بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.
اما بعد :
Bab Bersiwak / Bersugi :-
Al-A'llamah ash-Sha'ani menyebutkan dalam kitab Subulussalam :"Dalam kitab al-Badrul Muniir disebutkan :'Ada lebih dari 100 hadith yang menyebutkan tentang siwak/bersugi . Namun, sungguh menghairankan , Sunnah Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam ini selalu diabaikan malah dipertikaikan , bertambah teruk lagi dituduh umpamannya "WAHABI" , "SESAT" dan sebagainya (Laknat Allah ke atas mereka kerana menghina Allah dan Rasulnya) , kita memerlukan sunnah dalam kehidupan serta Hadith Shahih bukan kita mahukan bid'ah dan maksiat . Sekarang anak-anak remaja Melayu kini banyak terpengaruh budaya Syaitan Barat Laknatullah , perkara Bid'ah , pemakaian Barat , pemikiran dan juga lain-lain beserta dengan lagu-lagu yang menyesatkan lagi melalaikan membuatkan hati itu menjadi gelap,nifaq sehinggakan mentaksubkan/mentakjubkan benda itu . (Semoga diberi kehancuran kepada mereka) . Itulah orang-orang yang rugi . (1/40 , terbitan al-Fikr dan dalil Aqli)
Ash-Sha'ani melanjutkan :"Yang paling baik , hendaknya batang siwak/batang sugi tidak terlalu kasar/kering supaya tidak melukai gusi .Namun , jangan juga terlalu basah / lembab sehingga tidak dapat menghilangkan kotoran yang harus dihilangkan". Bersiwak/Bersugi ini dapat membersihkan gigi kita dari segala kotoran yang ada pada dalam mulut serta dapat mencantikkan gigi & gusi . Orang-orang yang mencintai Sunnah (InsyaAllah) akan mendapat syafaat Rasulullah di akhirat tetapi bagi pembenci/suka mempertikaikan/menyatakan sesat (InsyaAllah) Rasulullah tidak akan mengaku dan tidak mengenalinya sebagai pengikutnya . Nau'zhubillah ...
Bukti & dalil dari Hadith Nabi .s.a.w. :-
1 . Dari Ibnu Umar Radiyallahu Anhu , dia berkata :
كَانَ رَسُوْل اللهِ (ص)لاَ يَنَامُ إِلاَّ وَالسِّوَاكُ عِنْدَهُ،فَإِذَا اسْتَيْقَظَ،بَدَأ بِالسِّواك
"Tidaklah Rasulullah .s.a.w. tidur , melainkan siwak/bersugi ada di samping beliau . Manakala bangun tidur , beliau lansung bersiwak".
(HR.Imam Ahmad (no.5979)),al-Bukhori dalam at-Taarikhul Kabir (no.1/24)),Abu Ya'ala (no.5661-5749)) , at-Thabrani dalam al-Kabir ((no.13598)) , hadith ini dihasankan oleh Albani dalam Ash-Shahihah)) Kitab At-Tatahawwalu As-Sunnah Mansiyyah hlm.54)
2. Dari Abu Hurairah RA. , dia berkata bahawa Rasulullah .s.a.w. , bersabda :
لَوْلاَ أنْ أَشُق عَلَى أمَّتِيْ،لأَ مَرْتُهُمْ بِالسِّواك عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ
"Andaikata tidak memberatkan ummatku , pasti aku akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap hendak mengerjakan shalat".
(HR. al-Bukhori (no.887) & Muslim ((no.252)
3. Dari Hudzaifah RA. dia berakata :
كَانَ النَّبِيُ (ص) إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ،يَشُوْصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ
"Apabila Nabi Sallalahu A'laihi Wassalam bangun malam (untuk mengerjakan Shalat), beliau membersihkan mulutnya dengan siwak/bersugi".
((HR. Al-Bukhori (no.889) & Muslim ((no.255) , Yashushu maksudnya membersihkan).
4. Dari Abu Musa al-A'syaari RA, dia berkata :
أَتَيْتُ النَّبِيُ (ص)،وَهُوَ يسْتَاكُ بِسِوَاكٍ رَطْبٍ،قَالَ:وَطَرَفُ السِّوَاكِ علَى لِسَنِهِ،وَهُوَ يَقُوْلُ: أُعْ أعْ،وَالسِّوَاكُ فِيْ فِيْهِ،كَأَنَّهُ يَتَهَوَّعُ
"Aku menemui Nabi .s.a.w. yang saat itu sedang membersihkan giginya dengan siwak basah ", Abu Musa Al-A'syaari RA melanjutkan :"Hujung siwak itu berada atas lidahnya . (Tiba-tiba,) beliau (mengadu kesakitan) :'Uhhh..'Uhhhh..',sementara siwak masih dalam mulutnya , seakan-akan beliau ingin muntah".
