Sunday 24 April 2011

Larangan Dalam Wasiat Nabi .s.a.w. Hanya satu "Stay away Bid'ah"

بسم الله الرحمن الرحيم
أَلْحَمد لله الذيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَه باهدَى وَدِينِ الحق لِيُظهرهُ على الدينُ كُلِّه وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْركُوْنَ وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه

امَّا بعْدُ :


SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA MERAHMATI DAN MELINDUNGI PARA DA'IE,ULAMA' DAN PENGIKUTNYA MEMERANGI BID'AH YANG SESAT !!!!
Seandainya kalian merenungi wasiat Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam ini , nesacaya kalian akan mendapati bahawa perintah yang ada lebih banyak daripada larangan.Kerana , siapa sahaja yang berpegang teguh kepada as-Sunnah , tentu dia tidak lagi memerlukan perincian-perincian tentang kesesatan .

Adapun perintah yang terdapat pada wasiat nabi itu adalah bertaqwa kepada Allah A'zzawajalla patuh & taat ; serta berpegang teguh kepada sunnah Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam & Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin .
Sedangkan yang berhubungan dengan larangan hanyalah satu hal , iaitu :"Hindarilah perkara-perkara yang diada-adakan di dalam agama (bid'ah)". Seakan-akan maknanya :"Jauhilah perbuatan bid'ah dan segala perkara baru yang diada-adakan di dalam agama ini , nescaya kamu akan selamat dan menang . Kerana bid'ah adalah rahsia di sebalik kesesatan , penyelewengan dan kerugian serta dapat menjerumuskan diri kalian kepada kemusyrikan dan kekufuran . Jika melihat keadaan orang yang berzina , kaki botol , orang yang melakukan maksiat pagi petang dan malam , pembunuh , mahupun perogol bersiri sekalipun mudah mahu bertaubat kepada Allah A'zzawajalla . Jika ahlul Bid'ah dan sudah kebiasaan dengan amalan ini susah mahu bertaubat kerana Nabi kata bid'ah lebih teruk dari maksiat disebabkan bid'ah itu disukai oleh Iblis Laknatullah dan perisainya adalah Al-Quran As-Sunnah , mengamalkannya dengan iman yang kuat serta taubat bersungguh-sungguh . Sepertimana beberapa minggu yang lalu , sebuah Ajaran Tariqat di Negeri Perak enggan bertaubat , disebabkan amalan sudah biasa bid'ah yang sesat itu maka Allah menutup pintu taubatnya . Maka berhati-hatilah dengan bid'ah yang menyesatkan lagi kufur . Sesiapa sahaja menutup pintu-pintu bid'ah maka Allah sudah memberi hidayah kepadanya manakala dia sendiri membuka pintu bid'ahnya serta mengamalkannya maka Allah menutup pintu taubat nya ...Nauzhubillah Min Zhalik .

Disebutkan dalam sebuah hadith ,Baginda bersabda :

إِنَّ اللهَ احْتَجَزَ التَّوْبَةَ عَنْ صَاحِبِ كُلِّ بِدْعَةٍ
"Sesungguhnya Allah menutup pintu taubat dari pelaku setiap perbuatan bid'ah".
(HR.Abusy Sheikh dalam Kitab Tarikkh Asbahan , At-Thabrani dalam Kitab al-Mu'jamuul Ausath dan yang lain . Lihat Silsilah Al-Hadith Ash-Shahihah (no.1620)

Semoga kita dijauhkan dari perkara Syirik , Kufur , Murtad , Amalan Munkar serta Bid'ah kerana susah untuk bertaubat kepada Allah A'zzawajalla .
InsyaAllah dengan keizinannya yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui , akan diperjelaskan dalam blogger Minda Sunnah ini dalam bab "Bid'ah Hassanah & Bid'ah Sayyi'ah"...Wallahu'allam


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
"Ya Rabb kami , ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman . Ya Rabb kami , sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyanyang".
(QS.Al-Hasyr :10)

Diwajibkan kita berdoa' setiap kali selepas Sholat supaya Allah mengampuni saudara Semuslim di dunia ini mahupun yang hidup atau telah mati serta dijauhkan dari bid'ah dan maksiat . Ya Allah Ya Rahman ampunilah aku dan semua Umat Islam yang lain ....Amiiinnn Ya Rabb A'lamin Ya Majid Ya Karim ..

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
"Wahai Tuhan / Rabb yang membolak-balik hati (manusia) teguhkanlah hatiku pada agama-Mu (yakni Islam)".
(HR.At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Syaikh Albani . Lihat Shahih At-Tirmidzi (III/447,no.3522) Takhrij As-Sunnah (no.225,232)






Sunday 10 April 2011

Jangan Putus Asa Dari Rahmat Allah .S.W.T.

بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.


اما بعد :

Ingatlah wahai Saudara & Saudariku sekalian , janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah A'zzawajalla , sesungguhnya dialah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat . Dialah Tuhan Pencipta Langit dan Bumi , Tuhan Yang Agung Pemilik Arsy Yang Mulia serta Tuhan Yang Maha Penerima keampunan dan kemaafan dari semua hamba-hambanya yang bertaubat kepada-Nya . Yang peliknya , orang yang membunuh diri kini berleluasa di dunia ini begitu juga di negara Malaysia , Nau'zhubillah , adakah mereka tidak sedar bahawa mereka itu telah murtad , dan juga mendapat laknat Allah . Demi Allah saya katakan bahawa jasad orang yang membunuh diri ini diharamkan shalat jenazah untuknya dan diharamkan dikuburkan di tempat orang-orang Muslimin . Jangan sesekali kita berniat untuk membunuh diri kerana Allah murka dan melaknat orang tersebut serta nerakalah ia selama-lamanya tanpa mempunyai maghfirah dan belas kasihan dari Allah ketika di akhirat . Istighfarlah kepada Rabb kita dan bertaubatlah ...Jangan bersedih ...Janganlah putus asa dari Rahmat Allah...sesungguhnya binasalah ia...

Sesungguhnya Allah A'zzawajalla berfirman :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Katakanlah :"Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari Rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(QS.Az-Zumar :53)


Dalam ayat ini , Ibnu Kathir Rahimahullahu Ta'ala berkata :"Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu Abbas RA. :'Allah .s.w.t. mengajak orang-orang yang mengatakan bahawa Nabi I'sa A'laihissalam adalah Allah kepada pengampunan-Nya . Demikian juga orang yang mengatakan I'sa dan U'zair (I'sa adalah Putera Allah & Allah bagi kaum Nasrani , U'zair adalah putera Allah dan Allah bagi kaum Yahudi) Allah itu miskin , tangan Allah terbelenggu dan Allah adalah tiga . Allah .S.W.T. berfirman kepada mereka :

أَفَلاَ يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya?Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyanyang ." (QS.Al-Maidah:74)

 Selain itu , Allah juga mengajak kepada pengampunan-Nya orang yang lebih keji perkataannya dari mereka , iaitu orang yang kerata :

أَنَا رَبُّكُمُ الأَعْلَى
"...Akulah Rabb-Mu yang paling tinggi (QS.An-Nazi'at:24)

Demikian pula orang yang berkata :

مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرِي .....
"...Aku tidak mengetahui ilah bagimu selain aku...".(QS.Al-Qasash: 38)

Ibnu A'bbas berkata : "Barangsiapa yang putus asa terhadap taubat setelah ayat ini maka dia telah mengingkari firman Allah Subbhanahu Wa Ta'ala". Kitab Taubah Al-Hadiqatik Al Awwali hlm.41 dan Ibid . (Karangan Sheikh Ibrahim al-Hamd)

Dalam surah az-Zumar , pada ayat yang telah disebutkan , Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah al-Harrani Rahimahullahu Ta'ala berkata :"Tidak pantas bagi siapa pun untuk berputus asa dari Rahmat Allah dan jangan pula salah seorang menjadikan orang lain berputus asa dari rahmat-Nya".

Oleh sebab itu , beberapa Ulama Salaf Shalih berkata :"Sesungguhnya orang yang paling pandai adalah orang yang tidak membuat orang lain merasa putus asa dari rahmat Allah dan tidak pula membuat mereka berani untuk bermaksiat kepada-Nya .
Mari kita melihat contoh sebuah filem "The Haunted Mansion (2003)" yang dilakonkan oleh Eddie Murphy yang merupakan idola saya sendiri . Semasa beliau sendiri untuk memecahkan cermin di rumah besar tersebut demi menyelamatkan anak-anaknya dan isterinya sehinggakan cermin itu tidak pecah walaupun beliau cuba berbanyak kali namun tidak berhasil . Dan beliau akhirnya berputus asa dan menyesal serta tersilap langkah . Tetapi beliau ditegur oleh benda bulat atau dikenali sebagai Madame Leota supaya jangan berputus asa kerana orang yang berjaya itu adalah orang yang tidak berputus asa ,"katanya . Akhirnya Eddie Murphy itu mencuba sekali lagi untuk memasuki dalam rumah tersebut , namun beliau telah berjaya dan dapat menyelamatkan keluarganya sendiri . Kita patut mengambil iktibar dari cerita ini supaya kita juga jangan menjadi berpustus asa dari rahmat Allah & perlu istighfar apabila melakukan kesalahan .

Banyak orang yang berputus asa ini meyakini bahawa Allah tidak akan mengampuni dosanya kerana ia yakin Allah pasti tidak akan menerima taubatnya dan mengampuni dosa-dosanya apabila ia bertaubat . (WAHAI AKHI & UKTI , tidak sama sekali Allah itu Zhalim & Kejam....pintu Taubat masih terbuka...mohonlah maghfirah/keampunan dari-Nya kerana Syurgalah bagi mereka yang bertaubat)...Termasuk pula dengan mengatakan bahawa dirinya tidak akan mampu bertaubat , bahkan ia akan kalah serta tidak bersama dengan orang yang bertaubat kerana syaitan telah menguasai dirinya . Orang yang berputus asa untuk bertaubat walaupun mengetahui bahawa Allah akan menerima taubatnya apabila ia bertaubat . Inilah yang banyak memperdaya manusia...
(At-Taubah wal -Istighfar karya Ibnu Taimiyyah , tahqiq Muhammad al-Hijjaji & Abdullah Badrani (hlm.27-28) , Lihat juga kitab al-Istiqomah karya Ibnu Taimiyyah (II/190) )

Diakhiri dengan taubat kepada-Nya dengan du'a (Amalkan , InsyaAllah akan diterima oleh Allah Rabbul A'lamin) :

 رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ   127
"Ya Rabb kami , terimalah (amal) dari kami , sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ."

 128           وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
 " DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI , Sesungguhnya Engkaulah Maha penerima Taubat lagi Maha Penyanyang". (QS.Al-Baqarah : 127 hingga 128)

Wallahu'allam...




 

Friday 8 April 2011

Doa Terkena Musibah & Kesedihan

بسم الله الرحمن الرحيم
أَلْحَمد لله الذيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَه باهدَى وَدِينِ الحق لِيُظهرهُ على الدينُ كُلِّه وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْركُوْنَ وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه

امَّا بعْدُ :


Musibah itu adalah salah satu ujian & balasan datang dari Allah A'zzawajalla . Kita hendaklah menerima apa yang Allah menguji kita selagi mana kita bersabar atau tidak . Janganlah kita merungut/mencaci/marah musibah tersebut mungkin itu adalah salah satu Ujian/balasan/ ataupun itu adalah tanda-tanda Kiamat . Tetapi janganlah bersedih wahai orang-orang yang beriman kerana Allah itu sentiasa bersama kita , dia juga akan mengingati kita selagi mana kita ingat kepada-Nya dengan kalimat Zikrullah dan mengikuti arahan Allah serta menjauhi larangan-Nya.

Rasulullah .s.a.w. bersabda :"Doa orang yang ditimpa bencana iaitu : (do'a Orang yang terkena Musibah)

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُوْ،فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
(Allahumma Rohmatak Arju,Fala Takilnii Ila Nafsii Torfata A'inin,Wa Ash Lih Lii Sya'nii Kullah,Laa'Ila Ha Illa Anta)
"Ya Allah,rahmat-Mu aku harapkan,maka janganlah engkau bebankan pada diriku walau sekejap mata pun (urusan-urusan tersebut) dan perbaikilah segala urusanku,tidak ada Ilah yang berhak untuk diibadaahi dengan benar kecuali Engkau".
(Hadith Hasan,lihat Shahih Sunan Abi Dawud (III/959)

Ataupun :
(Boleh membaca do'a yang matsur/khusus
ini)

اَللهُ اَللهُ رَبِّيْ،لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
(Allah Allahu Robbi , Laa' Ushriku Bihi Syai'aa)
"Allah...Allah adalah Rabb-ku (Tuhanku) aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun".
(Hadith Shahih , lihat Shahih Sunan Ibnu Majah (II/335) , do'a apabila menghadapi kesedihan perlu membaca do'a yang matsur ini begitu orang yang terkena musibah ,lihat Husnul Muslimin )

Ataupun :


(Boleh membaca do'a yang matsur/khusus
ini)

Rasulullah .s.a.w. betsabda :"Do'a Dzun Nuun (Nabi Yunus A'laihissalam) ketika beliau berdo'a di dalam perut ikan adalah :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.
(Laa' Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzholimiiin)
"Tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Engkau,.Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zhalim".

Tidak seorang Muslim berdo'a dengannya pada suatu keadaan apa pun,melainkan Allah akan mengabulkan baginya. Amin Ya Robb

Wallahu'allam..semoga Anda beramal dengan Sunnah serta
mengikuti Rasulullah dan mengikut
akhlaqnya (Uswatun Hassanah)......
































Tuesday 5 April 2011

Siwak (Bab Sunnah Rasulullah .s.a.w.))

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الحمد لله,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :


Bab Bersiwak / Bersugi :-

 Al-A'llamah ash-Sha'ani menyebutkan dalam kitab Subulussalam :"Dalam kitab al-Badrul Muniir disebutkan :'Ada lebih dari 100 hadith yang menyebutkan tentang siwak/bersugi . Namun, sungguh menghairankan , Sunnah Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam ini selalu diabaikan malah dipertikaikan , bertambah teruk lagi dituduh umpamannya "WAHABI" , "SESAT" dan sebagainya (Laknat Allah ke atas mereka kerana menghina Allah dan Rasulnya) , kita memerlukan sunnah dalam kehidupan serta Hadith Shahih bukan kita mahukan bid'ah dan maksiat . Sekarang anak-anak remaja Melayu kini banyak terpengaruh budaya Syaitan Barat Laknatullah , perkara Bid'ah , pemakaian Barat , pemikiran dan juga lain-lain beserta dengan lagu-lagu yang menyesatkan lagi melalaikan membuatkan hati itu menjadi gelap,nifaq sehinggakan mentaksubkan/mentakjubkan benda itu . (Semoga diberi kehancuran kepada     mereka) . Itulah orang-orang yang rugi . (1/40 , terbitan al-Fikr dan dalil Aqli)

 Ash-Sha'ani melanjutkan :"Yang paling baik , hendaknya batang siwak/batang sugi tidak terlalu kasar/kering supaya tidak melukai gusi .Namun , jangan juga terlalu basah / lembab sehingga tidak dapat menghilangkan kotoran yang harus dihilangkan". Bersiwak/Bersugi ini dapat membersihkan gigi kita dari segala kotoran yang ada pada dalam mulut serta dapat mencantikkan gigi & gusi . Orang-orang yang mencintai Sunnah (InsyaAllah) akan mendapat syafaat Rasulullah di akhirat tetapi bagi pembenci/suka mempertikaikan/menyatakan sesat (InsyaAllah) Rasulullah tidak akan mengaku dan tidak mengenalinya sebagai pengikutnya . Nau'zhubillah ...






Bukti & dalil dari Hadith Nabi .s.a.w. :-

1 . Dari Ibnu Umar Radiyallahu Anhu , dia berkata :

كَانَ رَسُوْل اللهِ (ص)لاَ يَنَامُ إِلاَّ وَالسِّوَاكُ عِنْدَهُ،فَإِذَا اسْتَيْقَظَ،بَدَأ بِالسِّواك
"Tidaklah Rasulullah .s.a.w. tidur , melainkan siwak/bersugi ada di samping beliau . Manakala bangun tidur , beliau lansung bersiwak".
(HR.Imam Ahmad (no.5979)),al-Bukhori dalam at-Taarikhul Kabir (no.1/24)),Abu Ya'ala (no.5661-5749)) , at-Thabrani dalam al-Kabir ((no.13598)) , hadith ini dihasankan oleh Albani dalam Ash-Shahihah)) Kitab At-Tatahawwalu As-Sunnah Mansiyyah hlm.54)

2. Dari Abu Hurairah RA. , dia berkata bahawa Rasulullah .s.a.w. , bersabda :

لَوْلاَ أنْ أَشُق عَلَى أمَّتِيْ،لأَ مَرْتُهُمْ بِالسِّواك عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ
"Andaikata tidak memberatkan ummatku , pasti aku akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap hendak mengerjakan shalat".
(HR. al-Bukhori (no.887) & Muslim ((no.252)

3. Dari Hudzaifah RA. dia berakata :

كَانَ النَّبِيُ (ص) إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ،يَشُوْصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ
"Apabila Nabi Sallalahu A'laihi Wassalam bangun malam (untuk mengerjakan Shalat), beliau membersihkan mulutnya dengan siwak/bersugi".
((HR. Al-Bukhori (no.889) & Muslim ((no.255) , Yashushu maksudnya membersihkan).

4. Dari Abu Musa al-A'syaari RA, dia berkata :

أَتَيْتُ النَّبِيُ (ص)،وَهُوَ يسْتَاكُ بِسِوَاكٍ رَطْبٍ،قَالَ:وَطَرَفُ السِّوَاكِ علَى لِسَنِهِ،وَهُوَ يَقُوْلُ: أُعْ أعْ،وَالسِّوَاكُ فِيْ فِيْهِ،كَأَنَّهُ يَتَهَوَّعُ
"Aku menemui Nabi .s.a.w. yang saat itu sedang membersihkan giginya dengan siwak basah ", Abu Musa Al-A'syaari RA melanjutkan :"Hujung siwak itu berada atas lidahnya . (Tiba-tiba,) beliau (mengadu kesakitan) :'Uhhh..'Uhhhh..',sementara siwak masih dalam mulutnya , seakan-akan beliau ingin muntah".
(HR.al-Bukhori ((no.244)) & Muslim (no.254))

5. Dari Saidatina Aisyah Radiyallahu Anhu , dia berkata :

Mafhumnya :"Abdurrahman bin Abu Bakr masuk menemui Nabi .s.a.w.,sementara beliau tengah bersandar di dadaku . Saat itu, 'Abdurrahman membawa siwak basah untuk membersihkan giginya . Mata beliau pun tidak lepas melihat siwak 'Abdurrahman '.Kemudian aku mengambil siwak , lalu aku menggigit & membersihkannya ,(dengan air) , lantas aku memberikannya kepada beliau . Beliau pun kemudian menyikat giginya dengan siwak itu ; aku sama sekali belum pernah melihat beliau menyikat gigi dengan cara yang lebih baik daripada saat ini". Dalam lafazh nya yang lain :"Kemudian aku melihat Nabi .s.a.w. melihat siwak Abdurrahman ; aku baru menyedari bahawa beliau menyukai siwak . Lantas , aku bertanya kepada beliau :'Apakah aku (boleh) mengambilkan siwak untukmu?'Beliau memberi isyarat dengan anggukan kepada tanda mengiyakannya".
(HR.Al-Bukhori ((no.890)) & 4449)). Kitab تتحول السنة المنسية. halaman 55 & 56))

6 . Dari Abi Hurairah Radiyallahu Anhu , dari Rasulullah .s.a.w. beliau bersabda :

لَوْلاَ أنْ أشُقَّ عَلَى أُمَّتِيْ،لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ معَ كُلِّ وُضُوْءٍ
"Andaikata tidak memberatkan ummatku , pasti aku akan memerintahkan mereka agar bersiwak saat setiap kali mereka berwudhu".

