Sunday, 6 March 2011

Qadariyah & Muktazilah serta Aqidahnya

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :

Berdasarkan kitab  Manhaj Al-Imam Ash-Syafi'ii Al-Ithbat Al-Aqidah tentang 2 kelompok Kafirin ini , Imam Ash-Syafi'ii amat menentang keras terhadap 2 golongan ini mahupun golongan Syiah Al-Rafidah . Imam Ash-Syafi'ii sendiri mengkafirkan 2 golongan kafir ini sendiri atas kes-kes Kalamullah Quran itu adalah makhluk , syurga Neraka akan rosak binasa dan sebagainya aqidah pelik mereka yang lebih teruk dari kaum Syiah .
Kelompok Al-Muktazilah diasaskan oleh Washil Bin Ata' al-Ghazali manakala Al-Qadariyyah diasaskan oleh Amr Bin Ubaid Bin Bab . Diceritakan bahawa pada mulanya mereka berdua adalah teman Imam Hassan Al-Basri seorang Ulama tersohor di Basrah , tetapi mereka berbeza berpendapat tentang masalah pelaku dosa besar . Mereka berpendapat  bahawa pelaku dosa besar berada di antara dua posisi , iaitu bukan Mukmin & juga bukan Kafir (manzilah bainal manzilatain).Maka al-Hassan Basri mengusir mereka ini dari majlis Ilmunya sehingga mereka mengasingkan diri di salah satu kawasan Masjid Basrah . Kedua-dua aqidah kafir ini serupa dengan aqidah falsafah Yunani dan yang paling popular aqidah mereka iaitu al-Quran itu adalah makhluk . Ketika zaman Khalifah al-Makmun , (beliau penganut Muktazilah) Imam Ahmad Bin Hanbal diseksa , dipenjara , dirotan kerana kes Al-Quran itu makhluk . Inilah tanda kiamat bahawa ada yang mengatakan kallamullah itu makhluk . NAUZHUBILLAH , peliharalah kesucian Al-Quranul Karim ini . Kemudian berkembanglah ideologi bangang mereka sehinggakan ramai pengikut mereka iaitu kes pelaku dosa besar dan sebagainya .

Aqidah Qadariyyah/Muktazilah :
Aqidah Qadariyyah ini bertentangan Al-Quran As-Sunnah dan sudah menjadi kafir . Mereka mengingkari ilmu Allah . Orang yang pertama yang membincangkan tentang qadar iaitu Ma'abad Al-Juhani . Menurut pendapat Abu Hatim , beliau adalah Nasrani (kristian) dan masuk Islam setelah itu kembali agamanya (murtad) . Di antara aqidah mereka antara lain kemunafikan semua sifat yang telah ditetapkan bagi Allah di dalam al-Quran dan as-Sunnah ; pengingkaran mereka terhadap keyakinan melihat Allah dengan mata ketika di hari kiamat dan hari akhirat ; mengatakan al-Quran itu makhluk ; syurga dan neraka akan rosak binasa ; Orang yang melakukan dosa besar diletakkan di tengah-tengah antara syurga dan neraka ; Golongan Qadariyyah mereka mengatakan Allah bukanlah pencipta hamba-hamba serta menafikan penciptaan Allah . Sepertimana Ahlul Bid'ah yang sesat iaitu Bisyr Ghayyat Al-Murisi juga mengatakan al-Quran itu adalah makhluk . Al-Buwaithi berkara :"Aku bertanya kepada Imam Ash-Syafi'ii , Bolehkah aku shalat dibelakang kaum Rafidah (SYIAH) , Jawabnya :" Jangan kamu shalat di belakang seorang Rafidi (Syiah) , juga dibelakang (Qadariyyah) ataupun belakang golongan Muri'jjah . Al-Rabi' bin Sulaiman berkata Imam Ash-Syafi'ii paling benci orang shalat di belakang Qadariyyah . Al-Muzani berkata :"Imam Ash-Syafi'ii berkata kepadanya , "Tahukah Anda siapa itu Qadariyyah? Seorang Qadari ialah orang yang menngatakan bahawa sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak menciptakan keburukan hingga keburukan itu di kerjakan ."
Maka berhati-hatilah dengan dakyah - dakyah falsafah ini , mereka bukan Islam , mereka adalah Kafir jahat dan sudah tentu Allah melaknat orang yang menafikan penciptaan .
Kitab Manhaj Imam Al-Syafi'iiyyah Fii Ithbat Al-Aqidah (Sunnah Salaff Soleh) .

No comments:

Post a Comment