بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.
اما بعد :
Sifat-Sifat Ya'juj & Ma'juj berdasarkan Dalil-Dalil Al-Quran & Al-Hadith Yang Shahih :
Sifat-sifat mereka sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadith ialah seperti anak cucunya, iaitu tidak fasih bicaranya , sepet matanya , kecil hidungnya , perang (merah) rambutnya , lebar dahinya ....pernah dengar bangsa Tartar yang melakukan pembunuhan kejam ....tembok besar Cina....cuba lihat sejarah mereka .
Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Harmalah dari ibu saudaranya , ia (ibu saudaranya) : Rasulullah .s.a.w. bersabda pernah berkhutbah sedangkan jari baginda dibebat disengat kala jengking lalu baginda bersabda :
"Kamu mengatakan tidak ada permusuhan , padahal sesungguhnya kamu sentiasa memerangi musuh sehingga datanglah Ya'juj & Ma'juj , yang lebar jidatnya , sepet matanya, menyala (merah) rambutnya , mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi , wajahnya seperti palu (martil)".
(Musnad Imam Ahmad 5:271 dengan cacatan Muntakhabul Kanzi , Al-Haitsami berkata :HR. ini diriwayatkan oleh Ahmad & At-Thabrani ,perawi-perawinya adalah soleh".Majmu'uz Zawaid 8:6)
Al-Hafidz Bin Hajar Al-Asqalani mengemukakan beberapa atsar mengenai sifat-sifat Ya'juj & Ma'juj , tetapi riwayat-riwayat tersebut adalah hadith Dhaif atau lemah . Di dalam atsar-atsar itu disebutkan bahawa Ya'juj & Ma'juj itu ada 3 golongan:
1. Satu golongan yang tubuhnya seperti pohon yang sangat besar .
2. Satu golongan yang tingginya 4 hasta .
3. Satu golongan yang membentangkan telinganya dan mempertemukannya dengan telinga satunya (telinganya panjang & lebar)
Ya'juj dan Ma'juj adalah dua suku besar, masih termasuk anak cucu adam. Berasal dari keturuanan Yafits putera Nuh a.s dan mereka tidak hidup di alam ghaib seperti para malaikat dna bangsa jin.
Secara fizikal mereka berasal dari ras bangsa Turki, negara-negara tentangga, anak keturunan mereka, dan yang serumpun dengan mereka. Tempat tinggal asli mereka adalah di bahagian utara benua Asia, tepatnya di negara Mongolia dan bahagian timur Turkistan. Mereka tetap berada di wilayah tersebut dan tidak mampu keluar darinya disebabkan ada dinding Zulkarnain yang dipancang dengan kuat sejak bertahun-tahun lamanya.
Mereka mula keluar pada zaman Nabi s.a.w.:
"Celakalah orang-orang Arab kerana keburukan yang telah dekat. Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj telah dibuka seperti ini." Seraya beliau melingkarkan ibu jadi dengan jari telunjuk. (HR Bukhari & Muslim)
Tetapi menurut riwayat-riwayat yang shohih disebutkan bahawa mereka adalah orang-orang yang kuat yang tidak ada seorang pun yang mampu memeranginya , sehingga tidak mungkin tinggi mereka hanya sejengkal atau dua jengkal .
Di dalam hadith Nawwas Bis Sam'an disebutkan bahawa Allah Azzawajalla memberitahu kepada Nabi Isa Alaihissalam akan keluarnya Ya'juj & Ma'juj yang tidak ada seorang pun yang mampu memerangi mereka dan Allah .s.w.t. menyuruh Nabi Isa menjauhkan kaum Mukminin dari jalan yang ditempuh Ya'juj & Ma'juj sambil berfirman kepada Isa .A.S. ,"kumpulkan hamba-hamba-KU ke gunung"!
Perkara ini akan dikemukakan lagi dalam membicarakan keluarnya Ya'juj & Ma'juj....
Keluarnya Ya'juj & Ma'juj pada akhir zaman merupakan salah satu tanda kiamat dan kemunculannya ini telah ditunjukkan dari dalil Al-Quran & As-Sunnah . Firman Allah .s.w.t. :
حَتَّىٰٓ إِذَا فُتِحَتۡ يَأۡجُوجُ وَمَأۡجُوجُ وَهُم مِّن ڪُلِّ حَدَبٍ۬ يَنسِلُونَ (٩٦) وَٱقۡتَرَبَ ٱلۡوَعۡدُ ٱلۡحَقُّ فَإِذَا هِىَ شَـٰخِصَةٌ أَبۡصَـٰرُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَـٰوَيۡلَنَا قَدۡ ڪُنَّا فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا بَلۡ ڪُنَّا ظَـٰلِمِينَ ٩٧
Mafhumnya : "Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj & Ma'juj & mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi . Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbeliaklah mata orang-orang kafir . (Mereka berkata), "aduhai celaka kami sesungguhnya Kami dalam keadaan lalai tentang ini , bahkan kami adalah orang-orang yang zhalim". (QS.Al-Anbiya':96-97)
Boleh rujuk tafsir tentang Ya'juj & Ma'juj , iaitu Surah Al-Kahfi ayat 92 hingga 99 , Surah Al-Kahfi ayat 94-95 , Al-Kahfi ayat 93,90,dan ayat 9 .
Sepertimana , sebagai gambaran filem ala "Ya'juj & Ma'juj" . Boleh tontot filem ini sebagai satu iktibar . Wallahu'allam , cuma tidak usah mempercayainya , tetapi hanya satu gambaran .

No comments:
Post a Comment