Monday, 16 May 2011

Doa Ketika Waktu Pagi & Petang

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العلمين،والصلاة والسلام على أشرف المرسلين وآله وصحبه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين



وبعد:


Matlamat dalam kehidupan dan cara kita hendaklah bertepatan dengan al-Quran & As-Sunnah serta menolak bid'ah & maksiat . Ini kerana berdoa juga wajib bertepatan dengan al-Quran & al-Hadith Rasulullah mahupun kita boleh mengamalkan doa dari ulama' mahupun orang-orang yang soleh seperti Imam Ahmad b. Hanbal Rahimahullahu Ta'ala semasa beliau ditangkap dan tangannya di gari dengan besi yang terlalu berat dan disuruh naiki kuda maka beliau tidak larat sambil mengucapkan :

اللهم حفظني
"Ya Allah , jagalah aku"....

Dan akhirnya beliau berjaya kerana do'a ulama' ini cepat sampai kepada Allah A'zzawajalla . Kita mestilah berdo'a dengan suara & nada yang lembut bukan mengeraskan suara sepertimana Nabi Zakariya A'laihissalam berdoa ; (Firman Allah) :

إِذْ نَادَى رَبَّهُ نِدَاء خَفِيًّا
"Yaitu ketika ia berdoa kepada Rabbnya (Tuhannya) dengan suara yang lembut".(QS.Maryam :3)


Secara Sunnahnya Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam tatkala berdoa' diwaktu pagi beliau membaca :

 اللهم  بِكَ أصْبَحْنَا،وَبِكَ أمْسَيْنَا،وَبِكَ نَحْيَا،وَبِكَ نَمُوْتُ وَإلَيْكَ النُّشُوْرُ
(Allahumma Bika Ash Bahna , Wa Bika Amsaina , Wa Bika Nahya , Wa Bika Namut Wa Ilaikannusyur)
"Ya Allah , dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi , dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang . Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati . Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk)".
(HR. At-Tirmidzi :5/466 , Shahih At-Tirmidzi : 3/142 , Husnul Muslim hlm.82 , Fiqhul A'diyyah)

Waktu Petang pula ucapkanlah :


  اللهم  بِكَ أمْسَيْنَا وَبِكَ أصْبَحْنَا،وَبِكَ نَحْيَا،وَبِكَ نَمُوْتُ وَإلَيْكَ الْمَصِيْرُ
(Allahumma Bika Amsaina Wa bika Ash Bahna , Wabika Nahya , Wa Bika Namut , Wa Ilaikannusyur)

Maksudnya hampir sama dengan maksud do'a diatas cuma tukar "أمْسَيْنَا"iaitu waktu petang .

Semoga Mendapat rahmat Allah dan hidayat serta maghfirahnya kerana kita amalkan doa' ini . InsyaAllah .


Sunday, 8 May 2011

Petunjuk Nabi Muhammad Membaca Al-Quran

الحمد لله القائل:لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا.وقال فى أية أخرى:ما أنت بنعمة ربك بمجنون،وإن لك لأجرا غير ممنون،وإنك لعلى خلق عظيم،فستبصر ويبصرون،بأبيكم المفتون.صلواة الله وسلامه على سيد المرسلين محمد بن عبد لله صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam membaca al-Quran dengan tartil , huruf demi huruf (dibaca dengan jelas dan mengikut tajwid serta bunyian huruf Al-Quran dengan betul) . Beliau berhenti membaca pada setiap ayat , memanjangkannya apabila ada huruf mad (menunjukkan bacaan panjang) , maka dipanjangkannya ketika membaca : Ar-Rahmaaannn , dan juga memanjangkan bacaan Ar-Rahiimm .

Rasulullah menyuruh kita berdoa sebelum memulakan membaca al-Quran sebagai untuk melindungi diri kita dari gangguan Syaitan , sebagaimana Allah Ta'ala berfirman :

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Mafhumnya : "Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam". (QS.An-Nahl : 98)

Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam selalu berlindung diri kepada Allah dengan membaca ta'awudz dan juga terkadang Rasulullah membaca do'a sebelum membaca al-Quran :







اَللَّهُمَّ إنِيْ أعُوذُبِكَ أعَوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَنِ الرَّجِيْمِ  وَمِنْ هَمَزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ
(Allahumma Inni A'uzhubika A'uzhubillahi Minassyaitan Nirrajim Wa min Hamazihi Wa Nafkhi Hi Wa Naf Thihi)
"Ya Allah , aku berlindung kepada-Mu dari gangguan syaitan yang terkutuk , dari bisikannya , hembusan dan tiupannya . "
(Rujuk Kitab Mukhtashar Za'adul Ma'ad karangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah , ta'lif Syaikhul Islam Muhammad Abdul Wahhab hlm . 54)

Nabi .s.a.w. juga senang mendengarkan bacaan al-Quran kepada orang lain . Beliau sering menyuruh Ibnu Mas'ud membacakannya dan beliau mendengarkan dengan khusyuk sehingga Ibnu Mas'ud Radiyallahu Anhu menitiskan air mata . Beliau membaca ayat-ayat al-Quran dalam keadaan apapun , baik ketika berdiri , duduk mahupun sedang baring . Baik dalam keadaan wudhu' mahupun batal wudhu'nya kecuali dalam keadaan junub . Terkadang beliau melagukan (tarranum/Taghani) bacaannya dan terkadang beliau mengulanginya .

Ibnu Mughaffal meriwayatkan bahawa beliau melakukan tarji (pengulangan), seperti disebutkan oleh Al-Bukhori . Apabila hal ini digabungkan dengan sabda beliau ,

زينوا القرآن بأصواتكم
"Hiasilah al-Quran itu dengan suara kalian".

Dan sabda beliau ;

مَا أذِنَ اللهُ لِشَيْئٍ كَإذْنِهِ لِنَبِيِّ حَسَّنَ الصَّوْتَ يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ
Mafhumnya :"Allah tidak mengizinkan sesuatu seperti halnya Nabi diizinkan memperindah suara dalam melantunkan al-Quran".

Kalau Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam tidak melakukan tarji (pengulangan) sudah tentu Ibnul Al-Mughaffal tidak menceritakannya , katanya :"Rasulullah melakukan tarji' dalam bacaannya".

Taghani (melagukan/melantunkan suara) itu mempunyai dua macam ; Yang pertama adalah , apa yang sudah menjadi bakat atau bawaan seseorang , tanpa memaksakan diri atau khusus latihan . Maka yang seperti ini boleh dilakukan , apalagi untuk memperindahkan bacaan al-Quranul Karim . Salah seorang sahabat , Abu Musa al-A'syaari pernah mengatakan kepada Nabi .s.a.w. ;"Kalau sekiranya aku tahu bahawa engkau sedang mendengarkan (bacaanku) , nescaya aku akan memperindahkan bacaanku untukmu dengan seindah-indahnya". Inilah cara oleh para Salaf Soleh . 

Yang kedua ; adalah lagu yang sengaja dibuat-buat seseorang , seperti mempelajari berbagai suara lagu dengan mecam-macam iramanya , berdasarkan kaedah - kaedah irama yang mereka lakukan , mencampurkan suara untuk membaca al-Quran dan lagu yang lain . Hal ini tidak disukai oleh para Salaf Soleh dan bertentangan dengan Sunnah Rasul . Tidak boleh / HARAM mencampurkan suara Quran dengan lagu kerana kadang kala lagu-lagu itu boleh menyebabkan kemunkaran dan menyebabkan kesalahan membaca al-Quran serta al-Quran itu menjadi 'Hujjatun Wa A'laik' pendakwa kita di akhirat kerana al-quran itu sendiri melaknat orang yang membacanya dengan salah dan lalai . Na'uzhubillah .

Bacalah dengan tartil dan tajwid serta sebutlah huruf itu dengan nada yang betul . InsyaAllah akan mendapat rahmat & hidayah daripada Allah .

Friday, 6 May 2011

Perubatan Dengan Air Ludah & Tanah (Ruqyah Ash-Syar'ieyyah)

بسم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العلمين،والصلاة والسلام على أشرف المرسلين وآله وصحبه أجمعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين





وبعد:

Jika anda/kalian/antum semua menerima hadith Shahih dan perawinya dhabit , adil , thiqah tetapi masih ragu-ragu , mengatakan "betul ke"..."Tak percayalah"...maka hukumnya adalah berdosa besar , munafiq kerana sahaja buat tidak tahu . Maka dengan itu,berhati-hatilah dalam perkataan kita terhadap hadith Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam kerana setiap kata-kata Nabi itu adalah haq (benar) bukanlah sia-sia . Sebagaimana Allah A'zzawajalla berfirman :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (QS.Al-Ahzab : 21)

Walaupun sekiranya kita jahil dan tidak tahu , tidak belajar ilmu Hadith maka dengan itu tidak mengapa dan beberapa 'keyword' untuk terima hadith Rasulullah tanpa hati itu berkata .."betul ke ..hadith ini'...berhati-hati wahai Umat Muslimin kerana ia boleh menyebabkan anda kufur,sesat dan munafiqin walaupun anda sudah belajar ilmu hadith ...'Na'uzhubillah'..

- Hadith itu mesti disandarkan Rasulullah , perawinya dhabit , a'dil , thiqah
(dhabit) - Orang kuat ingatan
(Thiqah) - Dipercayai
- Jika masih was-was maka ucapkanlah ta'awudz dan ludah belah kiri sebanyak 3 kali ataupun istighfar sebanyak yang mungkin kerana ia adalah hadith shahih , jangan pertikaikan ..jika mempertikaikannya maka hukumnya munafiq & kufur .
Ucapkanlah :-

أعَوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَنِ الرَّجِيْمِ
(A 'uzhubillahi Minassyaitanirrajim)
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan Syaitan yang terkutuk".

Boleh menambah :

وَمِنْ هَمَزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ
( Wa Min Hamazihi Wa Naf khi Hi Wa Naf Tshih)
"Dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya , dan dari hembusannya (yang menyebabkan rosaknya akhlaq)".
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi , dalam kitab Sifatusshalatin Nabi , boleh rujuk Siffatusshalah Abdullah Jibrin dan Al-Qaulul Mubin Fii Akhta'il Mushallin (( Syaikh Masyhur Hasan Salman)) .

Ta'waudz ini mesti dibaca ketika shalat dan juga membacanya dikira sunnah Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam , boleh dibaca ketika sholat atau dalam keadaan was-was , ragu-ragu dan sebagainya demi untuk menghalau musuh kita "syaitan Laknatullah".

- Jika masih ragu-ragu lagi belilah kitab-kitab Hadith yang shahih dan bersumberkan dalil di bawahnya agar senang kita untuk beramal dengannya . InsyaAllah ...

Peringatan :

Jika masih anda bermain-main/masih buat tidak tahu/saja-saja buat tak tahu/ tidak mahu menerima hadith tetapi sudah belajar maka dikira kufur & munafiq . Maka dengan itu berhati-hati dengan perkataan dan hati kita kerana itu hasutan syaitan . Kalau anda masih jahil belajarlah ilmu Hadith ini kerana ia adalah i'lmu dan amalan kita .

Terimalah hadith ini dengan ikhlas supaya mendapat syafaat Nabi dan anda mesti mengamalkan sunnah Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam .

A . Pengubatan Luka (Ruqyah Ash-Syar'ieyyah)

Rasulullah .s.a.w. ,jika ada seseorang yang mengeluh sakit atau terdapat luka pada tubuhnya , maka beliau akan memberikan isyarat dengan jarinya begini . Dan Sufyan RA. meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan kemudian mengangkatnya kembali , beliua mengucapkan :

بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أرْضِنَا،وَرِيْقَةُ بَعْضِنَا،يُشْفَى سَقِيْمُنَا بِإذْنِ رَبِّنَا
(Bismillahi Turbatu Ardhi Na, Wariqatu Ba'adina ,Yushfa Saqiimuna Bi Izh Ni Rabbina)
"Dengan menyebut Nama Allah,tanah bumi kami ini dengan air ludah sebahagian di antara kami dapat menyembuhkan orang di antara kami dengan izin Rabb (Tuhan) kami".
(HR. Shahih Al-Bukhari ((no.5745,5746) dan Muslim (no.2194)) , Kitab Ruqyah Ash-Syar'ieyyah hlm. 131 , dan Kitab Tibb An-Nabawiyy karangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah)

