Sunday, 20 March 2011

Penjelasan Tentang Menyapu Muka (Hadith & Fatwa Imam Ash-Syafi'ee)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد للهِ ربِّ الْعَلمِين,وَالصَّلاَةُ والسَلاَمُ عَلَى أَشْرَف الأَنبِيأَ وَالْمُرْسَلين وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبه أجمَعين وَمنْ تَبِعَهُمْ بإِحْسَانٍ إلى يومِ الدِّيْنَ
أَمَّا بعدُ  :

Kita wajib mencontohi apa yang Rasulullah SAW lakukan sepertimana SHALAT . Shalat adalah asas dan pokok utama agama kita kerana Shalat itu wajib , Allah akan menanyakan shalat kita dahulu semasa di akhirat barulah amalan yang lain . Shalat itu juga wajib menepati al-Quran & As-Sunnah . Kebanyakkan masyarakat umat Islam di Malaysia yang bermadzhab Ash-Syafi'eeyyah . Tetapi malang , tidak menepati Fiqh Imam Ash-Syafi'ee . Ingatlah !!! Imam Ash-Syafi'ee ini merupakan Ulama' Hadith yang sangat kuat menentang bid'ah dan perkara baru dalam agama Islam sepertimana melakukan sapu muka selepas memberi salam ketika shalat .
Menurut fatwa Imam Ash-Syafi'ee mengenai hal tersebut ,

Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka):


عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمْرَة قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاِذَا سَلمَ قَالَ اَحَدُنَا بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ : السلام عليكم ، السلام عليكم . وَاَشَارَ بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَالَكُمْ تُومئونَ بِاَيْدِيَكُمْ كَاَنَّهَا اَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ اَوْ لاَيَكْفِى اَوْ اِنَّمَا يَكْفِى اَحَدُكُمْ اَنْ يَضَعَ يَدهُ عَلَى فَخِذِهِ ثُمَّ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

“Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”. (Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadis ini diriwayatkan oleh Riwayat Muslim)

Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri. Hal ini setelah dilihat oleh baginda, kemudian baginda bertanya yang berupa larangan:

“Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 236)

Pada riwayat yang lain baginda bersabda:

“Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)

Menggerakkan tangan ke kanan atau ke kiri sebagai tanda penutup atau selesainya solat telah ditegah oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka menyapu tengkuk, kepala dan kemudian muka di setiap kali selesai memberi salam adalah juga merupakan sebagai tanda, isyarat atau sebagai penutup solat. Melakukan pekerjaan tersebut adalah bid’ah kerana menyerupai perbuatan mereka (yang menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri) yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, malah tidak ada hujjah yang sahih mengizinkan perbuatan tersebut. Perbuatan serupa itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat. Maka ia wajib ditinggalkan. Jelas, ianya tiada ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah.

Al-Mawarzi di dalam kitab al-Witr (hal. 236) berkata, “Ahmad bin Hanbal (imam Ahmad (w. 248H)) menyatakan, dari Abu Dawud, “Aku pernah mendengar bahawa Ahmad ditanya tentang seseorang mengusap mukanya dengan kedua tangan jika telah selesai solat witr, ia berkata, “Aku belum pernah mendengar sedikit pun berkenaan dengan hal itu, sedangkan aku menyaksikan bahawa Ahmad tidak melakukan hal itu (mengusap muka selepas solat).””

Hadith-hadith yang mengenai sapu muka adalah hadith lemah yang tidak boleh dijadikan hujjah . Maka berhati-hati dalam berkenaan ini , kerana Nabi Sallallu Alaihi Wassalam bersabda :


منْ أحْدَثَ في امْرِنَا مَاليْسَ منه فَهُوَ رَدٌ
"Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baharu dalam urusan agama kami ini yang bukan darinya maka ia akan ditolak".
(Ghayatul Maram halaman 19,Riwayat Imam Al-Bukhori 2/166 , Abu Dawud,Muslim , Ibnu Majah , Daruquthni halaman 520 , Imam Al-Baihaqi serta At-Thayalisi)

