بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.
اما بعد :
Ada saudara ini bertanya , apakah bukti hadith Nabi Sallallahu A'lahi Wassalam tentang lalat serta benarkah lalat ini mempunyai ubatnya .
Jawapan :
Memang ada !!! Di dalam Kitab Al-Tiib An-Nabawiyy karangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah bab 28 , "Haulal Irsyad Al-Mawwad Al-Ghada'iyyah Allati Taqa'ul Zhubab Rasul",bab Bimbingan Rasulullah SAW tentang Makanan yang dihinggapi lalat halaman , 135-137".
Di dalam Kitab Shahih Al-Bukhari dan Muslim menerusi hadith Abu Hurairah Radiyallahu Anhu , bahawa Rasulullah Sallallahu A'lahi Wassalam bersabda :
إذ وقع الذباب فى إناء أحدكم فامقلوه،فإن فى أحد جناحيه داء وفى الآخر شفاءً
"Apabila ada lalat hingga di bejana seorang di antara kamu , benamkanlah ia . Sesungguhnya sebelah sayapnya mengandungi penyakit dan sayap yang lain mengandungi ubat dan penawarnya".
(Ditakhrij oleh Al-Bukhari namun tidak dikeluarkan oleh Muslim sebagaimana ditegaskan oleh Al-Hafidz dalam Al-Fath . Ditakhrij oleh Abu Dawud , Ibnu Majah , Ahmad , Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)
Di dalam Kitab Sunan Ibnu Majah dari Abu Said Al-Khudri diriwayatkan bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :
أحد جناحى الذباب سم والآخرشفاءٌ،فإذا وقع فى الطعم فامقلوه فإنه يقدم السم ويؤخر الشفاء
"Sebelah sayap lalat itu adalah racun manakala sebelah sayap lainnya adalah ubat . Jika ia terjatuh dalam makanan , benamkanlah ia , sebab ia boleh menyuntik racun dan sekaligus boleh menyuntikkan ubat dan penawarnya".
(Diriwayatkan oleh An-Nasa'ie , Ahmad , al-Hakim dan Al-Baihaqi , hadith ini adalah Shahih , lihat Tibb An-Nabawiyy karangan Ibnul Qayyim halaman 135)
Hadith ini mengandungi dua perkara :
Pertama masalah feqah dan kedua masalah perubatan . Masalah feqah di dalam hadith ini merupakan dalil yang jelas bahawa apabila seekor lalat mati dalam air atau benda cair sejenis , tidaklah menyebabkan air itu menjadi najis . Itu pendapat majoriti Ulama . Tidak ada seorang pun di antara Ulama' Salaf menolak hal itu kerana mengelakkan pembaziran makanan mahupun minuman .
Sumber dalilnya adalah bahawa Rasulullah .s.a.w. menyuruh agar lalat itu dibenamkan , iaitu dimasukkan dalam makanan atau air . Padahal sebagaimana dimaklumi , dengan cara itu lalat tersebut akan mati terutama sekali apabila air tersebut panas . Jika kerana itu air menjadi najis , maka ia merupakan nas bahawa makanan dan minuman itu rosak ,tetapi ternyata Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam memberi cara mengatasinya . Hukum ini bahkan meliputi setiap haiwan yang tidak mengalir darahnya ,seperti lebah , kumbang , labah-labah dan seumpamanya , sebab hukum itu berputar pada alasannya yang bersifat umum , hilang jika alasan tersebut hilang , sebab najis itu menjelma dari darah haiwan yang terperap dalam tubuhnya ketika mati , dan ternyata ia tidak berlaku untuk binatang yang tidak mengalir darahnya , maka hukum najis itu pun tidak berlaku lagi kerana alasan najisnya tidak ada.
Mereka yang berpendapat bahawa tulang bangkai itu tidak najis berkata : Jika hukum itu berlaku pada binatang sempurna yang jelas mengandungi unsur kelembapan , mengandungi kotoran dan bahagian tubuh yang lembut , maka hukum itu lebih patut berlaku pada tulang yang jelas tidak mengandungi kelembapan , kotoran dan mendapan darah sama sekali . Pendapat ini amat kuat dan patut dijadikan sandaran .
Orang yang pertama kali yang membicarakan masalah binatang yang tidak mengalir darahnya ini adalah Ibrahim an-Nakhai'e r.a. Dari beliaulah ulama' yang mula - mula membicarakan masalah ini . Nafsdalam bahasa Arab boleh juga diertikan sebagai darah sebagaimana wanita mengalami haid disebut juga sebagai Nifas , iaitu mengeluarkan darah kotor . Begitu jugalah wanita yang baru melahirkan , disebut sebagai Nifas .
Adapun pengertian perubatan dalam hadith tersebut dijelaskan oleh Abu U'baid :"Erti menggelamkan lalat disini adalah mencucuk lalat tersebut agar keluar ubat yang terkandung di tubuhnya sebagaimana racun yang juga keluar dari tubuhnya . Kata malaq ertinya adalah tenggelam , seperti dua orang lelaki itu melakukan malaq , ertinya salin menyelam dalam air . Perlu diketahui bahawa lalat itu menurut mereka adalah sebuah tenaga beracun ditunjukkan dalam munculnya pembengkalan dan rasa gatal sebab gigitannya seperti senjata . Jika terjerumus dalam sesuatu yang boleh menimbulkan bahaya , mesti diatasi dengan lawan-nya . Lalu Nabi Sallallahu A'lahi Wassalam menyuruh tenaga lalat yang beracun itu dihadapi dengan senjata yang Allah ciptakan sebelah sayapnya yang lain . Kemudian lalat itu pun dibenamkan dalam makanan atau minuman agar zat beracun itu menjadi rawar dengan zat yang bermanfaat hingga hilanglah bahayanya .
Formula perubatan ini tidak mampu diselami oleh ramai pakar perubatan moden , sebab memang bersumber dari mukjizat kenabian . Walaupun demikian ,seorang pakar perubatan yang bijak dan mendapat taufiq dari Allah pasti akan tunduk melakukan rawatan ini dan mengakui manusia yang mengajarkan cara ini sebagai manusia paling mulia secara mutlaq , kerana ia didukung oleh wahyu , di luar kemampuan biasa .
Tidak sedikit kalangan pakar perubatan yang menyatakan bahawa gigitan kumbang atau kala jengking jika digosokkan pada tempat yang disengat dengan lalat juga akan bermanfaat sekali , sekurang-kurangnya menimbulkan rasa tenag . Semua itu semata-mata kerana unsur ubat yang terdapat dalam lalat . Bahkan jika lalat itu digosok-gosokkan di bengkak pada bintit selepas lebih dahulu kepala lalat itu dipotong , akan segera sembuh . Harap saudara dan juga umat Muslimin dapat memahami tentang "LALAT"ini kerana sayapnya ada yang racun dan ada penawar & juga oleh menjadi ubat/ruqyah mahupun syifa' .
Wallahua'llam

No comments:
Post a Comment