Sunday, 8 May 2011

Petunjuk Nabi Muhammad Membaca Al-Quran

الحمد لله القائل:لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا.وقال فى أية أخرى:ما أنت بنعمة ربك بمجنون،وإن لك لأجرا غير ممنون،وإنك لعلى خلق عظيم،فستبصر ويبصرون،بأبيكم المفتون.صلواة الله وسلامه على سيد المرسلين محمد بن عبد لله صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam membaca al-Quran dengan tartil , huruf demi huruf (dibaca dengan jelas dan mengikut tajwid serta bunyian huruf Al-Quran dengan betul) . Beliau berhenti membaca pada setiap ayat , memanjangkannya apabila ada huruf mad (menunjukkan bacaan panjang) , maka dipanjangkannya ketika membaca : Ar-Rahmaaannn , dan juga memanjangkan bacaan Ar-Rahiimm .

Rasulullah menyuruh kita berdoa sebelum memulakan membaca al-Quran sebagai untuk melindungi diri kita dari gangguan Syaitan , sebagaimana Allah Ta'ala berfirman :

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Mafhumnya : "Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam". (QS.An-Nahl : 98)

Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam selalu berlindung diri kepada Allah dengan membaca ta'awudz dan juga terkadang Rasulullah membaca do'a sebelum membaca al-Quran :







اَللَّهُمَّ إنِيْ أعُوذُبِكَ أعَوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَنِ الرَّجِيْمِ  وَمِنْ هَمَزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ
(Allahumma Inni A'uzhubika A'uzhubillahi Minassyaitan Nirrajim Wa min Hamazihi Wa Nafkhi Hi Wa Naf Thihi)
"Ya Allah , aku berlindung kepada-Mu dari gangguan syaitan yang terkutuk , dari bisikannya , hembusan dan tiupannya . "
(Rujuk Kitab Mukhtashar Za'adul Ma'ad karangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah , ta'lif Syaikhul Islam Muhammad Abdul Wahhab hlm . 54)

Nabi .s.a.w. juga senang mendengarkan bacaan al-Quran kepada orang lain . Beliau sering menyuruh Ibnu Mas'ud membacakannya dan beliau mendengarkan dengan khusyuk sehingga Ibnu Mas'ud Radiyallahu Anhu menitiskan air mata . Beliau membaca ayat-ayat al-Quran dalam keadaan apapun , baik ketika berdiri , duduk mahupun sedang baring . Baik dalam keadaan wudhu' mahupun batal wudhu'nya kecuali dalam keadaan junub . Terkadang beliau melagukan (tarranum/Taghani) bacaannya dan terkadang beliau mengulanginya .

Ibnu Mughaffal meriwayatkan bahawa beliau melakukan tarji (pengulangan), seperti disebutkan oleh Al-Bukhori . Apabila hal ini digabungkan dengan sabda beliau ,

زينوا القرآن بأصواتكم
"Hiasilah al-Quran itu dengan suara kalian".

Dan sabda beliau ;

مَا أذِنَ اللهُ لِشَيْئٍ كَإذْنِهِ لِنَبِيِّ حَسَّنَ الصَّوْتَ يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ
Mafhumnya :"Allah tidak mengizinkan sesuatu seperti halnya Nabi diizinkan memperindah suara dalam melantunkan al-Quran".

Kalau Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam tidak melakukan tarji (pengulangan) sudah tentu Ibnul Al-Mughaffal tidak menceritakannya , katanya :"Rasulullah melakukan tarji' dalam bacaannya".

Taghani (melagukan/melantunkan suara) itu mempunyai dua macam ; Yang pertama adalah , apa yang sudah menjadi bakat atau bawaan seseorang , tanpa memaksakan diri atau khusus latihan . Maka yang seperti ini boleh dilakukan , apalagi untuk memperindahkan bacaan al-Quranul Karim . Salah seorang sahabat , Abu Musa al-A'syaari pernah mengatakan kepada Nabi .s.a.w. ;"Kalau sekiranya aku tahu bahawa engkau sedang mendengarkan (bacaanku) , nescaya aku akan memperindahkan bacaanku untukmu dengan seindah-indahnya". Inilah cara oleh para Salaf Soleh . 

Yang kedua ; adalah lagu yang sengaja dibuat-buat seseorang , seperti mempelajari berbagai suara lagu dengan mecam-macam iramanya , berdasarkan kaedah - kaedah irama yang mereka lakukan , mencampurkan suara untuk membaca al-Quran dan lagu yang lain . Hal ini tidak disukai oleh para Salaf Soleh dan bertentangan dengan Sunnah Rasul . Tidak boleh / HARAM mencampurkan suara Quran dengan lagu kerana kadang kala lagu-lagu itu boleh menyebabkan kemunkaran dan menyebabkan kesalahan membaca al-Quran serta al-Quran itu menjadi 'Hujjatun Wa A'laik' pendakwa kita di akhirat kerana al-quran itu sendiri melaknat orang yang membacanya dengan salah dan lalai . Na'uzhubillah .

Bacalah dengan tartil dan tajwid serta sebutlah huruf itu dengan nada yang betul . InsyaAllah akan mendapat rahmat & hidayah daripada Allah .

No comments:

Post a Comment