ia berkata : Bahawasanya Ibnu U'mar mendatangi Masjid Quba' setiap hari sabtu dan berkata :'Aku melihat Nabi .s.a.w. mendatanginya setiap hari Sabtu".
(HR.Muslim (no.3381)

Dalam hadith lain , Rasulullah .s.a.w. bersabda :

منْ تَطهر فيْ بيْتِهِ ثمَّ أتى مَسْجد قُباء فصَلَّى فيه صلاةً كَانَ لهُ كأجْرِ عُمْرَةٍ
"Barangsiapa yang bersuci (berwudu') di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba',lalu mengerjakan shalat di Masjid itu , maka baginya pahala seperti Umrah".
(HR.Ibnu Majah & An-Nasa'ie dan dishahihkan oleh Syaikhul Muhaddith Albani .Lihat Shahih Sunan Ibnu Majah (1/422-423,no.1168 , Shahih Sunan An-Nasa'ie (1/231,no.698)

2. Kuburan kaum Muslimin di Perkuburan Baqi'
3. Kuburan para Shuhada' Uhud

 Hal ini berdasarkan pada umum hadith-hadith Nabi .s.a.w. yang menganjurkan ummatnya untuk berziarah ke kuburan seperti hadith Buraidah RA. bahawa Nabi .s.a.w. bersabda :

كُنْتُ نهَيْتكم عنْ زيَارَةِ الْقبوْرِ فزوْرُوْها
"Dulu aku pernah melarangmu dari menziarahi kuburan . (Sekarang) , ziarahilah kuburan".
HR.Muslim . Lihat Muntakshar Shahih Muslim (no.496)

 Dalam hadith Abi Hurairah RA. berbunyi :

زوْزوْا الْقُبُوْر فَإِنَّها تُذكركمُ الْمَوت
"Ziarahilah kuburan . Kerana sesungguhnya menziarahi kuburan akan mengingatkan kalian kepada kematian". (HR.Muslim , lihat Muntakshar Shahih Muslim (no.495)

 Demikian pula Rasulullah saw telah memberikan suri teladan dengan perbuatannya . Beliau berziarah ke kuburan para Shuhada' perang Uhud & kuburan kaum Muslimin di Baqi' .(shahih Muslim) . Apabila anda berziarah ke kuburan kaum Muslimin dimana sahaja , hendaklah mengucapkan salam yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi .s.a.w. sebagai berikut ;

السَّلاَمُ عَلَى اَهْلُ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ
(Assalamu A'la Ahluddiyar Minal Mukminin Wal Muslimin Wa Yarhamullahul Mustaqdimin , Minna Walmusta'khirin Wa Inna InshaAllah bikum Laa'Hiqqunn)
"Salam sejahtera semoga dicurahkan kepada penghuni perkampungan (kuburan) ini dari kalangan orang-orang Mukminin dan Muslimin . Semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang yang telah mendahului kita , serta orang-orang yang akan menyusul (mereka) , dan InsyaAllah kami juga akan menyusul kalian". (Lihat Shahih Muslim) no.2253)

Jika kalian menziarahi tempat-tempat peperangan seperti contohnya bekas perang Khandaq maka tidak perlu bertawassul , bertabaruk , berdoa atau melakukan upacara Bid'ah , hanya perlu mengingati sejarah peninggalannya begitu dengan Masjid-Masjid lama di sekitar kota Madinah .

Tawwasul bermaksud :"menjadikan mereka sebagai perantara",takut menjadi kesyirikan
Tabaruk :"mencari keberkatan"....