Saturday, 2 April 2011

Menjaga Mata (Penglihatan),Menjaga Kepala & Perut

بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :



Sesungguhnya Rasulullah .s.a.w. mewasiatkan kepada Ibnu Abbas Radiyallahu Anhu (Kitab al-Wassiyyat Rasulallahu Ila Ibnu Abbas , karangan Sheikh Yazid) , dalam sebuah hadith diriwayatkan dari Abdullah ibn Mas'ud RA. secara marfu' bahawa Nabi .s.a.w. bersabda :

إِسْتَحْيوْا مِنَ اللهِ حَقَّ الْحَياءِ،من اسْتحْيَا مِنَ اللهِ حَقَّ الْحَياءِ فَلْيَحْفَظِ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْن وما حوى وَلْيَذكرِ الْمَوْتَ وَالْبَلَى،وَمَنْ أرَادَ الأَخِرَة تَرَكَ زيْنَةَ الدُّنْيَا،فَمَن فَعَلَ ذلِكَ فَقَدِ اسْتَحْيَا مِنَ الله حَقَّ الْحَياءِ.
Mafhumnya :"Hendaklah kamu malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu . Barangsiapa yang malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu ,maka hendaklah dia menjaga kepala dan apa yang ada padanya , hendaklah dia menjaga perut dan apa yang dikandungnya , dan hendaklah dia selalu ingat kematian dan busuk-nya badan . Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia . Dan barangsiapa yang mengerjakan demikian , maka sungguh dia telah malu kepada Allah .s.w.t. dengan sebenar-benar malu ".
(HR.At-Tirmidzi (no.2458),Ahmad , al-Hakim, & al-Baghawi dalam Syarhussunnah (no.4033).Darjat hadith ini hasan dengan seluruh jalannya . Lihat shahih al-Jaamish Soghir (no.935 , Kitab al-Wassiyyat Rasulallahu Ila Ibnu Abbas hlm.24 & 25 bab Menjaga kepala & perut) .

 Nabi .s.a.w. menyebutkan bahawa barangsiapa yang malu kepada Allah .s.w.t. hendaklah dia menjaga kepala & yang ada padanya , iaitu :

Menjaga Mata (Penglihatan) :

Allah Subhanallahu Wa Ta'ala berfirman :

 قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ
Mafhumnya :"Katakanlah kepada lelaki yang beriman , 'hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya ; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan". (QS.An-Nur:30)

 Juga larangan Nabi .s.a.w. untuk duduk di pinggir jalan , kerana dapat membuka mata melihat pelbagai perkara yang diharamkan .Rasulullah .s.a.w. bersabda :"Jauhilah oleh kamu duduk-duduk di pinggir jalan!"Para sahabat menjawab :"Wahai Rasulullah , kami tidak boleh meninggalkan majelis kami , yang kami gunakan sekadar berbincang". Baginda bersabda :"Jika kamu enggan dan tetap untuk duduk-duduk juga , maka berikanlah hak jalan !"Mereka bertanya :"Apakah hak jalan itu , wahai Rasulullah "? Baginda .s.a.w. menjawab :

Mafhumnya :"Menundukkan pandangan , menyingkirkan gangguan , menjawab salam , menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".
(HR.al-Bukhari (no.6229),Muslim (no.2121) , Ahmad , Abu Dawud , (no.4815) , & al-Baihaqi dari Abu Said Al-Khudri Radiyyallahu Anhu)

Jika ternampak benda-benda yang mengharamkan kerana zaman kemodenan & kemajuan kini semakin lama kemungkaran dan dosa menjadi mainan berleluasa , hendaklah kita perbanyakkan istighfar & bertaubat kepada Allah Azzawajalla agar mendapat maghfirah (keampunan) dari-Nya .




























































3 comments: