Monday, 28 March 2011

Doa Ketika Angin Kencang,Hujan Turun & Berhenti serta Bunyi Petir..

بسم الله الرحمن الرحيم
أَلْحَمد لله الذيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَه باهدَى وَدِينِ الحق لِيُظهرهُ على الدينُ كُلِّه وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْركُوْنَ وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه

امَّا بعْدُ :

A. Doa Ketika Angin Bertiup Kencang :


اَللهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا،وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا
(Allahumma Inni As'Aluka Khairaha , Wa A'uzhubika Min Syarri Ha)
"Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya & aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya".
(Hadith Shahih , Lihat Sunan Ibnu Majah (2/305)

B. Doa Ketika Hujan Turun :

اَللهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
(Allahumma Soyyiban Nafia'an)
"Ya Allah (turunkanlah) hujan yang bermanfaat".
(HR.Al-Bukhari (2/84) , Lihat Husnul Muslimin , Syaikh Said Wahf al-Qahtani & Al-Adzkar Nanawiyyah )

C.Doa Setelah Hujan Turun :

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ
(Mutthrina Bifadhlillahi Wa Rohmatih)
"Kami diberi hujan kerana kurniaan Allah dan rahmat-Nya ."
(Muttafaqun a'laih , lihat Kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah , Syaikh A'lauddin al-Utaibi halaman 200) .

D. Doa Ketika Mendengar Petir/Halilintar :




Abdullah bin Az-Zubair RA. apabila mendengar petir/halilintar , ia meninggalkan pembicaraan dan beliau mengucapkan :

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلاَئِكَةِ مِنْ خِيْفَتِهِ
(Subhanallazhi Yusabbihu Ra'adu Bihamdihi Wal Malaikati Min Khifatih)
"Mahasuci Allah yang mana halilintar dan para Malaikat bertasbih memuji-Nya , kerana takut kepada-Nya".
(Sanadnya Shahih , lihat al-Kalimuth Thayyib , hal.156 yang ditahqiq oleh Albani dan lihat hal.201 , Bab Doa ketika mendengar Halilintar , Kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah karangan Al-Utaibi , Husnul Muslimin & Adzkar an-Nanawiyyah)

Wallahua'llam ...Semoga kalian membaca blogg minda Sunnah supaya kita mendekatkan diri kita dengan doa-doa berdasarkan al-Quran & al-Hadith Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam serta mengikuti sunnahnya dan mengamalkannya . InsyaAllah , kita akan mendapat syafaatnya di akhirat kelak . AMALKAN !!!! HADITH SHAHIH bukan DHA'IF & MAUDHU' hadith lemah & palsu....:)

Sunday, 27 March 2011

Nilai Diri Anda Adalah Syurga

Seorang penyair berkata :

   Diriku yang memiliki segala sesuatu saja
  Pasti akan pergi
 Pantaskah aku harus menangisi
 sesuatu yang telah hilang ?



  Sesungguhnya dunia dengan segala yang ada di dalamnya termasuk emas & perak , kedudukan , bangunan dan istananya , tidaklah layak untuk ditangisi . Dunia ini hanyalah sementara sahaja , dunia ini untuk kita memakmurkan , mengimarahkan , beribadat kepada Allah , bersedeqah kepada fakir miskin , membuat perkara amal kebaikan , tempat untuk beristighfar & bertaubat kepada-Nya , tempat untuk membangunkan negara yang lebih maju serta bermacam-macam . Itulah hanya sementara sahaja , kita ditugaskan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ini dan menjaganya dengan baik . Berdasarkan hadith diriwayatkan At-Tirmidzi bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :

  "Dunia ini terkutuk , semua yang ada di dalamnya terkutuk , kecuali berzikir kepada Allah , semua hal yang dicintai oleh Allah , orang yang berilmu dan orang-orang yang mahu belajar".

Beruntunglah kepada orang yang menuntut ilmu . Kita boleh mencari kekayaan & harta tetapi jangan terlalu mentaksub/mengejar sehingga boleh menjadi sesat & kufur nikmat serta benci akan fakir miskin tetapi hendaklah sumber yang halal lagi baik , sesungguhnya jadilah kita orang yang kaya di dunia & kaya di akhirat , itu lebih baik . Dunia dan kekayaan itu sebenarnya tidak lebih dari barang amanah . Demikianlah yang dikatakan oleh Labid (penyair) :

Harta dan Keluarga hanyalah amanah
pada suatu saat nanti
amanah itu pasti akan dikembalikan

Memiliki wang berjuta-juta , rumah-rumah mewah , dan kereta-kereta mewah tidak akan menangguhkan kematian seseorang hamba . Allah tidak membezakan antara darjat/keturunan/harta seseorang melainkan taqwa . Berdasarkan dalil Allah .s.w.t. , Allah berfirman :

  Maksudnya :"Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu disisi Allah ialah yang tinggi ketaqwaannya". (QS.Al-Hujurat:13)

Begitulah dalilnya bahawa Allah mengasihi orang yang bertaqwa , di dunia ini juga kita sebagai umat manusia wajib beramal dengan kebajikan , ringankanlah tangan itu dan janganlah menjadi sifat sombog & kedekut , kelebihan orang yang beramal kebajikan ini , Allah Azzawajalla berfirman :

 Maksudnya :"Barangsiapa yang menyempurnakan amal kebajikan , maka ganjarannya sepuluh kali ganda dari apa yang dilakukan"....(QS.Al-An'am:160)

Di dunia ini kita diwajibkan taat kepada Allah , Rasulnya , ibu bapa dan guru-guru supaya kita menjadi umat Islam yang lebih maju , beradasarkan firman Allah yang bermaksud :

 Maksudnya :"Katakanlah ! Taatilah Allah & Rasulnya , jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir ". (QS.Ali I'mran:32)

Firman Allah .S.W.T. yang bermaksud :

 Maksudnya :"..Dan sesiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya , maka sungguh dia menang dengan kemenangan yang besar".(QS.Al-Ahzab : 71)

Beruntunglah mereka yang mengikuti ajaran Al-Quran & As-Sunnah sebagai penyelamat di dunia & di akhirat . Dunia ini hanyalah sementara , tidak lama lagi kiamat menanti , demikianlah apa yang dikatakan oleh Hatim al-Tha'ii :

Semua kekayaan
tidaklah akan bermanfaat sedikit pun
bagi seorang pemuda
jika suatu saat
nafasnya sudah tersengal-sengal di tenggorokan
dan dadanya sudah menyesak

Oleh sebab ahli hikmah mengatakan :"Hargailah sesuatu sesuai dengan harganya kerana sesungguhnya dunia dan apa yang ada di dalamnya tidak sepadan dengan jiwa seorang mukmin".
Allah Azzawajalla berfirman :

 Maksudnya:"Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah hiburan & permainan..."(QS.Al-Ankabut:64)

Islam bukanlah anti-Hiburan , tetapi hiburan itu hendaklah bertetapan dengan syara' serta tidak melalaikan dan tiada unsur2 boleh menyebabkan hati menjadi gelap & nifaq . Imam Al-Hasan Al-Bashri mengatakan :"Jangan hargai diri anda selain syurga , sebab diri seorang mukmin itu sungguh mahal harganya , meskipun banyak juga orang yang menjualnya  dengan harga murah . Orang yang meratap kerana harta mereka hilang , rumah mereka hancur dan kenderaan mereka terbakar , sementara mereka tidak sedih dan tidak menyesal lemahnya iman mereka , dosa-dosa yang mereka perbuat , dan minimanya ketaatan mereka kepada Allah , sungguh kelak akan tahu bahawa dahulu (sewaktu di dunia) mereka benar-benar telah melakukan perbuatan yang sangat bodoh . Di satu sisi mereka telah meratapi semua hal yang sebenarnya tidak perlu mereka ratapi , sedang di sisi lain mereka tidak meratapi semua hal yang sebenarnya pantas mereka ratapi".
Allah .s.w.t. berfirman :

  Maksudnya:"Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan bagaimana kesudahan mereka pada hari yang amat berat (seksaannya) ".
(QS.Al-Insan :27)

Wallahua'llam...

Friday, 25 March 2011

هو الله السعادة جائزة

ليس غريبا إذا كان هناك بعض الناس الذين يمكن أن يجلس في استرخاء والنوم على الصخور الصلبة. وهم العمال الذين حصلوا على نتائج ما يكفي للعيش ليلا ونهارا. ومع ذلك ، فإنها لا تزال الابتسامة يمكن في مواجهة هذه الحياة. دادا مجالهم ؛ أجسامهم قوية ، وقلوبهم دائما والهدوء لم يكن سوى لأنهم يعرفون أن الحياة الحرة هي اليوم وانها لا تعتقد حقا عن الماضي والمستقبل. هم أنفسهم مشغول فقط مع عملهم.


وسنكون ممتنين أن الله أعطى لنا. أحيانا الأغنياء لا تهدئة القلب ، أي شهية لتناول الطعام ، والنوم لا ينام ، الذين يعيشون في الخوف والقلق ، ولكن أحيانا الناس الذين يعيشون في أكواخ الفقراء ، البيت الخشبي مع امتنانه للسلم هدية وهبها الله. في الواقع نحن نعتقد حرم الفقراء والأغنياء الذين يؤمنون بالله من أجل الاستفادة منها. أننا نادرا ما نسمع "الأغنياء الذين آمنوا" نسمع دائما "الغنية تعتبر والعزة والثروة لنفسه"... السعادة هي ألذ وأشهى في المؤمنين هم من الرجال الذين يحصلون على لرؤية رب السماء ونجد أن الله الأكثر قوة. الناس الذين يعتقدون ان العالم سوف يشعر صغيرة جدا ومؤقتة ، ومكانا لعبادة الله. بإذن الله ، سلم السعادة التي هي الحياة الأبدية في السماء عند الله في الآخرة ، وآمل أن أحصل عليه وتحصل على رؤية ان ربنا الله عز وجل


الله أعطى كل واحد منا يجب ان يكون من الحكمة ، ولكنها تحتاج قبل كل شيء ، الحب ، والاختبار ، ومكافأة للاطلاع على رد الحسنة ولا السيئة لها. لا تحزن لك ، ونحن لسنا وحدنا لأن الله معنا ، ثم احتفال عليه بالقول "لا إله إلا الله ، سبحانه وتعالى". ولذلك ، يجب أن نتذكر دائما الله ، وقال انه سوف أذكر لكم ، قلوبنا دائما يقولون "الله" من دون جدوى لأن الله هو الأكثر علاج المرض. وإذا كنا لا نحب أو حتى بذكر ربنا والتوبة لدينا دائما تحقيق السعادة في الدنيا والآخرة ويرجو رحمة ومحبة الرب الرحيم. نقوم أحيانا يقولون ان الله أمر والتنكر لنائب. ليس بالضرورة أن يكون الشخص غنيا ويسعد في الآخرة ، ولكن ليست دولة غنية بالضرورة في الحياة الآخرة ، كيف يمكن ان نعرف ، والفقراء في العالم ، لكنه غني في الآخرة ، كيف يمكن ان نعرف من متوسطة الأثرياء أو الأغنياء في الدنيا والآخرة. ينبغي أن تكون متوازنة ونحن بين الدنيا والآخرة. النعمة هو النعيم. نأمل ان يحصل جيدة...

Mengubati Sakit Demam dan Larangan Mencelanya

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على النبي محمد بن عبد الله وعائلته
والأصدقاء والأسرة ، والذين يتبعون خطاه ، صلى الله عليهم وعلى آل النبي


(Pengubatan Ruqyah Cara Sunnah Rasulullah .s.a.w. yang mengikuti Al-Quran As-Sunnah)
Lihat Kitab Al-Hikmah Kawarith Warruqyah Ash-Syar'ieyyah halaman 130 , Syaikh Yazid Abdul Qadir Jawas , Pustaka Imam Ash-Syafi'ee , Jakarta (Hikmah Di Balik Musibah & Ruqyah Ash-Syar'ieyyah)

1 . (Bab Demam)
 Rasulullah .s.a.w. bersabda :"Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam , kerana sesungguhnya demam itu akan menghapus dosa-dosa anak Adam sebagaimana menghilangkan kotoran besi".
(Shahih Muslim (no.2575) .

Rasulullah .s.a.w. bersabda :

 " Demam itu merupakan bahagian dari panas Jahannam , kerana itu dinginkanlah ia dengan air".
(Shahih : HR.al-Bukhari (no.3263) ,5725) , Muslim dan Ibnu Majah dari Aisyah RA. , Hadith ini diriwayatkan juga dari Ibnu Abbas , Ibnu U'mar , Rafi' Bin Khadij & Asma' Binti Abu Bakar)

Hukum Mencela Demam adalah (Makruh) : "Lihat Kitab Al-Adzkar An-Nanawiyyah hlm.591

Walaupun sekadar makruh sahaja , tetapi lama-kelamaan menjadi haram . Demam itu adalah salah satu ujian dari Allah yang kecil sahaja maka dengan itu sejukkanlah ia dengan air dan insyaAllah akan disembuhkan oleh Allah Azzawajalla .
 Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Jabir Radiyallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam masuk menemui Ummu Saib - atau Ummul Musayyib dan bersabda :


مَالَكِ يَا أمُُّ السَّائِبِ - أوْ يَا أمُّ الْمُسَيِّبِ تزفْزِفينَ؟ قَالَتْ : الْحُمَّى،لاَ بَارَك اللهُ فِيْهَا،فَقلَ : لاَ تَسُبِّيْ الْحُمَّى،فَإِنَّهَا تُذْهبُ خَطَايَا بَنَيْ آدَمَ كَمَا يُذهبُ الْكِيْرُ خَبثَ الْحَديْدِ
"Ada apa denganmu , Wahai Ummu Saib - atau Ummul Musayyib - tubuhmu gementar ? Dia menjawab ,'Demam , semoga Allah tidak memberkatinya !"Baginda bersabda :"Jangan kamu mencela demam , kerana demam itu menghilangkan dosa-dosa anak Adam sebagaimana api menghilangkan karat besi".

Kata arab dalam hadith ini "tuzafzifina" bererti bergerak ke mana ke mari dengan gerakan yang cepat , maksudnya gementar . Lafaz tersebut dengan huruf 'TA' dhammah kemudian dua huruf zain . Diriwayatkan pula dengan huruf ra', tapi huruf zain . Diriwayatkan pula dengan huruf ra' tapi huruf zain lebih masyhur . Di antara yang meriwayatkannya adalah Ibnu Atsir . Penulis kitab al-Mathali' meriwayatkan dengan huruf zai . Pada riwayat lain dengan huruf ra' dan qaf , tapi yang masyhur adalah fa' baik dengan huruf zai ataupun ra'.

Wallahu'allam...  

Tuesday, 22 March 2011

Doa Sujud & Rukuk (Sunnah Nabi .s.a.w.)

بسم الله الرحمن الرحيم
أَلْحَمد لله الذيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَه باهدَى وَدِينِ الحق لِيُظهرهُ على الدينُ كُلِّه وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْركُوْنَ وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه


امَّا بعْدُ :


( Sujud beginilah cara Sunnah Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam , kaki diwajibkan rapat tidak boleh merenggang kedua belah kaki mahupun kaum lelaki atau wanita )

Sujud tidak boleh seperti anjing , hidung mesti diletakkan di atas tempat sujud begitu kepala serta kaki wajib rapat bukan renggangkan , perhatikan gambar di atas :

- kedua telapak kaki hendak tegak , posisi hendaklah menghadap qiblat .
- Sujud dengan 7 anggota badan .
- Punggung agak lurus , tangan perlu dibesarkan kecuali makmum yang shalat berjema'ah . Jika sendirian hendaklah membesarkan tangan itu begitu Imam yang mengimami shalat .

Jika tidak jelas akan gambar di atas boleh lihat gambar ini , laman webnya :

http://www.lakii.com/img/all/Oct05/c30PtD10140820.jpg

Hadith yang telah diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari riwayat Huzhaifah yang telah berlalu pada bab Rukuk tentang sifat shalat Nabi sallallahu A'laihi Wassalam iaitu , ketika baginda membaca surah Al-Baqarah , surah Ali Imran dan surah An-Nisa' dalam satu raka'at . Baginda tidak melewati ayat tentang rahmat dan tidak melewati ayat tentang azab kecuali memohon perlindungan azab . Kemudian nabi membaca :

سُبْحَانَ رَبِّيَّ الأَعْلَى
"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi".
(Hadith Riwayat Ahmad , Abu Dawud dan lainnya , Lihat Kitab Al-Ijra' Shalat Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wassalam hal.21 ,Maktabah Imam Ash-Syafi'ee , Jakarta , AlAdzkar An-Nanawiyyah hal.93 dan juga Siffatuss Sallatin Nabi karangan Albani )

وَإذَا سَجَدَ - ايْ أَحَدُكُمْ - فَلْيَقُلْ : سُبْحَانَ رَبِّيَّ الأَعْلَى
"Dan apabila salah seorang dari kamu sujud , hendaklah membaca :(Subhana Rabiyyal A'la) , Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi " .
(Kitab Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.94 dan Kitab-kitab Sunan )

Kami diriwayatkan di dalam shahih al-Bukhori dan Shahih Muslim , dari Aisyah Radiyallahu Anhu dia berkata Nabi .s.a.w. dalam rukuk dan sujudnya banyak membaca :

سُبْحَانَكَ اللهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ،اللهُمَّ اغْفِرْلِيْ
Subhanakallahumma Robbana Wabihamdika, Allahumaghfirlii
(Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagi-Mu . Ya Allah ampunilah aku)
(Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.93 dan Muttafaqun Alaih .)

Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim , dari Aisyah Radiyyallahu Anhu seperti yang telah berlalu dalam bab Rukuk bahawa Rasulullah .s.a.w. dalam rukuk dan sujudnya membaca :

 سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبٌّ المَلاََئكةِ والرُّوْحِ
Subbuhun Quddusuunn Robbil Malaaa Ikati Warruuhh
(Wahai Zhat yang Maha sempurna lagi Maha suci Tuhan para Malaikat dan Malaikat Jibril)
(HR.Muslim (1/353) Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.93)

Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Aisyah Ra. dia berkata , "Aku mencari Nabi .s.a.w. di suatu malam dan aku menemui baginda sedang rukuk dan sujud sambil mengucapkan :

سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ
Subhanaka Wabihhamdika , Laa Ila Ha Illa Anta
(Maha Suci Engkau dan segala Puji bagi-Mu . tiada tuhan yang patut di sembah melainkan Engkau)
(Al-Adzkar An-Nanawiyyah hal.94 , dan Shahih Muslim (1/352) Abu A'wanah & an-Nasa'ie)
Boleh menambah (اللهمَّ) Allahumma , "Subhanakallahumma Wabihamdika " . ataupun seperti di atas .

Kemudian boleh juga digalakkan membaca doa ketika sujud sepertimana di katakan di atas , iaitu :

اَللهُمَّ (وَفِيْ لَفَظٍ : رَبِّ) اغْفِرْلِيْ ، مَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ
Allahumma / Robbighfirlii Ma Asrortu Wama A'lantu
(Ya Allah (dalam riwayat lain disebutkan : Rabb ku/Tuhan ku) ampunilah aku , apa-apa yang aku sembunyikan dan apa-apa yang aku nampak )
(Hadith Shahih , lihat Shahih Sunan an-Nasa'ie (1/241) , Kitab Al-Adzkar Yaum Wal Lailah , Syaikh A'lauddin Al-Utaibi hal.127)


Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Abu Hurairah RA. bahawa Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam bersabda :

أَقْرَب مَايَكُوْنُ العَبْدُ منْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ،فَأكْثِروْا الدُّعَاءَ
"Keadaan paling hampir antara seorang Hamba dengan Tuhan-Nya adalah ketika dia sujud , maka perbanyakkanlah doa ( dalam keadaan sujud ) ".

Kami diriwayatkan di dalam Shahih Muslim dari Ibnu Abbas Radiyallahu Anhu bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :

فَأَمَّا الرُّكُوْعُ فَعَظِّمُوْا فيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ،وَأما السُّجوْد فَاجْتَهِدُوْا فِي الدُّعَاء فَقمِنٌ أن يُسْتَجَابَ لكمْ
"Ketika rukuk , takzimkan (agungkan) Allah Azza Wajalla dan di waktu sujud berdoalah dengan sungguh-sungguh kerana saat itu patut untuk diqabulkan bagi kamu".

Selepas membaca doa-doa yang khusus (rukuk & sujud) yang telah ditulis di atas , doalah apa yang diminta kerana Allah menyuruh kita selalu berdoa dengan nama-nama asma'nya iaitu asma ul Husna . InsyaAllah , permohonan kita akan dikabulkan jika kita ikhlas , mengikuti sunnah Nabi , bersih dari hati yang lalai , doa mengikut Al-Quran & As-Sunnah , bersih dari badan yang memiliki kekotoran , tempat yang bersih serta khusyu' kepada Allah apa yang kalian minta kepada-Nya .

Wallahu a'llam ...



Monday, 21 March 2011

Doa Mengelak Lupa & Doa Memohon Keteguhan Iman (al-Quran & Hadith Yang Shahih)

بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :
Doa Untuk Mengelak Lupa :

اَللهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا،وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا،وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا،وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا،وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا
(Allahumma Zhidna Wala Tanqusna , Wa Akrimna Wala Tuhinna , Wa A'aathina  Wala Tahrimna , Wa Aaa' tsir A'laina , Wardhina Wardha A'nna)
"Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan . Muliakanlah kami , jangan dihina . Berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula usaha kami".
(HR. At-Tirmidzi no.3173 , Lihat Tafsirul Ibnu Kathir . tafsir ayat 1 , Suran al-Mukminun , Kitab Fiqhul Ad'Iyyah Wal Adzkar)

Dalam Tafsir Ibnu Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidin Umar al-Khattab RA. bahawa Nabi .s.a.w. pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas . Memerhatikan inti sari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah dalam anugerah-Nya , baik umur , rezeki , harta , anak-anak yang soleh , solehah dan sebagainya , yang dinilai manusia sebagai nikmat .
Menurut At-Tirmidzi , an-Nasa'ie dan al-Hakim , doa ini dibacakan oleh Nabi sebaik sahaja selesai menerima wahyu . Justeru , kita digalakkan membaca doa ini semasa memperolehi ilmu atau sedang menghafaz ilmu yang agak susah atau pun senang agar dikurniakan tidak lupa dalam otak kita , serta sentiasa ingat apa yang dipelajarinya . InsyaAllahu Ta'ala .

Adab-Adab Pelajar Terhadap Gurunya :

Ash-Syaikh Muhammad Shalih bin Al-Utsaimin menggariskan adab-adab di bawah agar diamalkan oleh seseorang pelajar dalam urusannya dengan guru . Perkara ini wajar diberi perhatian untuk mendapatkan keberkatan daripadanya :

- Memberikan sepenuh perhatian (fokus) kepada gurunya
- Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran
- Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru
- Tidak meninggikan suara terhadap guru , sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh didengari .
- Sekiranya perlu bertanya , pastikan guru bersedia menyediakan jawapan
- Menghormati guru di hadapan dan di belakangnya
- Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan
- Mendoakan kebaikan baginya .

Dipetik daripada Kitab Syarah Adab dan Manfaat Menuntut Ilmu karangan Syeikh Al-Utsaimin Rahimahullah , terjamahan & terbitan Pustaka Imam Ash-Syafi'ee , Jakarta .
Berdasarkan firman Allah .s.w.t. dalam dalil al-Quran ;





فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
"Maka bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui". (QS.An-Nahl: 43)

Doa Memohon Keteguhan Iman :

اَللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا لاَ يَرْتَدُّ،وَنَعِيمًا لاَ يَنْفَدُ،وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ
(Allahumma Inni As A'luka Imanan Laa' Yartaddu , Wa Na'iiman Laa'Yanfazhu , Wa murafaqata Muhammadin Sallallahu A'laihi Wassalama Fii A'ala Jannatil Khuldi)
"Ya Allah , sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang tidak lepas (murtad) , nikmat yang tak akan habis dan menyertai Nabi Muhammad .s.a.w. di Syurga yang paling tinggi selama-lamanya ".
(HR. Ibnu Hibban no.2436 , Kitab Fiqhul Ad'Iyyah Wal Adzkar)

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali berkata , ramai sahabat menangis tatkala hampir mati . Apabila ditanya , mengapa menangis . Mereka menjawab ;"Allah .s.w.t. membahagikan hamba-Nya kepada dua golongan , yang pertama adalah ahli Syurga dan yang kedua ahli neraka". Kamu tidak tahu di manakah kedudukan-Mu .
(Lihat kitab Jami' al-Ulum : hadith ke-4 , hal.219 , Kitab Fiqhul Ad'Iyyah Wal Adzkar)
Menurut sebuah hadith shahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhori , Nabi .s.a.w. bersabda maksudnya ;"Sesungguhnya amalan kamu dinilai pada bahagian akhirnya ,"Maksud hadith ini ketentuan akhirnya jika baik , maka syurgalah tempatnya demikian sebaiknya jika buruk , nerakalah tempatnya ."
(Riwayat al-Bukhori , no.3208 , Muslim 2643)

Sebaliknya kita diwajibkan memantapkan keimanan kita yang teguh serta mempunyai iman dan taqwa kepada Allah Azzawajalla supaya mendapat "Halawatul Iman" , kemanisan iman kerana kita melakukan zikir , membaca al-quran , menuntut ilmu Allah , Shalat Sunat (Qiamulail) mestilah mempunyai iman yang kuat . Diharapkan kita menjadi golongan ahli Zikir yang selalu menangis kerana Allah begitu saya juga .

Wallahua'allam .....

Sunday, 20 March 2011

Penjelasan Tentang Menyapu Muka (Hadith & Fatwa Imam Ash-Syafi'ee)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد للهِ ربِّ الْعَلمِين,وَالصَّلاَةُ والسَلاَمُ عَلَى أَشْرَف الأَنبِيأَ وَالْمُرْسَلين وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبه أجمَعين وَمنْ تَبِعَهُمْ بإِحْسَانٍ إلى يومِ الدِّيْنَ
أَمَّا بعدُ  :

Kita wajib mencontohi apa yang Rasulullah SAW lakukan sepertimana SHALAT . Shalat adalah asas dan pokok utama agama kita kerana Shalat itu wajib , Allah akan menanyakan shalat kita dahulu semasa di akhirat barulah amalan yang lain . Shalat itu juga wajib menepati al-Quran & As-Sunnah . Kebanyakkan masyarakat umat Islam di Malaysia yang bermadzhab Ash-Syafi'eeyyah . Tetapi malang , tidak menepati Fiqh Imam Ash-Syafi'ee . Ingatlah !!! Imam Ash-Syafi'ee ini merupakan Ulama' Hadith yang sangat kuat menentang bid'ah dan perkara baru dalam agama Islam sepertimana melakukan sapu muka selepas memberi salam ketika shalat .
Menurut fatwa Imam Ash-Syafi'ee mengenai hal tersebut ,

Berdasarkan fatwa Imam asy-Syafie rahimahullah. Beliau menentang perbuatan tersebut (menyapu muka) sebagaimana dijelaskan oleh beliau rahimahullah melalui hadis yang terdapat dalam kitab Al-Umm yang menjelaskan supaya tangan kita adalah tetap di atas peha ketika semasa dan selepas salam (membawa maksud tiada perbuatan menyapu muka):


عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمْرَة قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاِذَا سَلمَ قَالَ اَحَدُنَا بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ : السلام عليكم ، السلام عليكم . وَاَشَارَ بِيَدِهِ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَالَكُمْ تُومئونَ بِاَيْدِيَكُمْ كَاَنَّهَا اَذْنَابُ خَيْلٍ شُمْسٍ اَوْ لاَيَكْفِى اَوْ اِنَّمَا يَكْفِى اَحَدُكُمْ اَنْ يَضَعَ يَدهُ عَلَى فَخِذِهِ ثُمَّ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

“Dari Jabir bin Samrah berkata: Semasa kami solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, maka ketika baginda memberi salam, berkata salah seorang dari kami dengan tangannya ke kanannya dan ke kirinya dan mengucapkan: As-salamu ‘alaikum, as-salamu ‘alaikum, dan mengisyaratkan dengan tangannya ke kanan dan ke kiri. Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apa terjadi kepada kamu, mengisyaratkan dengan tangan kamu, tak ubah seperti ekor kuda yang mabuk, tidakkah memadai atau sesungguhnya memadai seseorang kamu meletakkan tangannya di atas pehanya semasa memberi salam ke kanannya dan ke kirinya seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, as-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah”. (Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 122. Hadis ini diriwayatkan oleh Riwayat Muslim)

Adapun yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pada hadis di atas ialah menggerakkan tangan kanannya ke kanan ketika menoleh ke kanan dan menggerakkan tangan kirinya ke kiri ketika menoleh ke kiri. Hal ini setelah dilihat oleh baginda, kemudian baginda bertanya yang berupa larangan:

“Mengapa kamu menggerakkan tangan kamu seperti gerakan ekor kuda yang lari terbirit-birit dikejar binatang buas? Apabila seseorang antara kamu mengucapkan salam, hendaklah ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya. Maka ketika mereka solat bersama Rasulullah, mereka tidak melakukannya lagi”. (Lihat: Sifat Solat Nabi. Hlm. 236)

Pada riwayat yang lain baginda bersabda:

“Seseorang antara kamu cukup meletakkan tangannya di atas pahanya, kemudian ia mengucapkan salam dengan berpaling kepada saudaranya yang di sebelah kanan dan saudaranya yang di sebelah kiri”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)

Menggerakkan tangan ke kanan atau ke kiri sebagai tanda penutup atau selesainya solat telah ditegah oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka menyapu tengkuk, kepala dan kemudian muka di setiap kali selesai memberi salam adalah juga merupakan sebagai tanda, isyarat atau sebagai penutup solat. Melakukan pekerjaan tersebut adalah bid’ah kerana menyerupai perbuatan mereka (yang menggerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri) yang ditegah oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, malah tidak ada hujjah yang sahih mengizinkan perbuatan tersebut. Perbuatan serupa itu adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan para sahabat. Maka ia wajib ditinggalkan. Jelas, ianya tiada ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah.

Al-Mawarzi di dalam kitab al-Witr (hal. 236) berkata, “Ahmad bin Hanbal (imam Ahmad (w. 248H)) menyatakan, dari Abu Dawud, “Aku pernah mendengar bahawa Ahmad ditanya tentang seseorang mengusap mukanya dengan kedua tangan jika telah selesai solat witr, ia berkata, “Aku belum pernah mendengar sedikit pun berkenaan dengan hal itu, sedangkan aku menyaksikan bahawa Ahmad tidak melakukan hal itu (mengusap muka selepas solat).””

Hadith-hadith yang mengenai sapu muka adalah hadith lemah yang tidak boleh dijadikan hujjah . Maka berhati-hati dalam berkenaan ini , kerana Nabi Sallallu Alaihi Wassalam bersabda :


منْ أحْدَثَ في امْرِنَا مَاليْسَ منه فَهُوَ رَدٌ
"Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baharu dalam urusan agama kami ini yang bukan darinya maka ia akan ditolak".
(Ghayatul Maram halaman 19,Riwayat Imam Al-Bukhori 2/166 , Abu Dawud,Muslim , Ibnu Majah , Daruquthni halaman 520 , Imam Al-Baihaqi serta At-Thayalisi)

Hadith berkaitan dengan permasalahan ini (menyapu muka/dahi/hidung selepas shalat) :

Berdasarkan Abu Said al-Khudri Radiyallahu Anhu , beliau berkata :

رَأيتُ رَسُوْل اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وَسَلَّمَ يَسْجُدُ فيْ الْمَاءِ وَالطِّيْن،حتَّى رَأيتُ أثَرَالطِّينِ فِي جبْحَته
"Aku melihat Rasulullah .s.a.w. sujud di atas air dan tanah , sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya".
(Shahih Imam Al-Bukhori (dengan Syarah Kitab Fathul Bari) no,836 , 2/416)

Benda ini bukan satu amalan , walaupun nabi SAW sujud di atas habuk,air dan tanah tetapi baginda masih tidak menyapu mukanya lagi dan ia bukan sebahagian dari sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam . Al-Hafidz Hajar Ash-Syafi'ee mengatakan , jika Nabi SAW melakukan perbuatan ini pun , maka ia tindakan menyapu habuk , debu dan kesan tanah di dahi baginda , yang mana ia termasuk bab "Jibliyyah" (perkara semula jadi kemanusiaan) dan bukannya suatu amalan untuk merapatkan diri kepada Allah Azzawajalla .
(Fathul Bari , Ibnu Hajar , 2/416)

Walaupun demikian ,  Ulama Madzhab Ash-Syafiee , perbuatan menyapu dahi selepas Shalat digalakkan berdasarkan hadith :

Maksudnya :"Rasulullah (ص) apabila selesai shalatnya maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa :"aku naik saksi tiada tuhan selain Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengasih , Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan & kedukacitaan".
(HR.At-Thabrani , Ibnu Sunni & Abu Nua'im)

Menurut komentar Ibnu Al-Haitami dalam hadith pertama dengan katanya :

رَوَاه الطبْرَانِي في الأوْسَطِ وَالبَزَّارُ بِنحْوِهِ بأسَانيدِ وَفيهِ زَيْدَ الْعمَى وَقدْ وَثَّقه غيْر وَاحدٍ وَضَعَّفه الْجُمْهُور وَبَقِيَّة رِجَال أَحَدُ اسنَادي الْطَبْرَاني ثِقَاتٌ وَفي بَعْضهمْ خِلاَفٌ
"Ia diriwayatkan oleh At-Thabrani dalam Al-Aswat dan Al-Bazzar dengan sanad yang terdapat Zaid Al-A'ma beberapa ulama menthiqah'inya (dipercayai) dan dianggap lemah (dha'if) oleh majoriti . Manakala baki perawi at-Thabrani dipercayai dam sebahagian yang lain diperdebatkan".
(Majma' az-Zawaid , 10/110)


Perbuatan amalan 'menyapu muka' ini tidak ada dalam kitab-kitab madzhab Ash-Syafi'ee seperti kitab Al-Umm , Rawdah al-Talibin , Ar-Risalah , Tuhfatul Muhtaj , Nihayatul Muhtaj , Mughni Muhtaj dan lain-lain . Perbuatan ini adalah menyanggahi sunnah Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam dan juga madzhab Ash-Syafi'ee . Menurut Syaikhul Muhaddith Albani mengatakan ia adalah perbuatan menyapu muka selepas salam/shalat adalah kesalahan dan bid'ah .
(Lihat Silsilah al-Hadith adh-Dhai'ffah wal Maudhua'ah (no.660) oleh Imam Albani) .


Ia amat tidak digalakkan malah ditentang oleh Imam Ash-Syafi'ee sendiri . Menurut sebuah hadith ( hadith dhaif/lemah) yang berbunyi :


أنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إنَّ مِنَ الْجفَاءُ أنْ يَكثر الرَّجُلُ مسْحَ جَبْهتهِ قبْلَ الْفَرَاغِ منْ صلاتِهِ
"Sesungguhnya Rasulullah .s.a.w. berkata :"sesungguhnya adalah daripada kalangan jafa',seorang lelaki menyapu dahinya apabila selesai shalat".
(Riwayat Ibnu Majah , al-Sindi . Ulama' bersepakat terdapat Harun Bin Abdullah yang statusnya dha'if (lemah) , Imam Albani juga menganggapnya adalah Dhai'f)


Maksud Jafa : Ia dihuraikan oleh Ulama sebagai satu tindakan tidak serius , seolah-olah berpaling daripada shalat , ditolak dan tidak disukai kerana tindakan itu menafikan khusyuk .
(Fadhihul Qodir , 2/562 al-Tasyir Bi Syarh al-Jami' as-Saghier , 1/345)


Perbuatan ini bukan ibadat khusus , kerana menyapu muka selepas salam ini adalah amalan hadith dhaif dan ada yang mengatakan hadith mauhu' (palsu) . Maka ia sudah semestinya bercanggah amalan Nabi SAW dalam sunnahnya . Kerana Nabi sendiri bersabda dalam sebuah hadith mengenai bid'ah (perkara baru) :


وَشَرَّ الأُمُوْرُ محْدَثَاتُها وَكُلاَّ بدعةٍ ضلالةٌ وَكُلاُّ ضلالةٌ فِيْ النَّار
..."Dan seburuk-buruk perkara ialah perkara-perkara baharu yang diada-adakan , dan setiap bid'ah adala kesesatan , dan setiap kesesatan itu adalah neraka".
(HR.Muslim dari sahabat Nabi Jabir Ra. , al-Mishkat :1/141/51 , Kitab As-Sunnah Bid'ah )


Imam Ash-Syafi'ee adalah Ulama' yang sangat keras menentang perbuatan bid'ah , kepada kaum muslimin semua , bacalah artikel fatwa Imam Ash-Syafi'ee di atas yang saya sudah tulis itu bagi mendapatkan kefahaman agama yang lebih mendalam lagi . Jika ingin mendekatkan diri kita dengan Sunnah Nabi .s.a.w. , dapatkan buku "sifatun Salatin Nabi" karangan Syaikhul Muhaddith Albani  di kedai-kedai buku agama atau nama buku dalam BM ialah "Sifat Shalat Nabi " . Kini banyak dipasaran kedai-kedai buku agama . Jika sesiapa yang mampu memahami  bahasa Arab boleh membaca blogg :


http://www.mejrikamel.com/phot_Salat.cfm


Dapatkan buku karangan Imam Albani iaitu buku "sifatun Salatin Nabi" agar dapat mendekatkan diri kita dengan Sunnah Rasul .






Moga-moga Allah Ta'ala merahmati kita dan memberi keampuan supaya kita mendapat Syurga diakhirat serta syafaat Nabi Muhammad .s.a.w. dengan ucapan 'istighfar' kepada Rabbul A'lamin ,




 استغفر الله ، أستغفر الله ، أستغفر الله
dan agar diharapkan Allah mengabulkan permintaanku serta umat Islam yang lain ;


اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم ، وعذاب القبر ، ومن فتنة المحيا والممات ، ومن فتنة المسيح الدجال
"Ya Allah , Lindungilah aku dari azab api neraka jahannam , serta azab kubur , dan fitnah kehidupan dan fitnah mati serta fitnah al-Masih Ad-Dajjal".
 متفق عليه  Hadith Muttafaqun Alaih ....