(HR.al-Bukhori ((no.244)) & Muslim (no.254))
5. Dari Saidatina Aisyah Radiyallahu Anhu , dia berkata :
Mafhumnya :"Abdurrahman bin Abu Bakr masuk menemui Nabi .s.a.w.,sementara beliau tengah bersandar di dadaku . Saat itu, 'Abdurrahman membawa siwak basah untuk membersihkan giginya . Mata beliau pun tidak lepas melihat siwak 'Abdurrahman '.Kemudian aku mengambil siwak , lalu aku menggigit & membersihkannya ,(dengan air) , lantas aku memberikannya kepada beliau . Beliau pun kemudian menyikat giginya dengan siwak itu ; aku sama sekali belum pernah melihat beliau menyikat gigi dengan cara yang lebih baik daripada saat ini". Dalam lafazh nya yang lain :"Kemudian aku melihat Nabi .s.a.w. melihat siwak Abdurrahman ; aku baru menyedari bahawa beliau menyukai siwak . Lantas , aku bertanya kepada beliau :'Apakah aku (boleh) mengambilkan siwak untukmu?'Beliau memberi isyarat dengan anggukan kepada tanda mengiyakannya".
(HR.Al-Bukhori ((no.890)) & 4449)). Kitab تتحول السنة المنسية. halaman 55 & 56))
6 . Dari Abi Hurairah Radiyallahu Anhu , dari Rasulullah .s.a.w. beliau bersabda :
لَوْلاَ أنْ أشُقَّ عَلَى أُمَّتِيْ،لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ معَ كُلِّ وُضُوْءٍ
"Andaikata tidak memberatkan ummatku , pasti aku akan memerintahkan mereka agar bersiwak saat setiap kali mereka berwudhu".
Al-Imam Al-Bukhari Rahimahullah menyebutkan hadith ini secara 'Mua'llaq' dengan reaksi kalimat yang aktif malah ia adalah sanad hadith ini adalah shohih .Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad , An-Nasa'ie dalam al-Kubra'a (No.66) Ibnu Khuzaimah ((No.140.)) dan yang lainnya .
7 . Daripada Aisyah Radiyallahu Anhu ; dia berkata bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :
السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ،مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
"Siwak/Bersugi itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah Azzawajalla".
Al-Bukhori dalam Shahihnya-nya menyebutkan hadith ini secara Mua'llaq dengan reaksi kalimat aktif . Hadith ini diriwayatkan Ahmad , An-Nasa'ie (No.5) dan Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya . Hadith ini dishahihkan oleh A'llamah Al-Imam Albani r.h. dalam Kitab Irwaa-Ul Ghalil)) , No.66 , halaman 56)) .
Al-Imam An-Nanawi Rahimahullah menyebutkan dalam Syarh Muslimnya :
Disunnahkan memakai siwak setiap waktu , lebih-lebih pada liwa waktu berikut .
(1) Ketika hendak mengerjakan Shalat ;
(2) Ketika hendak berwudhu' (sebelum membersihkan tangan dan juga berkumur)
(3) Ketika hendak membaca al-Quran (sebelum membacanya)
(4) Ketika baru bangun tidur ;
(5) Ketika mulut berbau disebabkan beberapa hal misalnya lama tidak makan & minum , makan sesuatu yang berbau yang tidak sedap misalnya (bawang/halia) dan lama tidak berbicara/bercakap (diam) selalu dan juga orang yang banyak bercakap dan juga selalu berbicara .
(2/146 , halaman 57 Kitab تتحول السنة المنسية))
Cacatan 1 / pesanan dari 2 Ulama' :
Al-A'llamah Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata :"Hendaknya ketika menggunakan siwak/bersugi diawali dengan niat ((melaksanakan tuntutan Nabi .s.a.w.)) . Penggunaan siwak secara berlebihan akan mendapat wap yang naik dan kotoran , Adapun seimbang penggunaan Siwak akan menguatkan lapisan gigi , membuat lidah lancar ketika berbicara , mencegah gigi dari berlubang , menghilangkan bau mulut , membersihkan perjalanan darah ke otak , dan membuat nafsu makan bertambah .
(Kitab nya Za'adul Ma'ad (4/322-323))
Cacatan 2 :
Al-A'llamah Ibnu Al-U'thaymin mengatakan dalam Fatwanya :"Hendaknya seseorang mencuci dan membersihkan siwaknya ,"Kemudian dia , menyebutkan hadith Aisyah RA. yang disebutkan sebelumnya .Lalu dia melanjutkan perkataannya ,"Dalam hadith tersebut terdapat dalil yang menganjurkan (kita) agar selalu menjaga kebersihan siwak . Tidak seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan orang saat ini , yang bersiwak tanpa membersihkan siwaknya , sehingga kotorannya pun bertompok-tompok terkena pada siwak , Akhirnya , bukan kebersihan dan kesihan gigi yang didapat , namun kekotoran yang selalu bertambah di giginya ".
Islam itu Unik,Indah,Mudah,Cantik serta agama yang diredhai oleh Allah Subhanallahu Ta'ala , Beruntunglah kita dapat menjadi umat Nabi Muhammad .s.a.w. , semoga kita menjadi pencinta kuat Sunnah Nabi dan orang yang selalu berselawat ke atasnya . Wallahua'llam...semoga mengikuti Sunnah ...(InsyaAllah) kalian akan selamat dan mendapat syafaat...

Alhamdulillah...syukur Allah memberi jalan yang benar dalam kehidupan kita...semoga diberkati olehNya...
ReplyDelete