Hadith di atas memberikan pengertian, bahawa beliau mengeluarkan air ludahnya sendiri ke jari telunjuknya kemudian meletakkannya ke tanah , sehingga ada beberapa tanah yang melekat pada jarinya dan kemudian mengusapkannya ke bahagian luka sambil mengucapkan kalimat du'a di atas ketika mengusap bahagian luka tersebut . InsyaAllah , dengan perubatan ruqyah ini merupakan cara taqrir (perbuatan) baginda .s.a.w.  dan ia adalah Sunnah serta orang yang mengikuti sunnah Rasulullah .s.a.w. akan mendapat syafa'at Rasulullah di akhirat kelak , InsyaAllah , Amin Ya Rabbal A'lamin ....
(Lihat Syarh An-Nanawiyyah a'laa Shahih Muslim (XIV/184) dan Fathul Bari (X/208) .Lihat juga penjelasan lengkapnya dalam kitab Za'adul Ma'ad (IV/186-187) dan lihat Tibb An-Nabawiyyah karangan Ibnul Qayyim) .

Terimalah hadith kerana penulis telah menerangkan dalil hadith dan al-Quran , insyaAllah tidak ada unsur-unsur pembohongan , maka dengan itu terimalah kerana ia adalah hadith kalau tidak menerima hadith maka dikira kafir & kufur . Nauzhubillah

Monday, 2 May 2011

Bukti Hadith Mengenai Lalat

بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :


Ada saudara ini bertanya , apakah bukti hadith Nabi Sallallahu A'lahi Wassalam tentang lalat serta benarkah lalat ini mempunyai ubatnya .

Jawapan :

Memang ada !!! Di dalam Kitab Al-Tiib An-Nabawiyy karangan Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah bab 28 , "Haulal Irsyad Al-Mawwad Al-Ghada'iyyah Allati Taqa'ul Zhubab Rasul",bab Bimbingan Rasulullah SAW tentang Makanan yang dihinggapi lalat halaman , 135-137".

Di dalam Kitab Shahih Al-Bukhari dan Muslim menerusi hadith Abu Hurairah Radiyallahu Anhu , bahawa Rasulullah Sallallahu A'lahi Wassalam bersabda :

إذ وقع الذباب فى إناء أحدكم فامقلوه،فإن فى أحد جناحيه داء وفى الآخر شفاءً
"Apabila ada lalat hingga di bejana seorang di antara kamu , benamkanlah ia . Sesungguhnya sebelah sayapnya mengandungi penyakit dan sayap yang lain mengandungi ubat dan penawarnya".
(Ditakhrij oleh Al-Bukhari namun tidak dikeluarkan oleh Muslim sebagaimana ditegaskan oleh Al-Hafidz dalam Al-Fath . Ditakhrij oleh Abu Dawud , Ibnu Majah , Ahmad , Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

Di dalam Kitab Sunan Ibnu Majah dari Abu Said Al-Khudri diriwayatkan bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :

أحد جناحى الذباب سم والآخرشفاءٌ،فإذا وقع فى الطعم فامقلوه فإنه يقدم السم ويؤخر الشفاء
"Sebelah sayap lalat itu adalah racun manakala sebelah sayap lainnya adalah ubat . Jika ia terjatuh dalam makanan , benamkanlah ia , sebab ia boleh menyuntik racun dan sekaligus boleh menyuntikkan ubat dan penawarnya".
(Diriwayatkan oleh An-Nasa'ie , Ahmad , al-Hakim dan Al-Baihaqi , hadith ini adalah Shahih , lihat Tibb An-Nabawiyy karangan Ibnul Qayyim halaman 135)

Hadith ini mengandungi dua perkara :

Pertama masalah feqah dan kedua masalah perubatan . Masalah feqah di dalam hadith ini merupakan dalil yang jelas bahawa apabila seekor lalat mati dalam air atau benda cair sejenis , tidaklah menyebabkan air itu menjadi najis . Itu pendapat majoriti Ulama . Tidak ada seorang pun di antara Ulama' Salaf menolak hal itu kerana mengelakkan pembaziran makanan mahupun minuman .