 Al-Imam Al-Bukhari Rahimahullah menyebutkan hadith ini secara 'Mua'llaq' dengan reaksi kalimat yang aktif malah ia adalah sanad hadith ini adalah shohih .Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad , An-Nasa'ie dalam al-Kubra'a (No.66) Ibnu Khuzaimah ((No.140.)) dan yang lainnya .

7 . Daripada Aisyah Radiyallahu Anhu ; dia berkata bahawa Rasulullah .s.a.w. bersabda :

السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ،مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
"Siwak/Bersugi itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah Azzawajalla".

Al-Bukhori dalam Shahihnya-nya menyebutkan hadith ini secara Mua'llaq dengan reaksi kalimat aktif . Hadith ini diriwayatkan Ahmad , An-Nasa'ie (No.5) dan Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya . Hadith ini dishahihkan oleh A'llamah Al-Imam Albani r.h. dalam Kitab Irwaa-Ul Ghalil)) , No.66 , halaman 56)) .


Al-Imam An-Nanawi Rahimahullah menyebutkan dalam Syarh Muslimnya :

Disunnahkan memakai siwak setiap waktu , lebih-lebih pada liwa waktu berikut .
(1) Ketika hendak mengerjakan Shalat ;
(2) Ketika hendak berwudhu' (sebelum membersihkan tangan dan juga berkumur)
(3) Ketika hendak membaca al-Quran (sebelum membacanya)
(4) Ketika baru bangun tidur ;
(5) Ketika mulut berbau disebabkan beberapa hal misalnya lama tidak makan & minum , makan sesuatu yang berbau yang tidak sedap misalnya (bawang/halia) dan lama tidak berbicara/bercakap (diam) selalu dan juga orang yang banyak bercakap dan juga selalu berbicara .
(2/146 , halaman 57 Kitab تتحول السنة المنسية))

Cacatan 1 / pesanan dari 2 Ulama' :

 Al-A'llamah Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata :"Hendaknya ketika menggunakan siwak/bersugi diawali dengan niat ((melaksanakan tuntutan Nabi .s.a.w.)) . Penggunaan siwak secara berlebihan akan mendapat wap yang naik dan kotoran , Adapun seimbang penggunaan Siwak akan menguatkan lapisan gigi , membuat lidah lancar ketika berbicara , mencegah gigi dari berlubang , menghilangkan bau mulut , membersihkan perjalanan darah ke otak , dan membuat nafsu makan bertambah .
(Kitab nya Za'adul Ma'ad (4/322-323))

Cacatan 2 :

 Al-A'llamah Ibnu Al-U'thaymin mengatakan dalam Fatwanya :"Hendaknya seseorang mencuci dan membersihkan siwaknya ,"Kemudian dia , menyebutkan hadith  Aisyah RA. yang disebutkan sebelumnya .Lalu dia melanjutkan perkataannya ,"Dalam hadith tersebut terdapat dalil yang menganjurkan (kita) agar selalu menjaga kebersihan siwak . Tidak seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan orang saat ini , yang bersiwak tanpa membersihkan siwaknya , sehingga kotorannya pun bertompok-tompok terkena pada siwak , Akhirnya , bukan kebersihan dan kesihan gigi yang didapat , namun kekotoran yang selalu bertambah di giginya ".

Islam itu Unik,Indah,Mudah,Cantik serta agama yang diredhai oleh Allah Subhanallahu Ta'ala , Beruntunglah kita dapat menjadi umat Nabi Muhammad .s.a.w. , semoga kita menjadi pencinta kuat Sunnah Nabi dan orang yang selalu berselawat ke atasnya . Wallahua'llam...semoga mengikuti Sunnah ...(InsyaAllah) kalian akan selamat dan mendapat syafaat...



