بسم الله الرحمن الرحيم
أَلْحَمد لله الذيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَه باهدَى وَدِينِ الحق لِيُظهرهُ على الدينُ كُلِّه وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْركُوْنَ وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه
امَّا بعْدُ :
SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA MERAHMATI DAN MELINDUNGI PARA DA'IE,ULAMA' DAN PENGIKUTNYA MEMERANGI BID'AH YANG SESAT !!!!
Seandainya kalian merenungi wasiat Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam ini , nesacaya kalian akan mendapati bahawa perintah yang ada lebih banyak daripada larangan.Kerana , siapa sahaja yang berpegang teguh kepada as-Sunnah , tentu dia tidak lagi memerlukan perincian-perincian tentang kesesatan .
Adapun perintah yang terdapat pada wasiat nabi itu adalah bertaqwa kepada Allah A'zzawajalla patuh & taat ; serta berpegang teguh kepada sunnah Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam & Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin .
Sedangkan yang berhubungan dengan larangan hanyalah satu hal , iaitu :"Hindarilah perkara-perkara yang diada-adakan di dalam agama (bid'ah)". Seakan-akan maknanya :"Jauhilah perbuatan bid'ah dan segala perkara baru yang diada-adakan di dalam agama ini , nescaya kamu akan selamat dan menang . Kerana bid'ah adalah rahsia di sebalik kesesatan , penyelewengan dan kerugian serta dapat menjerumuskan diri kalian kepada kemusyrikan dan kekufuran . Jika melihat keadaan orang yang berzina , kaki botol , orang yang melakukan maksiat pagi petang dan malam , pembunuh , mahupun perogol bersiri sekalipun mudah mahu bertaubat kepada Allah A'zzawajalla . Jika ahlul Bid'ah dan sudah kebiasaan dengan amalan ini susah mahu bertaubat kerana Nabi kata bid'ah lebih teruk dari maksiat disebabkan bid'ah itu disukai oleh Iblis Laknatullah dan perisainya adalah Al-Quran As-Sunnah , mengamalkannya dengan iman yang kuat serta taubat bersungguh-sungguh . Sepertimana beberapa minggu yang lalu , sebuah Ajaran Tariqat di Negeri Perak enggan bertaubat , disebabkan amalan sudah biasa bid'ah yang sesat itu maka Allah menutup pintu taubatnya . Maka berhati-hatilah dengan bid'ah yang menyesatkan lagi kufur . Sesiapa sahaja menutup pintu-pintu bid'ah maka Allah sudah memberi hidayah kepadanya manakala dia sendiri membuka pintu bid'ahnya serta mengamalkannya maka Allah menutup pintu taubat nya ...Nauzhubillah Min Zhalik .
Disebutkan dalam sebuah hadith ,Baginda bersabda :
إِنَّ اللهَ احْتَجَزَ التَّوْبَةَ عَنْ صَاحِبِ كُلِّ بِدْعَةٍ
"Sesungguhnya Allah menutup pintu taubat dari pelaku setiap perbuatan bid'ah".
(HR.Abusy Sheikh dalam Kitab Tarikkh Asbahan , At-Thabrani dalam Kitab al-Mu'jamuul Ausath dan yang lain . Lihat Silsilah Al-Hadith Ash-Shahihah (no.1620)
Semoga kita dijauhkan dari perkara Syirik , Kufur , Murtad , Amalan Munkar serta Bid'ah kerana susah untuk bertaubat kepada Allah A'zzawajalla .
InsyaAllah dengan keizinannya yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui , akan diperjelaskan dalam blogger Minda Sunnah ini dalam bab "Bid'ah Hassanah & Bid'ah Sayyi'ah"...Wallahu'allam
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
"Ya Rabb kami , ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman . Ya Rabb kami , sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyanyang".
(QS.Al-Hasyr :10)
Diwajibkan kita berdoa' setiap kali selepas Sholat supaya Allah mengampuni saudara Semuslim di dunia ini mahupun yang hidup atau telah mati serta dijauhkan dari bid'ah dan maksiat . Ya Allah Ya Rahman ampunilah aku dan semua Umat Islam yang lain ....Amiiinnn Ya Rabb A'lamin Ya Majid Ya Karim ..
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
"Wahai Tuhan / Rabb yang membolak-balik hati (manusia) teguhkanlah hatiku pada agama-Mu (yakni Islam)".
(HR.At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Syaikh Albani . Lihat Shahih At-Tirmidzi (III/447,no.3522) Takhrij As-Sunnah (no.225,232)

No comments:
Post a Comment