Hadith berkaitan dengan permasalahan ini (menyapu muka/dahi/hidung selepas shalat) :

Berdasarkan Abu Said al-Khudri Radiyallahu Anhu , beliau berkata :

رَأيتُ رَسُوْل اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وَسَلَّمَ يَسْجُدُ فيْ الْمَاءِ وَالطِّيْن،حتَّى رَأيتُ أثَرَالطِّينِ فِي جبْحَته
"Aku melihat Rasulullah .s.a.w. sujud di atas air dan tanah , sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya".
(Shahih Imam Al-Bukhori (dengan Syarah Kitab Fathul Bari) no,836 , 2/416)

Benda ini bukan satu amalan , walaupun nabi SAW sujud di atas habuk,air dan tanah tetapi baginda masih tidak menyapu mukanya lagi dan ia bukan sebahagian dari sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam . Al-Hafidz Hajar Ash-Syafi'ee mengatakan , jika Nabi SAW melakukan perbuatan ini pun , maka ia tindakan menyapu habuk , debu dan kesan tanah di dahi baginda , yang mana ia termasuk bab "Jibliyyah" (perkara semula jadi kemanusiaan) dan bukannya suatu amalan untuk merapatkan diri kepada Allah Azzawajalla .
(Fathul Bari , Ibnu Hajar , 2/416)

Walaupun demikian ,  Ulama Madzhab Ash-Syafiee , perbuatan menyapu dahi selepas Shalat digalakkan berdasarkan hadith :

Maksudnya :"Rasulullah (ص) apabila selesai shalatnya maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa :"aku naik saksi tiada tuhan selain Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasih , Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan & kedukacitaan".
(HR.At-Thabrani , Ibnu Sunni & Abu Nua'im)

Menurut komentar Ibnu Al-Haitami dalam hadith pertama dengan katanya :

رَوَاه الطبْرَانِي في الأوْسَطِ وَالبَزَّارُ بِنحْوِهِ بأسَانيدِ وَفيهِ زَيْدَ الْعمَى وَقدْ وَثَّقه غيْر وَاحدٍ وَضَعَّفه الْجُمْهُور وَبَقِيَّة رِجَال أَحَدُ اسنَادي الْطَبْرَاني ثِقَاتٌ وَفي بَعْضهمْ خِلاَفٌ
"Ia diriwayatkan oleh At-Thabrani dalam Al-Aswat dan Al-Bazzar dengan sanad yang terdapat Zaid Al-A'ma beberapa ulama menthiqah'inya (dipercayai) dan dianggap lemah (dha'if) oleh majoriti . Manakala baki perawi at-Thabrani dipercayai dam sebahagian yang lain diperdebatkan".
(Majma' az-Zawaid , 10/110)


Perbuatan amalan 'menyapu muka' ini tidak ada dalam kitab-kitab madzhab Ash-Syafi'ee seperti kitab Al-Umm , Rawdah al-Talibin , Ar-Risalah , Tuhfatul Muhtaj , Nihayatul Muhtaj , Mughni Muhtaj dan lain-lain . Perbuatan ini adalah menyanggahi sunnah Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam dan juga madzhab Ash-Syafi'ee . Menurut Syaikhul Muhaddith Albani mengatakan ia adalah perbuatan menyapu muka selepas salam/shalat adalah kesalahan dan bid'ah .
(Lihat Silsilah al-Hadith adh-Dhai'ffah wal Maudhua'ah (no.660) oleh Imam Albani) .