Saturday 2 April 2011

Menjaga Mata (Penglihatan),Menjaga Kepala & Perut

بِسْم اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
إِنَّ الْحَمْدَ لله ,نحمده وَنسعينه ونستغفره ,ونعوذ باللهِ منْ شرورِ أَنفسنا وَمنْ سيئاتِ أعْمالنا,من يهده الله فلا مضلَّ لهُ,ومنْ يضللْ فلا هادِي له,وأشهد أن لاإله إلاَّ اللهُ وحده لا شريك له,وَأشهد أنَّ محمدا عبدُه ورسوله .وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وأتْبعه .
والصلاة والسلام على اشرف المرسلين وعلى آله وأصْحابه الطيبين والطاهرين,ومن اتبِعهم بإحسانِ إلى يوم الدينِ.

اما بعد :



Sesungguhnya Rasulullah .s.a.w. mewasiatkan kepada Ibnu Abbas Radiyallahu Anhu (Kitab al-Wassiyyat Rasulallahu Ila Ibnu Abbas , karangan Sheikh Yazid) , dalam sebuah hadith diriwayatkan dari Abdullah ibn Mas'ud RA. secara marfu' bahawa Nabi .s.a.w. bersabda :

إِسْتَحْيوْا مِنَ اللهِ حَقَّ الْحَياءِ،من اسْتحْيَا مِنَ اللهِ حَقَّ الْحَياءِ فَلْيَحْفَظِ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْن وما حوى وَلْيَذكرِ الْمَوْتَ وَالْبَلَى،وَمَنْ أرَادَ الأَخِرَة تَرَكَ زيْنَةَ الدُّنْيَا،فَمَن فَعَلَ ذلِكَ فَقَدِ اسْتَحْيَا مِنَ الله حَقَّ الْحَياءِ.
Mafhumnya :"Hendaklah kamu malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu . Barangsiapa yang malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu ,maka hendaklah dia menjaga kepala dan apa yang ada padanya , hendaklah dia menjaga perut dan apa yang dikandungnya , dan hendaklah dia selalu ingat kematian dan busuk-nya badan . Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia . Dan barangsiapa yang mengerjakan demikian , maka sungguh dia telah malu kepada Allah .s.w.t. dengan sebenar-benar malu ".
(HR.At-Tirmidzi (no.2458),Ahmad , al-Hakim, & al-Baghawi dalam Syarhussunnah (no.4033).Darjat hadith ini hasan dengan seluruh jalannya . Lihat shahih al-Jaamish Soghir (no.935 , Kitab al-Wassiyyat Rasulallahu Ila Ibnu Abbas hlm.24 & 25 bab Menjaga kepala & perut) .

 Nabi .s.a.w. menyebutkan bahawa barangsiapa yang malu kepada Allah .s.w.t. hendaklah dia menjaga kepala & yang ada padanya , iaitu :

Menjaga Mata (Penglihatan) :

Allah Subhanallahu Wa Ta'ala berfirman :

 قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ
Mafhumnya :"Katakanlah kepada lelaki yang beriman , 'hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya ; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan". (QS.An-Nur:30)

 Juga larangan Nabi .s.a.w. untuk duduk di pinggir jalan , kerana dapat membuka mata melihat pelbagai perkara yang diharamkan .Rasulullah .s.a.w. bersabda :"Jauhilah oleh kamu duduk-duduk di pinggir jalan!"Para sahabat menjawab :"Wahai Rasulullah , kami tidak boleh meninggalkan majelis kami , yang kami gunakan sekadar berbincang". Baginda bersabda :"Jika kamu enggan dan tetap untuk duduk-duduk juga , maka berikanlah hak jalan !"Mereka bertanya :"Apakah hak jalan itu , wahai Rasulullah "? Baginda .s.a.w. menjawab :

Mafhumnya :"Menundukkan pandangan , menyingkirkan gangguan , menjawab salam , menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".
(HR.al-Bukhari (no.6229),Muslim (no.2121) , Ahmad , Abu Dawud , (no.4815) , & al-Baihaqi dari Abu Said Al-Khudri Radiyyallahu Anhu)

Jika ternampak benda-benda yang mengharamkan kerana zaman kemodenan & kemajuan kini semakin lama kemungkaran dan dosa menjadi mainan berleluasa , hendaklah kita perbanyakkan istighfar & bertaubat kepada Allah Azzawajalla agar mendapat maghfirah (keampunan) dari-Nya .