Sumber dalilnya adalah bahawa Rasulullah .s.a.w. menyuruh  agar lalat itu dibenamkan , iaitu dimasukkan dalam makanan atau air . Padahal sebagaimana dimaklumi , dengan cara itu lalat tersebut akan mati terutama sekali apabila air tersebut panas . Jika kerana itu air menjadi najis , maka ia merupakan nas bahawa makanan dan minuman itu rosak ,tetapi ternyata Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam memberi cara mengatasinya . Hukum ini bahkan meliputi setiap haiwan yang tidak mengalir darahnya ,seperti lebah , kumbang , labah-labah dan seumpamanya , sebab hukum itu berputar pada alasannya yang bersifat umum , hilang jika alasan tersebut hilang , sebab najis itu menjelma dari darah haiwan yang terperap dalam tubuhnya ketika mati , dan ternyata ia tidak berlaku untuk binatang yang tidak mengalir darahnya , maka hukum najis itu pun tidak berlaku lagi kerana alasan najisnya tidak ada.

Mereka yang berpendapat bahawa tulang bangkai itu tidak najis berkata : Jika hukum itu berlaku pada binatang sempurna yang jelas mengandungi unsur kelembapan , mengandungi kotoran dan bahagian tubuh yang lembut , maka hukum itu lebih patut berlaku pada tulang yang jelas tidak mengandungi kelembapan , kotoran dan mendapan darah sama sekali . Pendapat ini amat kuat dan patut dijadikan sandaran .

Orang yang pertama kali yang membicarakan masalah binatang yang tidak mengalir darahnya ini adalah Ibrahim an-Nakhai'e r.a. Dari beliaulah ulama' yang mula - mula membicarakan masalah ini . Nafsdalam bahasa Arab boleh juga diertikan sebagai darah sebagaimana wanita mengalami haid disebut juga sebagai Nifas , iaitu mengeluarkan darah kotor . Begitu jugalah wanita yang baru melahirkan , disebut sebagai Nifas .
Adapun pengertian perubatan dalam hadith tersebut dijelaskan oleh Abu U'baid :"Erti menggelamkan lalat disini adalah mencucuk lalat tersebut agar keluar ubat yang terkandung di tubuhnya sebagaimana racun yang juga keluar dari tubuhnya . Kata malaq ertinya adalah tenggelam , seperti dua orang lelaki itu melakukan malaq , ertinya salin menyelam dalam air . Perlu diketahui bahawa lalat itu menurut mereka adalah sebuah tenaga beracun ditunjukkan dalam munculnya pembengkalan dan rasa gatal sebab gigitannya seperti senjata . Jika terjerumus dalam sesuatu yang boleh menimbulkan bahaya , mesti diatasi dengan lawan-nya . Lalu Nabi Sallallahu A'lahi Wassalam menyuruh tenaga lalat yang beracun itu dihadapi dengan senjata yang Allah ciptakan sebelah sayapnya yang lain . Kemudian lalat itu pun dibenamkan dalam makanan atau minuman agar zat beracun itu menjadi rawar dengan zat yang bermanfaat hingga hilanglah bahayanya .

Formula perubatan ini tidak mampu diselami oleh ramai pakar perubatan moden , sebab memang bersumber dari mukjizat kenabian . Walaupun demikian ,seorang pakar perubatan yang bijak dan mendapat taufiq dari Allah pasti akan tunduk melakukan rawatan ini dan mengakui manusia yang mengajarkan cara ini sebagai manusia paling mulia secara mutlaq , kerana ia didukung oleh wahyu , di luar kemampuan biasa .

Tidak sedikit kalangan pakar perubatan yang menyatakan bahawa gigitan kumbang atau kala jengking jika digosokkan pada tempat yang disengat dengan lalat juga akan bermanfaat sekali , sekurang-kurangnya menimbulkan rasa tenag . Semua itu semata-mata kerana unsur ubat yang terdapat dalam lalat . Bahkan jika lalat itu digosok-gosokkan di bengkak pada bintit selepas lebih dahulu kepala lalat itu dipotong , akan segera sembuh . Harap saudara dan juga umat Muslimin dapat memahami tentang "LALAT"ini kerana sayapnya ada yang racun dan ada penawar & juga oleh menjadi ubat/ruqyah mahupun syifa' .

Wallahua'llam