Ia amat tidak digalakkan malah ditentang oleh Imam Ash-Syafi'ee sendiri . Menurut sebuah hadith ( hadith dhaif/lemah) yang berbunyi :


أنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إنَّ مِنَ الْجفَاءُ أنْ يَكثر الرَّجُلُ مسْحَ جَبْهتهِ قبْلَ الْفَرَاغِ منْ صلاتِهِ
"Sesungguhnya Rasulullah .s.a.w. berkata :"sesungguhnya adalah daripada kalangan jafa',seorang lelaki menyapu dahinya apabila selesai shalat".
(Riwayat Ibnu Majah , al-Sindi . Ulama' bersepakat terdapat Harun Bin Abdullah yang statusnya dha'if (lemah) , Imam Albani juga menganggapnya adalah Dhai'f)


Maksud Jafa : Ia dihuraikan oleh Ulama sebagai satu tindakan tidak serius , seolah-olah berpaling daripada shalat , ditolak dan tidak disukai kerana tindakan itu menafikan khusyuk .
(Fadhihul Qodir , 2/562 al-Tasyir Bi Syarh al-Jami' as-Saghier , 1/345)


Perbuatan ini bukan ibadat khusus , kerana menyapu muka selepas salam ini adalah amalan hadith dhaif dan ada yang mengatakan hadith mauhu' (palsu) . Maka ia sudah semestinya bercanggah amalan Nabi SAW dalam sunnahnya . Kerana Nabi sendiri bersabda dalam sebuah hadith mengenai bid'ah (perkara baru) :


وَشَرَّ الأُمُوْرُ محْدَثَاتُها وَكُلاَّ بدعةٍ ضلالةٌ وَكُلاُّ ضلالةٌ فِيْ النَّار
..."Dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara baharu yang diada-adakan , dan setiap bid'ah adala kesesatan , dan setiap kesesatan itu adalah neraka".
(HR.Muslim dari sahabat Nabi Jabir Ra. , al-Mishkat :1/141/51 , Kitab As-Sunnah Bid'ah )


Imam Ash-Syafi'ee adalah Ulama' yang sangat keras menentang perbuatan bid'ah , kepada kaum muslimin semua , bacalah artikel fatwa Imam Ash-Syafi'ee di atas yang saya sudah tulis itu bagi mendapatkan kefahaman agama yang lebih mendalam lagi . Jika ingin mendekatkan diri kita dengan Sunnah Nabi .s.a.w. , dapatkan buku "sifatun Salatin Nabi" karangan Syaikhul Muhaddith Albani  di kedai-kedai buku agama atau nama buku dalam BM ialah "Sifat Shalat Nabi " . Kini banyak dipasaran kedai-kedai buku agama . Jika sesiapa yang mampu memahami  bahasa Arab boleh membaca blogg :


http://www.mejrikamel.com/phot_Salat.cfm


Dapatkan buku karangan Imam Albani iaitu buku "sifatun Salatin Nabi" agar dapat mendekatkan diri kita dengan Sunnah Rasul .






Moga-moga Allah Ta'ala merahmati kita dan memberi keampuan supaya kita mendapat Syurga diakhirat serta syafaat Nabi Muhammad .s.a.w. dengan ucapan 'istighfar' kepada Rabbul A'lamin ,




 استغفر الله ، أستغفر الله ، أستغفر الله
dan agar diharapkan Allah mengabulkan permintaanku serta umat Islam yang lain ;


اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم ، وعذاب القبر ، ومن فتنة المحيا والممات ، ومن فتنة المسيح الدجال
"Ya Allah , Lindungilah aku dari azab api neraka jahannam , serta azab kubur , dan fitnah kehidupan dan fitnah mati serta fitnah al-Masih Ad-Dajjal".
 متفق عليه  Hadith Muttafaqun Alaih ....




2 comments:

  1. Salam.saya dan keluarga memulangkan kepunyaan tuan yang ada pada kami.

    ReplyDelete
  2. wahabi gemar membidahkan amalan..melarang pakai hadis dhaif menyapu muka lepas salam, tapi pada masa yang sama mengunakan hadis dhaif untuk larangan menyapu muka. tidak konsisten dalam memberikan dalil, dalil digunakan untuk menyatakan dia sahaja betul. bagaimana dgn pendapat imam nawawi? adakah anda lebih arif dari imam nawawi?

    ReplyDelete